Moving Forward As One

Meneroka Sejarah Penderhakaan Melayu Pada Raja-Raja

865

PayLater by Grab

Derhaka. Perkataan ini merupakan perkataan yang cukup digeruni dan dibenci oleh masyarakat Melayu. Semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, baginda mempunyai 2 orang putera iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Walaupun menyayangi kedua orang puteranya itu namun dalam banyak hal Sultan Mansur suka melebihkan Raja Muhammad bahkan dalam perancangan baginda, Raja Muhammad akan menjadi penerus kepada takhta Kerajaan Melaka.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun malang tidak berbau. Suatu hari, Raja Muhammad telah berkuda masuk ke kampung Bendahara Paduka Raja Tun Perak dan kebetulan pada waktu itu, salah seorang anak Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga bersama dengan kawan-kawannya.

Semasa Raja Muhammad semakin hampir dengan Tun Besar, dengan tidak sengaja bola sepak raga yang dimainkan oleh Tun Besar itu telah mengenai destar Raja Muhammad sehingga jatuh. Raja Muhammad sangat murka dan telah bertindak memb.unu.h Tun Besar sehingga menyebabkan keadaan menjadi gegak gempita.

Pengikut Tun Perak pada waktu itu telah mengambil senjata untuk mengejar Raja Muhammad bagi membalas dendam atas perbuatan tidak berperikemanusiaannya itu.

Namun perlakuan pengikut Tun Perak itu telah ditegah oleh Bendahara Melaka itu. Tun Perak mengatakan “ Hei, Hei, hendak derhakakah ke bukit?!. Hendak derhakakah ke bukit?. Nyah! Nyah! Nyah!.Kamu semua nyah! kerana istiadat hamba Melayu tidak pernah derhaka. Tetapi anak raja seorang ini janganlah kita pertuankan.” (Bukit yang dimaksudkan di sini sudah tentulah Sultan Melaka. Ini kerana istana Sultan Melaka berada di atas bukit)

Kata-kata Bendahara Paduka Raja Tun Perak ini sebenarnya sangat menarik untuk kita telusuri. Walaupun anaknya telah dizalimi dengan tidak berperikemanusiaan namun beliau tetap tenang dan melarang pengikutnya daripada derhaka kepada raja.

Sebab itulah jika ada yang mengatakan orang Melayu derhaka kepada raja maka itu adalah pandangan yang serong dan tidak betul sama sekali. Adat orang Melayu itu sangat pantang derhaka kepada raja.

Bahkan sesiapa yang dikira derhaka kepada raja bukan sahaja dib.unu.h dengan kejam sebagaimana Si Kitol dan Raja Mandeliar bahkan tapak tempat hukuman mereka juga turut dibuang ke laut. Ini menunjukkan betapa kejinya perbuatan derhaka dalam adat Melayu.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa “ tengok tu, bukankah Si Kitol dan Raja Mandeliar itu juga menderhaka kepada raja?”. Sebenarnya jawapan kepada soalan ini sangatlah mudah:

  1. Si Kitol dan Raja Mandeliar bukanlah orang Melayu tetapi keturunan India.
  2. Mereka sebenarnya bukannya derhaka tetapi terlibat dalam fitnah ke atas Tun Mutakhir sehingga menyebabkan Sultan Mahmud mengambil keputusan yang salah.
  3. Fitnah mereka itu telah menyebabkan Melaka semakin goyah apabila pengganti kepada Tun Mutakhir iaitu Bendahara Sri Paduka Tuan ( Bendahara Tepok ) sudah terlalu tua untuk menguruskan kerajaan.
  4. Jadi fitnah yang dilakukan oleh mereka ini memang sesuatu yang besar sehingga merugikan negara.
  5. Jika yang dilakukan mereka berdua itu ialah penderhakaan, maka sepatutnya seorang lagi rakan subahat mereka iaitu Laksamana Khoja Hasan juga turut dib.unu.h.

Tetapi sebaliknya yang berlaku ialah Laksamana Khoja Hasan hanya disuruh melepaskan jawatan dan meninggalkan Melaka sahaja. Jelas apa yang dilakukan mereka ialah penipuan dan fitnah bukannya penderhakaan.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana dengan Laksamana Bentan Megat Seri Rama itu? Bukankah penderhakaan? Benar, apa yang dilakukan oleh Laksamana Bentan itu merupakan penderhakaan kepada Sultan namun jika diteliti, tindakannya menikam Sultan Mahmud Syah II itu merupakan tindakan balas dendam bukannya tindakan untuk menderhaka kepada Sultan.

Dengan kata lain, tindakan Laksamana Bentan menikam Sultan Mahmud II yang berada di atas tandu itu merupakan satu usaha beliau untuk menuntut bela atas kem.atian isterinya yang dib.unu.h secara kejam. Langsung tidak terdetik di hati Laksamana Bentan untuk menderhaka atau merampas kuasa Sultan.

Semasa menjalankan tugas di luar, Laksamana Bentan Megat Seri Rama telah meninggalkan isterinya iaitu Wan Anum di rumah dalam keadaan sarat  mengandung. Wan Anum pada waktu itu begitu mengidam buah nangka namun sangat sukar untuk didapati pada waktu itu sehinggalah seorang suruhan raja lalu di hadapan rumahnya dengan membawa sebiji nangka dari kebun sultan.

Wan Anum telah merayu orang suruhan raja itu untuk memberinya seulas nangka. Dengan berat hati dan rasa kasihan, pesuruh raja itu telah menebuk seulas nangka untuk diberikan kepada Wan Anum.

Apabila tiba di istana, perbuatan pesuruh raja itu telah terbongkar. Wan Anum telah dipanggil ke istana dan telah dibelah perutnya. Wan Anum meninggal namun semua yang ada di istana pada waktu itu dapat melihat dengan jelas anak dalam kandungan Wan Anum itu sedang memakan nangka tersebut.

Selepas beberapa lama, Laksamana Bentan akhirnya pulang ke rumah. Beliau akhirnya tahu bahawa isterinya telah dibu.nu.h oleh Sultan Mahmud II dengan kejam. Jadi beliau telah bertindak menikam Sultan Mahmud semasa sang Sultan itu berada di atas tandu untuk menuju ke masjid.

Tindakan Sultan Mahmud II tersebut yang mempermalukan Wan Anum tersebut merupakan tindakan yang melanggar Wa’ad yang telah dipersetujui antara Sri Tri Buana dan Demang Lebar Daun. Wa’at tersebut berbunyi:

Maka titah Seri Teri Buana, “Apa janji yang dikehendaki oleh bapaku itu?” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba; syahadan jikalau ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dengan kata yang jahat-jahat; jikalau besar dosanya dib.unu.h, itupun jikalau patut pada hukum syarak”.

\Maka titah baginda, “Kabullah hamba. Akan janji bapa hamba?” Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu?” Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa jangan durhaka pada anak cucu hamba, jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalupun”.

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah, kabullah hamba akan wa’ad itu”. Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah, barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu dibalik Allah Subhanahu wa Ta’ala bumbungan rumahnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.

Itulah sebabnya maka dianugerah akan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada segala raja-raja Melayu, tiada penah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagai mana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib, itu alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Syahadan segala hamba Melayu pun dianugrahakan Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada penah durhaka dan memalingkan mukanya kepada rajanya, jikalau jahat sekalipun pekertinya dan aniaya sekalipun.”

Dalam wa’at yang menjadi pengikat antara raja dan rakyat ini jelas menyatakan bahawa, sekalipun seseorang raja itu zalim atau jahat, hamba Melayu mesti taat setia kepadanya. Jika perlu dihukum maka hukumlah walaupun dengan hukuman b.un.uh.

Namun seseorang raja itu dilarang sama sekali mengaibkan hamba Melayu. Dan jika seseorang raja berbuat demikian maka negerinya akan binasa. Mungkin itulah yang berlaku ke atas negera Johor apabila kerajaan tersebut kucar kacir selepas kemangkatan Sultan Mahmud pada tahun 1699 itu.

Negara Johor berada dalam kekacauan apabila berlaku perebuatan kuasa antara Sultan dari keturunan Bendahara dengan Raja Kechil. Kemudiannya Bugis pula campur tangan dalam politik Johor.

Mungkin kisah Tun Perak dan Laksamana Bentan itu tidak mampu memuaskan hati pembaca, baiklah saya bawakan pula kisah Tun Biajid bin Hang Tuah dengan Sultan Mahmud Syah Melaka. Suatu pagi semasa cahaya masih samar-samar,

Tun Biajid telah tiba di rumahnya selepas melawat kawasan pegangannya di Merba. Semasa hampir sampai di hadapan rumahnya, beliau telah melihat Sultan Mahmud turun ditangga rumahnya. Maka tahulah Tun Biajid bahawa Sultan Mahmud telah “menanam jagung” pada isterinya.

Dalam keadaan geram, Tun Biajid telah menimbang tombak di tangannya untuk merejam Sultan Mahmud namun akhirnya beliau telah membatalkan niatnya itu.

Ini kerana Tun Biajid tidak mahu menjadi seorang yang derhaka sehingga membu.nu.h tuan sendiri. Akhirnya Tun Biajid telah menceraikan isterinya itu dan telah meletak jawatannya sebagai pegawai Melaka.

Mungkin kerana rasa bersalah, maka Sultan Mahmud Syah telah menceraikan gundiknya yang bernama Tun Iram Sendari dan dikahwinkan dengan Tun Biajid. Walaupun begitu, Tun Biajid tetap pergi meninggalkan Melaka.

Selain itu, peristiwa yang besar lainnya ialah mengenai peristiwa pemb.unu.han terhadap Bendahara Sri Maharaja Tun Mutakhir akibat fitnah daripada Raja Mandeliar dan Si Kitol. Semasa Tun Indera Segara dan Tun Sura Diraja datang untuk menjalankan perintah Sultan untuk membu.nu.hnya, Tun Hasan Temenggung cuba melawan namun ditegah oleh Tun Mutakhir.

Selain itu, Tun Mutakhir juga turut menegah pengikutnya daripada melakukan perlawanan dan sesiapa yang cuba melawan titah Sultan itu akan dituntut oleh beliau di akhirat kelak. Sehingga hampir ke hujung nyawa, Tun Mutakhir tetap menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Mahmud. Dan beliau amat takut jika dituduh sebagai penderhaka.

Selain Tun Mutakhir, anaknya iaitu Tun Hasan Temenggung, menantunya Tun Ali dan besannya Seri Nara Diraja turut dijatuhkan hukuman b.un.uh.

Dengan kedudukannya sebagai Bendahara Melaka, jika beliau mahu melarikan diri sekalipun. itu merupakan perkerjaan yang amat mudah namun Tun Mutakhir memilih untuk menerima sahaja hukuman daripada Sultan Melaka kerana takut dituduh derhaka.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jadi jelaslah di sini bahawa adalah menjadi pantang larang bagi orang Melayu dahulu kala untuk derhaka kepada Sultan sendiri. Dalam kes Tun Biajid, walaupun telah diaibkan begitu rupa, beliau tetap memilih jalan tengah. Walaupun wa’at telah tercabut dikala dihina oleh Sultan namun beliau tetap menumpahkan taat setia.

Beliau memilih jalan lain untuk melempiaskan nafsu amarahnya itu iaitu dengan meninggalkan segala pekerjaan yang berkait dengan pentadbiran Melaka. Sebab itulah, jika ada yang mengatakan orang Melayu adalah  bangsa derhaka maka ketahuilah itu hanyalah mitos semata-mata.

Bukan hanya disebabkan adat, tetapi hukuman terhadap pengderhaka juga agak berat dalam undang-undang orang Melayu contohnya Hukum Kanun Pahang yang memperuntukkan seksaan 360 jenis seksaan urat dan 148 jenis seksaan tulang.

Ahli keluarganya pula akan dijual sebagai hamba manakala mereka yang bersuhabat dengan penderhaka pula akan dikerat lidahnya, telinganya dipasak dan matanya akan dicungkil. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu begitu benci dengan penderhakaan.

Ruangan komen telah ditutup.