Mengalirnya Darah Syahid 149 Orang Di Bumi Peshawar

179

Peshawar merupakan sebuah ibu kota bagi wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang berada dekat dengan sempadan Pakistan dan Afghanistan. Peshawar, Pakistan diiktiraf sebagai kota paling tua di dunia apabila wujud 539 tahun sebelum Masihi lagi.

Tembakan rambang di Peshawar ini memakan korban teramai dalam sejarah sejumlah 149 orang. Tembakan rambang ini berlaku di Sekolah Awam Tentera Peshawar pada 16 Oktober 2014 dan lebih menyayat hati 132 yang terkorban ialah pelajar sekolah. Pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam insiden ini ialah pengganas Taliban dan mereka menyatakan bahawa mereka bukan menyasarkan pelajar sebaliknya para tentera sebagai balas dendam kepada serangan tentera secara besar-besaran terhadap kubu mereka.

Antara pelajar yang maut
Sumber: http://img.dunyanews.tv/news/2016/December/12-17-16/news_big_images/365723_85540436.jpg

Tembakan rambang ini bermula pada 10:30 pagi apabila enam orang lengkap bersenjata memasuki sekolah tersebut dengan menaiki dinding penghadang sekolah tersebut. Sebelum memulakan tembakan, mereka telah membakar sebuah van di luar sekolah tersebut. Seterusnya, enam orang bersenjata ini meluruh ke auditorium sekolah tersebut  dan menembak secara rambang pelajar-pelajar yang pada ketika itu berkumpul untuk menjalani latihan bantuan pertolongan cemas.

Menurut Pengarah Jeneral Perhubungan Awam ( ISPR ) Peshawar, Major-Jeneral Asim Bajwa, pengganas hanya menembak seramai mana yang boleh dan tidak ingin pun mengambil sebarang tebusan. Disebabkan tembakan tersebut, ramai pelajar yang lari kearah kedua-dua laluan keluar di auditorium tersebut dan menuju ke taman sekolah tetapi akhirnya kebanyakan mereka ditembak di sana.

Laporan juga menyatakan pelajar-pelajar dipaksa melihat guru mereka ditembak termasuk pengetua sekolah, Tahira Qazi. Apabila sampai  sahaja Special Service Group ( SSG ) ke sekolah tersebut, enam orang pengganas itu menuju ke bahagian blok pentadbiran sekolah dan mengambil beberapa tebusan di sana sebagai pelindung mereka. Namun begitu, satu daripada pengganas itu maut ditembak oleh SSG manakala yang lain masih selamat.              

Pengganas Taliban yang terlibat
Sumber: https://static.independent.co.uk/s3fs-public/thumbnails/image/2014/12/17/12/taliban-gunmen.jpg?w968h681

Kesemua pasukan beruniform ketika itu menuju ke sekolah tersebut bagi membantu SSG dan menutup semua jalan keluar yang ada untuk pengganas itu melepaskan diri. Dengan kehandalan pasukan menembak Pakistan, seorang pengganas maut di tangan mereka manakala 3 yang lain terbunuh ketika pasukan komando menyerbu bangunan auditorium tersebut. SSG juga berjaya menyahaktif bom yang diletakkan di sekolah tersebut untuk mengelakkan kematian yang lebih banyak.

Menurut laporan akhir, seramai 149 orang terkorban dalam tembakan ini, 132 pelajar dan selebihnya adalah staf dan guru-guru sekolah. Manakala pengganas yang terselamat dijatuhi hukuman gantung sampai mati apabila disabitkan bersalah atas pembunuhan beramai-ramai.

Antara yang maut dalam insiden ini
Sumber: https://img2.thejournal.ie/article/2500863/river?version=2501074&width=630

RUJUKAN:

1. https://www.bbc.com/news/live/world-asia-30491113, BBC News.

2. http://time.com/4132276/pakistan-peshawar-school-attack-four-hanged/, TIME.com. 3. https://www.britannica.com/event/Peshawar-school-massacre

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.