Menelusuri Kisah Naruto: ‘Antara Animasi Fantasi dan Realiti’.

0
1658
views

بسم الله الرحن الرحيم

Muqaddimah

Naruto, sebuah karya yang dianimasikan di abad-21 kini, yang memakan masa 15 tahun kisahnya disiarkan, bagiku suatu karya yang penuh ibrah. Adapun dahulunya dunia animasi ini dipegang oleh Dragon Ball, namun bagiku kini, Naruto mengambil alih. Komiknya yang berjumlah ratusan episod sarat dengan nilai, ibrah, pegangan falsafah tidak dinafikan juga erti perjuangan dalamnya.

Namun di sini, fokus tulisanku ini adalah untuk menyingkapi alamnya yang fantasi dengan alam kita yang realiti. Menjadi persoalan, adakah kisah Naruto menjadi ikutan realiti atau realiti menjadi ikutan Naruto? Bagiku, kedua- duanya sekali. Kita akan lihat di sini bagaimana pengkisahan Naruto menggambarkan realiti semasa dan lepas serta masa akan datang yang menjadi ikutan realiti.

Perbahasan #1: Naruto

Lahirnya seorang tokoh

Pembentukan tokoh itu tidak dinafikan berhajat kepada ibu bapa yang hebat disamping guru yang ‘alim. Kita dapat lihat di sini bagaimana bapa Naruto,Minato adalah Hokage[1] ke-4 dan ibunya, Kushina adalah jinchuuriki[2]. Mereka yang menjadi jinchuuriki bukanlah calang- calang insan namun the choosen one. Begitu juga nasab Naruto yang berketurunan puak Uzumaki yang mana puak ini merupakan suatu puak yang dihormati dek kerana kemahiran mereka mengunci raksasa. Hatta Hokage pertama sendiri berkahwin dengan wanita daripada puak Uzumaki.

Berbicara tentang guru, adapun pada awalnya Naruto hanya dididik oleh Iruka pada awalnya, kemudian dididik oleh Kakashi, seorang shinobi yang terkenal di Konoha di samping menjadi Hokage ke-6 di penghujung kisah Naruto. Adapun pada fasa berikutnya, dia mendapat didikan secara langsung, umpamanya mushafahah dengan Jiraiya, salah seorang 3 Sannin Lagenda. Selepas pemergian Jiraiya, dia belajar pula dengan Fukasaku yang merupakan guru kepada Jiraiya. Tidak dinafikan juga Killer Bee, antara jinchuuriki yang berjaya bersahabat dengan raksasa berekornya, Gyuuki. Naruto telah belajar dengannya (Killer Bee) akan teknik pengawalan kuasa raksasa berekor dalam badannya.

Daripada sini, harus kita sedari bahawa si ibu bapa dan guru sangat berperanan dalam pembentukan seseorang tokoh itu.

Keluarga dan guru membentuk individu. Adapun dia (individu) membentuk masyarakat. Adapun mereka(masyarakat) membentuk tamadun.

Daripada kisah Naruto ini, tidak dapat kita nafikan akan kerealistikannya dengan alam kita. Bagaimana tokoh- tokoh sarjana misalnya Sheikh Sa’id Ramadhan al- Bouti, ayahnya seorang yang alim serta guru- gurunya sangat hebat. Begitu juga dengan sarjana- sarjana lain hatta Nabi SAW. Ibu bapanya adalah orang baik akhlaknya tiada cela pada keduanya. Kaumnya, Bani Hashim adalah suatu kaum yang masyhur di samping dihormati di Arab. Gurunya SAW tidak lain tidak bukan Jibrail a.s yang membawa wahyu terus daripada Allah ‘azza wajalla. Bukan ingin menganalogikan Nabi SAW dengan Naruto, namun inginku tegaskan di sini bagaimana keluarga dan pengajar itu memberi impak besar kepada seseorang.

Perbahasan #2: Generasi

Kemunduran Generasi kemudian berbanding generasi terdahulu

Berdasarkan kisah Naruto, permulaan dunia shinobi adalah dengan kemunculan Kaguya, diikuti anak- anaknya, Hagoromo dan Hamura. Adapun kehebatan mereka tidak dapat disangkal oleh mereka yang hidup di era terkemudian. Begitu juga dengan barisan saf Hokage- hokage. Hashirama Senju, merangkap Hokage pertama digelar God of Shinobi, namun apa yang terjadi kepada mereka yang terkemudian? Mereka semakin lama semakin mundur baik daripada segi kekuatan mahupun teknik.

Beginilah kita di dunia realiti. Sedar tidak sedar, Nabi Muhammad SAW adalah insan yang terhebat tiada nafi padanya. Mereka yang berdamping dengannya yakni sahabat adalah sebaik- baik generasi. Adapun di zaman Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniah, Islam mendapat tempat di persada dunia, bagaimana dengan kita yang kini? Kita sebagai generasi yang terkemudian semakin lemah tidak bermaya jika dibanding dengan generasi terdahulu. Namun, hal ini bukan dek kerana masa, namun kerana cara.

Asalnya adalah yang agung. Jauh dengannya maka mundurnya kita. Bukannya ia pada masa, tapi pada cara.

Perbahasan #3: Perjuangan

Perjuangan Kemudharatan

Sepanjang pengkisahan Naruto, kita akan dapati ada 4 Great World Ninja War. Namun, hanya satu sahaja yang bermanfaat, yakni The Fourth World Ninja War. Peperangan Dunia Ninja yang sebelumnya tidak lain hanyalah suatu polemik yang membawa kemudharatan bukan kemaslahatan semata. Perang mereka atas nama keamanan(peace) hanyalah suatu janji palsu yang menjadi sarung perjuangan mereka. Adapun aman yang mereka cari itu adalah dengan mengkhazafkan keamanan orang lain yang tidak sepatutnya.

Begitu juga dengan realiti kita kini. Perhatikanlah bagaimana sebahagian polemik kita yang hanya disebabkan warna, kaum maupun bangsa menjadi sarung sang pejuang bagi mereka mengorak langkah perjuangan mereka. Atas nama keadilan kononnya, mereka berjuang mengecapi kebahagiaan koloni mereka sekali gus menitiskan air mata mereka yang lain. Itulah dunia kini. Bagi umat Islam, kita sibuk berbalah dengan hal furu’iyyah sedangkan yang usuluyyah disisihkan. Kita jadikan perbezaan manhaj dakwah kepada Yang Esa sebagai flatform mengecam mereka yang tidak sehaluan namun ke arah yang sama.

Menuju yang Esa, jalan berbeza. Hala ke yang Esa, lorong berbeza.

Berdiri pokok kerana akar.

Terserlah ia kerana dahan.

Serabutnya ia kerana ranting.

Indahnya ia kerana daun.

Enaknya ia kerana buah.

Tanpa akar yang subur, adanya nanti ranting berdaunnya kering tidak berbuah.

Tatkalanya patah hanya mudharat.

Perbahasan #4: Musuh Sebenar

Agenda Ke Arah Dunia Baharu

Pasukan Akatsuki mempunyai agenda mereka yakni infinite tsukuyomi. Ia adalah suatu proses ke arah dunia yang aman(bagi mereka). Mereka(Akatsuki) ini, mempunyai suatu idea bukan untuk mengubah suatu kampung atau negara, namun seluruh dunia seluruhnya. Kata lainnya, agenda dunia baharu. Akatsuki yang hanya terdiri daripada beberapa individu yang sedikit[3] berjaya membawa agenda mereka sehingga menimbulkan kebimbangan kepada kampung- kampung Ninja yang lain, sedangkan mereka berada dalam kuantiti yang banyak.

Di alam realiti,kita dapat menganalogikan Akatsuki ini umpamanya golongan Yahudi. Adapun mereka terdiri daripada golongan yang sangat elit, di samping menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat yang ‘sedar’, namun mereka berada dalam kuantiti yang sikit. Adapun sedikit, tindakan mereka memberi impak kepada dunia.

Berkaitan dunia baharu, tidak dinafikan mereka(Yahudi) sedang ke arah pembentukan dunia baharu. Kata lainnya ‘New World Order’ atau Novus Ordo Seclorum seperti mana yang terpapar pada wang dollar Amerika Syarikat.

Perbahasan #5: Kisah Futuristik

Menuju Kesatuan Selepas Kesedaran

Polemik antara 5 Great Nation dalam kisah Naruto tidak terhenti secara mutlak setelah perang Dunia Ninja ke-3 tamat. Sifat ketidak puasan hati itu terpahat di sanubari mereka dek kerana kematian sahabat serta keluarga mereka. Namun, mereka yang selama ini bertelagah akhirnya berintegrasi. Kerana apa? Kerana mereka sedar apa yang sepatutnya mereka buat bukan lagi apa lagi yang ingin mereka buat. Mereka akhirnya sedar, ancaman yang selama ini memudharatkan kaum, bangsa serta negara mereka bukan kerana jiran mereka namun kerana Akatsuki, suatu organisasi yang menuju ke arah dunia baharu yang kononnya aman.

Begitulah kita dengan keadaan kini. Namun, sayang seribu kali sayang, tidak ramai yang sedar. Adapun yang berkuasa sedar akannya, mereka buat acuh tak acuh, membuatkan yang dibawah mereka dimamah mudharat tanpa sangka. Mereka yang berkuasa seharusnya bersoladiriti sekali gus bersinergi bersama rakyat menentang musuh yang sebenar. Please, wake up and do something.

Kata guruku: Kafir itu agamanya satu.

Tambahku: Tidak mengenal rupa, warna mahupun gaya.

Ular manhaj mereka. Tidaklah nampak melainkan yang mencari.

Mendiamkan diri, patuk apabila perlu. Jika tidak dimamah, cukup sekadar diracuni.

Konklusi

Sebentar tadi adalah sedikit sorotan ringkas daripada hamba yang dhaif ini akan perbahasan kisah Naruto. Terlampau banyak nilai padanya yang seharusnya kita rungkaikan lalu dipersembahkan kepada masyarakat.

Kita sebagai generasi terkemudian seharusnya tidak menjadikan jarak masa itu sebagai alasan untuk kita mengecapi semula kegemilangan para sahabat. Senantiasakan diri kita dengan bercita- cita besar bukan sekadar memenuhi periuk nasi kita sebaliknya periuk nasi umat.

Menyedari masalah yang sebenar juga harus kita kecapi agar polemik sampah tidak menjadi warisan generasi terkemudian. Umat manusia kini menghidap kanser. Mereka yang cakna sahaja tahu apa yang sedang berlaku pada mereka sedangkan yang lainnya terus hidup dalam kitaran ‘roda kehidupan’ yang tidak berhaluan sebaliknya kejap di atas kejap di bawah.

Tegasku di sini:

We just keep thinking what will we be or want to be,

Till forget to think what must we be.

Allah berfirman:

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ

Bermaksud: ‘Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku’.[4]

Selain itu, Allah juga telah berfirman:

وَإِذ قالَ رَبُّكَ لِلمَلائِكَةِ إِنّي جاعِلٌ فِي الأَرضِ خَليفَةً ۖ

Bermaksud: ‘Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”’.[5]

Sudah terang lagi bersuluh. Dalam menulusuri perjuangan hidup kita, jangan kita lupa siapa kita dan di mana kita berpijak. Bak kata Si Penyanyi, “Di mana bumiku pijak, di situ langitku junjung”.

Akhirulkalam, inginku tegas pula di sini:

Sehebat- hebat kisah, ia daripada langit. Mereka yang terhebat, apabila caranya menepati yang asal.

Realiti sentiasa atas fantasi. Bertepatannya itu suatu nikmat.

Saya akhiri dengan firman Allah SWT, firmanNya:

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِن جاءَكُم فاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنوا…

Bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika seorang fasik datang kepada kamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya…’.[6]

FirmanNya lagi:

هُوَ الَّذي يُنَزِّلُ عَلىٰ عَبدِهِ آياتٍ بَيِّناتٍ لِيُخرِجَكُم مِنَ الظُّلُماتِ إِلَى النّورِ ۚ

Bermaksud: ‘Dialah (Allah) yang menurunkan ayat-ayat yang terang (al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad SAW) untuk mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya…’.[7]

KepadaNya jualah kita kembali. Adapun kisah al- Quran yang terhebat dan Baginda SAW adalah insan yang terhebat tiada syak padanya.

والله أعلم بالصواب

وصدق الله ورسوله

والحمد لله رب العالمين

[1] Ketua Konoha, Kampung Daun(The Hidden Leaf Village)

[2] Penjaga raksasa berekor(Juubi).

[3] Tidak sampai 30 individu

[4] Surah Az-Zariyat 51:56

[5] Surah Al-Baqarah 2: 30

[6] Surah Al-Hujurat 49: 6

[7] Surah Al-Hadiid 57:9

Artikel ditulis oleh IBN ZAHARI untuk The Patriots.