Semua orang mesti tertanya-tanya tentang cara hidup semut yang tidak boleh dikatakan sebuah spesis pun. Semut memang sangat luas definisinya. Ia bukan berpecah antara merah dan hitam.

Malah terdapat juga semut berwarna hijau dan metalik. Di Amerika Syarikat saja, saintis menganggarkan terdapat 1,000 spesis semut yang berlainan.

Senang kata, semut merupakan sebuah Keluarga yang berpecah banyak saudara-mara (Sub-Keluarga).

Banyak Sub-Keluarga semut sudahpun pupus. Titanomyrma Gigantea mempunyai saiz antara 3 hingga 6 sm, dengan lebar sayap sebesar 15 sm. Spesis ini hidup di Amerika Syarikat 49.5 juta tahun dahulu.

Titanomyrma Gigantea bersama seekor burung madu

Walaupun banyak yang sudah pupus, semut masih lagi mendominasi dunia ini dengan jumlah dianggarkan mencecah 22,000 spesis.

Ditatang Bagaikan Minyak

Kehidupan seekor semut bermula dari telur. Faktor persenyawaan memainkan peranan dalam menentukan jantina. Jika telur disenyawakan, maka semut itu betina. Dari telur, semut memasuki fasa larval yang agak rumit.

Mereka tidak dapat bergerak dan mesti disuap melalui proses muntahan bernama trofalaksis.

Muntahan makanan.

Hanya kemudian baru semut dalam bentuk larval boleh diberikan makanan pepejal seperti telur semut (yang bertujuan untuk zat), cebisan m4ngsa dan biji (Hölldobler & Wilson, 1990).

Kulit telur kemudian bertukar menjadi pupa pula, ibaratkan mengeramkan semut.

Tiga Kiri: Larval | Dua Tengah: Pupa

Daripada larval hingga pupa, telur semut sentiasa dipindahkan ke bilik lain untuk mengekalkan suhu paling sesuai.

Pindahkan untuk suhu.

Setelah selesai proses ini, semut pun menetas sebagai dewasa.

Semut Berkasta

Penjagaan telur ini diamanahkan kepada semut pekerja yang juga mencari makanan. Kasta semut sebenarnya ditentukan semasa telur lagi, iaitu janin yang diberikan zat tertentu akan menjadi fungsi tertentu.

Kerana semua telur keluar daripada ratu yang sama. Semut jantan bersayap (dron) keluar dari pupa kadangkalanya bersama semut betina juga.

Semut yang baru menetas meluangkan beberapa hari menjaga ratu dan telur-telur lain. Kemudian semut belajar pengurusan sarang seperti mengorek tanah atau membersihkan ruang laluan.

Selesai peringkat ini, semut berkenaan perlu melindungi sarang (dan keluar mencari makanan).

Ini merupakan tindak balas semulajadi, kerana alam luar sarang sangat mencabar yang mungkin boleh membvnuh semut jika terlalu muda. Namun bukan semua semut yang akan keluar mencari makanan.

Banyak semut jantan mengawan dengan ratu (mereka m4ti selepas mengawan). Ratu kemudian mengeluarkan telur dalam jumlah ribuan untuk memastikan kemandirian sarang.

Pekerja pula mandul, kerana tugasan mereka hanya untuk menjaga sarang.

Semut-semut yang sudah tua pula menghabiskan sisa hidup dalam ruangan penyimpanan makanan. Tugas mereka adalah untuk memastikan makanan selamat dimakan.

Mereka akan makan dulu (memastikan makanan tidak bertoksik) sebelum muntahkan semula (trofalaksis) supaya ratu dan telur terpelihara daripada r4cun (Vegas, 2010).

Semua ini merupakan sebahagian daripada banyak usaha untuk mengekalkan keselamatan sarang.

Para ratu dianggarkan boleh hidup selama 30 tahun (pekerja pula antara 1 hingga 3 tahun). Semut-semut jantan hanya untuk memenuhi tujuan; jadi mereka m4ti dalam masa beberapa minggu.

Ratu dikerumuni jantan.

Semut dron pula mempunyai fungsi agak menyeluruh. Mereka boleh masuk dalam koloni asing untuk mengawan dengan ratu sana. Apabila dron dis3rang semut pekerja, mereka akan keluarkan feromon untuk mengawan.

Jika berjaya, dron akan dibawa ke ratu untuk mengawan. Proses feromon yang sama digunakan untuk membvnuh juga.

Semut Mengawan.

Jika semut menangkap sesuatu (tidak kira apa spesis), mereka akan menusuk masuk dalam rangka musuh dan melepaskan feromon.

Musuh tersebut akan dianggap sebagai penc3roboh dan dibvnuh.

RUJUKAN:

Hölldobler, B., & Wilson, E.O. (1990). The Ants. Harvard University Press. Halaman 291.

Vegas, J. (2010, Januari 11). Poison-taster ants protect the colony. ABC Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.