Banyak fiksyen Barat telah memainkan naratif masa dalam filem. Ada yang pergi ke masa lampau seperti T3rmin4tor. Ada yang pergi ke masa depan seperti Avengers pun (walaupun Dr Stephen Strange) sekadar melihat.

Malah ada yang pergi balik masa pun yang boleh diteliti dalam Back to the Future. Namun setiap satunya ada kecelaruannya (lebih mesra dikenali sebagai paradoks).

Seperti dalam T3rmin4tor –  ada satu kecelaruan penting yang boleh dijadikan sandaran.

Dalam filem sulung, Kyle Reese dihantar balik untuk melindungi Sarah Connor. Siapa yang hantar Kyle Reese? Anaknya sendiri iaitu John Connor (tanpa pengetahuan Reese pada masa itu).

Namun bagaimana John Connor wujud jika ayahnya dilahirkan kemudian? Sebelum menghantar Reese balik, siapa ayah John Connor?

Mungkin pada detik paling awal Reese dihantar, orang lain yang hamilkan Sarah Connor. Tetapi pengembalian Reese telah mengubahkannya.

Dan pada masa itu pula Reese dihantar untuk melindungi Sarah Connor daripada T-101.

Bagi Skynet, kejayaan T-101 akan mengubahkan segalanya kerana manusia takkan mampu melawan Skynet. Tetapi jika berjaya, Skynet tidak perlulah hantar T-101… sebab memang tiada pemb3r0ntakan manusia pun.

Maka kenapa T-101 dihantar balik? T-101 tidak perlu dihantar pun.

Tetapi kalau T-101 tidak dihantar, John Connor hiduplah. Ulanglah begitu sampai sudah. Itulah kecelaruannya.

Namun begitu, sebuah siri Jerman yang ditayangkan Netflix menggunakan elemen kecelaruan untuk menarik perhatian penonton.

DARK menunjukkan sebuah pinggiran bandar Winden, berputik daripada kes kehilangan pelajar yang mengembang begitu besar sehingga menjangkaui garisan pasca-apokalips akibat rentasan masa dalam kalangan penduduk-penduduk Winden.

Contoh pengembangan yang dimaksudkan ialah Charlotte Doppler. Polis ini telah melahirkan sepasang cahaya mata perempuan bernama Franziska dan Elisabeth Doppler.

Selepas sebuah peristiwa berlaku yang menyebabkan apokalips, Elisabeth kemudian bertemu dan berkahwin dengan Hanno Tauber.

Cahaya mata mereka berdua ialah Charlotte yang dibawa ke masa lampau untuk menghamilkan Franziska dan Elisabeth dengan seorang lelaki bernama Peter.

Dengan erti kata lain, Elisabeth ialah ibu dan anak kepada Charlotte. Peter ialah bapa dan menantu Elisabeth. Laluan masa berselirat ini tidak berkisar dengan keluarga Doppler sahaja.

Sebuah loji nuklear dikendalikan keluarga Tiedemann. Ketua loji ini ialah Claudia Tiedemann yang mempunyai seorang anak perempuan Regina.

Perkembangan plot mendapai Regina berkahwin dengan Aleksander Tiedemann. Dan mereka berdua mempunyai cahaya mata bernama Bartosz. Bartosz ini pun merentasi masa dan berkahwin dengan Silja.

Anak mereka ialah Hanno Tauber (yang berkahwin dengan Elisabeth Doppler) dan Agnes Tauber.

Agnes ini kemudian kembali ke masa dan mengatakan dirinya Agnes Nielsen. Beliau memulakan Keluarga Nielsen yang merupakan sebahagian daripada keluarga utama Winden. Cicit Agnes ini ialah Mikkel Nielsen.

Beliau semasa usia kanak-kanak merentasi masa dan berkahwin dengan Hannah Kahnwald. Wanita ini pula menimang cahaya mata bernama Jonas Kahnwald, watak paling utama DARK.

Jonas pula dalam trauma selepas ayahnya Michael Kahnwald (Mikkel Nielsen) bunuh diri. Dan beliau secara tidak langsung pun kembali ke masa untuk menghalang Michael… sebelum menyedari bahawa Michael tiada hasrat pun untuk bunuh diri.

Tetapi demi kelangsungan masa, itulah satu-satunya caranya. Kerana jika Michael tidak bunuh diri, Mikkel (semasa budak) tidak akan kembali ke masa.

Apa yang berlaku (bagi Michael) tidak boleh dihalang (dalam garisan masa Mikkel). Mikkel mesti menjadi Michael; kalau tidak, Jonas takkan dilahirkan.

Apabila plot mengembang, Jonas pun cuba menghalang apa yang berlaku.

Kerana mereka mendapati punca utama ialah sebuah organisasi sulit bernama Sic Mundus, yang diketuai Adam dan Noah. Semakin lama semua tahu bahawa Jonas itulah Adam dan Noah pula ialah Hanno Tauber.

Kerumitan ini berlaku kerana kewujudan gua Winden yang menghubungkan garisan masa setiap 33 tahun. 1887, 1920, 1953, 1986, 2019 (present time) dan 2052 ialah tahun-tahun penting dalam cerita ini.

Maka secara tidak langsung, keenam-enam tahun ini telah menjadi sebuah bulatan masa yang tidak kesudahan.

Daripada 1887 ke 2052, semua berpusing dan berulangan. Tiada hukum boleh diubah. Cicak mati di satu tempat pun tidak boleh dihalang.

Inilah dikatakan Paradoks Bootstrap – suatu kejadian yang individu dan objek tidak dicipta atau mencipta / tidak dilahirkan atau melahirkan… terjadi begitu saja.

Contohnya. Charlotte Doppler ialah ibu Elisabeth yang melahirkan Charlotte. Jadi siapa yang sebenarnya ibu dan anak? Jonas Kahnwald pula terjatuh hati kepada gadis cantik Martha Nielsen.

Tetapi hubungan Jonas dan Mikkel Nielsen membuatkan Martha itu sebenarnya ibu saudara Jonas. Dan semua watak seolah-olah terikat dengan Winden tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Inilah permasalahan bila garisan masa dinodai dalam konteks yang melawan alam semulajadi. DARK mungkin sukar disebabkan penodaan yang begitu berselirat. Tetapi kalau skala kecil, ibaratkan Ali dan Kasim serta anaknya Razman, masing-masing di tahun 1900, 1950 dan 2000.

Razman kembali ke 1900 dan terpijak seekor rama-rama. Hakikatnya pada tahun tersebut, sepatutnya rama-rama itulah yang tarik perhatian Sarimah dan kemudiannya bertemu Ali. Perkahwinan merekalah yang sepatutnya mentakdirkan kelahiran Kasim. Tetapi atas gangguan masa kerana Razman bvnuh rama-rama, semuanya telah berubah.

Kalau Kasim tidak dilahirkan, bagaimana Razman wujud? Apakah Razman akan lenyap begitu saja? Namun… kenapa Razman lenyap begitu saja? Dia ada di 1900.

Keliru. Celaru.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.