Pada 16 November 2018 merupakan hari yang bersejarah dalam komuniti saintifik. Definisi Kilogram (kg) telah bertukar daripada menggunakan artifak fizikal kepada pemalar alam (natural constant) yang lebih jitu dan tepat. Dalam 26th General Conference of Weight and Measures yang berlangsung selama 3 hari di Versailles, Perancis, sebanyak 55 buah negara daripada 60 yang bersetuju untuk mendefinisikan semula unit kilogram.

Rancangan untuk mendefinisikan semula kilogram telah bermula sejak tahun 2011 lagi dan pada hari ini mereka bersetuju untuk menukar definisi tersebut dan dikhabarkan akan mula diaplikasikan pada Mei 2019. Adakah anda tahu bagaimana beratnya 1kg? Tahukah anda bagaimana 1 saat disukat selama mana? Tahukah anda bagaiman 1 meter disukat sepanjang mana?

Sebelum Revolusi Perancis, setiap negara mempunyai definisi panjang dan berat yang berbeza. Dunia tidak mempunyai piawaian sistem antarabangsa. 1 meter bagi negara India dan I meter negara China tidak sama. 1 kilogram bagi negara Itali dan 1 kilogram bagi negara England tidak sama. Setiap negara dan wilayah mempunyai piawaian yang tersendiri untuk menentukan dan menyukat. Malah, sistem nombor pun tiada piawaian di peringkat antarabangsa. Sistem nombor India, China, Eropah dan Arab semuanya tidak sama. Cuma sewaktu Zaman Pertengahan, sistem nombor Eropah iaitu nombor Roman telah digantikan dengan sistem Arab-Hindu.

Justeru, pada masa itu hampir separuh dunia menggunakan sistem Arab-Hindu. Sistem nombor telah mula ada piawaian antarabangsa. Cuma sistem ukuran sahaja masih belum tetap. Ramai sarjana pada waktu itu seperti John Wilkins cuba untuk menetapkan piawaian bagi ukuran berat, panjang, kelajuan, masa dan lain-lain untuk memudahkan urusan manusia.

Tetapi usaha-usaha mereka gagal. Malah, di Perancis saja sudah mempunyai pelbagai piawaian unit ukuran berbeza-beza. Pada tahun 1789, malapetaka berlaku akibat daripada tiada piawaian ukuran unit ini. Ketika berlakunya Revolusi Perancis, para revolusioner bukan sahaja mempunyai aspirasi untuk menumbangkan monarki tetapi mahu mengubah masyarakat secara keseluruhan. Sistem kalendar, sistem ekonomi, sistem sosial semuanya mahu ditukar. Maka, sistem unit pun mahu ditentukan kerana terlalu banyak piawaian telah menyerabutkan urusan ekonomi dan kewangan negara.

Akademi Sains mengadakan mesyuarat untuk reformasi sistem unit ini. Piawaian lama merujuk pihak autoriti atau tradisi tertentu untuk menentukan unit ukuran seperti sedepa, sekaki, sebatu dsb. Akademi Sains mahu menggunakan matematik dan alam sebagai piawaian unit – dipanggil sebagai sistem metrik.

Mereka mengambil ukuran 1 meter bersamaan dengan jarak cahaya bergerak dalam vakum untuk tempoh 1/299792458 saat. 1 saat pula bersamaan dengan tempoh caesium-133 atom bergerak dari satu tingkat tenaga hingga ke tingkat dasar sebanyak 9192631770 kali.

Ketika Revolusi Perancis, perkara ini turut memainkan peranan dari sudut politik. Dengan adanya piawaian unit, ahli politik tidak dapat memanipulasi sukatan sesuka hati mereka untuk mendapatkan keuntungan dan menindas rakyat. Ketika proses untuk mengadaptasi unit baru, tidak mudah bagi rakyat. Apabila mereka mahu menggunakan piawaian unit yang dibawa oleh Akademi Sains, mereka juga terguna piawaian unit yang lama.

Pada ketika ini, cuma Perancis saja tetapkan piawaian unit supaya memudahkan urusan mereka. Sewaktu pemerintahan Napoleon, unit berasaskan sistem metrik merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya, manusia mula sedar bertapa pentingnya menetapkan piawaian unit apabila era perdagangan antarabangsa mula berkembang.

Sewaktu zaman penjajahan, sistem metrik berkembang ke seluruh dunia. United Kingdom masih belum adaptasi lagi. Kelambatan U.K adalah kerana Amerika Syarikat yang dahulunya koloni Britain, masih mengamalkan sistem imperial (sistem piawaian unit lama U.K) bagi unit mereka sehingga kini. Kini, cuma tiga buah negara sahaja yang tidak mengamalkan sistem metrik iaitu Amerika Syarikat, Liberia dan Myanmar.

Dahulunya, 1 kilogram didefinisikan sebagai berat aloi platinum-iridium berbentuk silinder yang disimpan oleh International Bureau of Weights and Measures di Saint-Cloud, Paris. Pada hari ini, 1 kilogram telah bertukar definisi dengan menggunakan pemalar Planck dan berat arus elektrik yang disukar menggunakan penimbang Kibble yang disimpan di National Institute of Standards and Technology (NIST). Seruan pendefinisian semula adalah untuk mendapatkan definisi yang lebih tepat untuk unit-unit ukuran. Saintis berpendapat, penggunaan artifak fizikal tidak dapat memberikan nilai tepat kerana artifak mudah rapuh dan terdedah dengan gangguan luar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.