Admin menerima satu kiriman pautan di WhatsApp yang bertajuk “Terbongkarnya Misteri Coronavirus (COVID-19) dengan pautan https://bumiyangtercinta2.blogspot.com/2020/01/terbongkarnya-misteri-novel-coronavirus.html?m=1 yang sangat panjang dan mengandungi pelbagai gambar.

Wow, admin rasa kagum dengan kesungguhan penulis blog ini menulis dan mencari fakta berkaitan dengan coronavirus. Namun begitu, banyak maklumat yang dipaparkan bersumberkan kepada Teori Konspirasi yang belum ada pembuktian yang tepat atau secara saintifik.

Benarkah Coronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini ialah Ciptaan Manusia pada Tahun 2018 atau sebelumnya?

Coronavirus ialah virus yang wujud secara semulajadi dan dikesan di dalam pelbagai haiwan dan manusia. Virus ini memang wujud secara semulajadi yang menyerang manusia, tetapi strain ini tidak berbahaya kepada manusia kerana antibodi kita boleh mengesan dan melawan koronavirus yang wujud secara semulajadi dalam sistem respiratori manusia.

Virus koronavirus yang berbahaya ialah virus yang berpindah daripada haiwan kepada manusia, yang pertama kali dikesan ialah melalui pemindahan virus koronavirus dari kelawar kepada manusia pada Tahun 2003.

Oleh itu, virus ini bukanlah dicipta oleh manusia, tetapi ia adalah virus semulajadi yang berpindah dari haiwan kepada manusia. Oleh sebab sistem pertahanan badan atau antibodi manusia tidak boleh mengesan virus ini, ia menyebabkan infeksi boleh berlaku dan individu yang dijangkiti akan mengalami sakit teruk dan kronik.

Rajah 1 ilustrasi Koronavirus virion

Makmal Biosafety di Wuhan Penyebab Tersebarnya Virus ini?

Makmal Biosafety Level 4 (BSL-4 Laboratory) ialah makmal keselamatan bio yang tertinggi untuk mengkaji pelbagai virus kelas paling bahaya seperti SARS dan Ebola. Makmal Biosafety Wuhan yang mula beroperasi pada Tahun 2018 ialah makmal pertama di Negara China untuk mengkaji patogen aras 4, termasuklah koronavirus.

Terdapat lebih 50 makmal seumpamanya di dunia dengan 13 daripadanya berada di Negara Amerika Syarikat.  Makmal BSL-4 hanya terdapat di beberapa buah negara maju atau yang terkait dengan pandemik sebelum ini iaitu Perancis, Kanada, Jerman, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden dan Afrika Selatan.

Rajah 2 Makmal Biosafety Level 4 di Wuhan

Menurut laman ini, mereka menuduh saintis daripad Wuhan National Biosafety Laboratory ini telah dengan sengaja menyebarkan virus tersebut ke Huanan Seafood Market yang terletak kira-kira 30 km daripada makmal.

Terdapat juga laman konspirasi yang mengatakan bahawa pelajar virologi dari Wuhan yang membuat ujikaji di makmal tersebut terdedah kepada virus senjata bio (biological weapon) dan menjadi ‘patient zero,’ lalu menyebarkannya di pasar berhampiran.

Makmal BSL-4 Wuhan ialah makmal yang dibina dengan teknologi yang sama di Perancis dan mempunyai langkah-langkah terkawal yang sangat ketat. Makmal ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Makmal Galveston National Laboratory, University of Texas.

Makmal tersebut ialah makmal penyelidikan bertaraf dunia dengan membuat kajian virologi dan immunologi terbaik di dunia menurut Ebright.

Selain itu, makmal ini tidak sesuai untuk membuat penyelidikan berkaitan dengan senjata biologi dan pathologis menafikan bahawa virus ini telah dicipta melalui teknologi kejuruteraan genetik.

Shi Zhengli, ketua penyelidik di makmal tersebut menafikan terdapat penyelidik yang terjangkiti virus tersebut. Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa penyebaran pandemik tersebut ada kaitan dengan makmalnya.

Koronavirus ialah virus semualajadi yang bermutasi daripada virus koronavirus SARS yang pernah menyerang dunia pada Tahun 2003. Koronavirus baharu ini dinamakan SARS-CoV-2 kerana ia mempunyai 80-90% persamaan dengan SARS-CoV (2003).

Saintis dari China Telah Mencuri Virus Dari Makmal di Negara Kanada?

Eric Morrissette, jurucakap bagi Agensi Kesihatan Awam Kanada memberitahu bahawa info berkaitan (saintis mencuri virus) tidak berasas sama sekali seperti yang didakwa di media sosial.

Rajah 3 Dr Xiangguo Qiu dan suaminya, Keding Cheng

Kisah ini dimulakan di twitter Pengurus Kewangan Texas, Kyle Bass pada 25 Januari 2020 mengatakan bahawa:

“A husband and wife Chinese spy team were recently removed from a Level 4 Infectious Disease facility in Canada for sending pathogens to the Wuhan facility. The husband specialized in coronavirus research.”

Bass turut berkongsi pautan ke laman CBC news bertarikh 14 Julai 2019 iaitu https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/chinese-researcher-escorted-from-infectious-disease-lab-amid-rcmp-investigation-1.5211567

Menurut CBC, Dr. Xiangguo Qiu diiring keluar makmal oleh Royal Canadian Mounted Police (RCMP) kerana melanggar polisi dan tiada langsung kisah menghantar keluar pathogen dari makmal tersebut. RCMP turut memberi jaminan tiada ancaman keselamatan kepada orang awam.

CBC seterusnya membawakan berita berkaitan dengan penyelidik ini (yang dalam siasatan) memberikan latihan kepada pegawai-pegawai di Makmal Level 4 di China pada 2017 dan 2018. Kisah ini berkaitan dengan pelanggaran polisi beliau dan akan kembali bekerja kemudian (selepas habis penyiasatan).

Kisah tersebut boleh dibaca di https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/national-microbiology-lab-scientist-investigation-china-1.5307424

Seterusnya, berita CBC bertarikh 4 Ogos 2019 berkenaan dengan penghantaran dua spesies virus dari Canada ke China yang terangkum dalam penyiasatan RCMP, iaitu virus Ebola dan Henipah pada 31 Mac 2019.

Tiada asas Dr. Xiangguo Qiu dan suaminya menjadi agen penyebar virus atau agen perisikan China. Mereka masih lagi berkhidmat di Canada.

Kerajaan Komunis China Hendak Membunuh Rakyat Mereka Sendiri? Kemudian Menjadi Agenda Khazar Satanist @ Illuminati?

Saya agak konfius dengan pernyataan ini. Bagaimana pula komunis China dikaitkan dengan Khazar Satanist? Khazar sendiri pun telah hilang dari lipatan sejarah dan ia adalah bangsa Turki yang mengadaptasi ajaran Judaism.

China memang sebuah negara draconian yang sangat tegas dan sentiasa menghukum rakyat mereka sendiri, terutamanya golongan pemisah. Setakat ini, China telah menghukum sami-sami di Tibet dan penduduk Uyghur yang terlibat dengan gerakan pemisah (Gerakan Turkestan Timur).

Namun begitu, jika Kerajaan China menjadi dalang kepada penyebaran COVID-19, mereka adalah kerajaan yang paling bodoh di dunia kerana ia akan menyebabkan jangkitan yang teruk ke seluruh negara mereka.

Tindakan “lockdown” yang dikenakan oleh kerajaan China dilihat sangat berkesan dalam mengatasi rantaian penyebaran virus ini. Statistik kematian dan kes-kes baharu di China telah berkurangan dengan banyaknya.

Kerajaan China turut tidak bersedia pada awalnya dengan terpaksa membina hospital khas dengan serta-merta, bukan telah sediakan dari awal. Mereka juga mengadakan mass cremation atau pembakaran mayat secara besar-besaran.

Keadaan ini tidak bercanggah dengan kepercayaan agama kebanyakan penduduk di Wuhan. Mengapa mereka mempersoalkan pembelian insinerator untuk menguruskan mayat mangsa Koronavirus, yang mana insinerator boleh mengurangkan pencemaran udara.

Terdapat sumber daripada twitter yang mengatakan bahawa terdapat perempuan yang ternampak orang yang dimasukkan ke dalam beg mayat masih hidup. Namun, khabar angin seperti ini sangat sukar untuk dipercayai.

Saintis Dari India Mengatakan Bahawa Terdapat Gen AIDS di dalam Coronavirus (COVID-19)?

Sebenarnya, kertas kajian yang dimuatnaik ke laman bioRxiv oleh Prashant Pradhan et al pada 31 Januari 2020 telah ditarik balik oleh penulisnya menunjukkan bahawa terdapat kesilapan pada kertas kajian tersebut.

Menurut Jing Hou daru University of Toronto, kajian mereka tidak tepat kerana HIV dan koronavirus merupakan virus ssRNA yang mudah bermutasi  (hyoermutable). Jika terdapat protein yang hampir sama dengan HIV, maka ia adalah fenomena semulajadi berkaitan dengan COVID-19.

Selain itu, dalam “sequencing RNA” koronavirus yang dijalankan di China, didapati ia  mempunyai persamaan dengan virus SARS-CoV daripada Kelawar (BAT sars-like virus BetaCoV bat Yunnan-RaTG13 2013 EPI_ISL_402131) yang mempunyai protein yang kelihatan sama seperti HIV, bukan sama 100% dengan HIV.

Rajah 4 Artikel berkaitan dengan bioRxiv yang ditarik keluar oleh pengkajinya.

Ramai Saintis Mengatakan Bahawa Coronavirus Adalah Ciptaan Manusia?

Berapa ramai? Yang disertakan hanya dua orang sahaja iaitu Dr. Francis Boyle dan Dr. James Lyons-Weiler. Sedangkan beribu-ribu pengkaji di CDC dan WHO yang bertungkus-lumus mencari vaksin COVID-19 tidak pula mengatakan ia buatan manusia.

Professor Epidemiologi di University of Toronto’s Dalla Lana School of Public Health, David Fisman mengatakan bahawa Coronavirus ini adalah virus jenis baharu (menerusi mutasi). Tiada bukti ia buatan manusia atau senjata biologi.

Khabar angin pandemik baharu ini sebagai biosenjata telah lama ada iaitu semasa penyebaran SARS 2003 dan Virus Ebola pada 2014.

Mengapa Banyak Latihan dan Simulasi Berkaitan dengan Coronavirus Beberapa Minggu Sebelum Ia Merebak?

Persoalannya, mengapa mereka memilih koronavirus? Hal ini kerana koronavirus ialah virus jenis baharu yang belum ada vaksinnya. Koronavirus ialah virus alaf ini yang mula dikesan pada 2003, maka ia menjadi contoh terbaik untuk virus drill.

Benarkah Gates Foundation telah menjalankan simulasi dengan menunjukkan sehingga 65 juta kematian dalam Simulasi Koronavirus? Sebenarnya Latihan tersebut (Event 201) ialah latihan untuk persediaan menghadapi pandemik paling teruk, bukan fokus kepada COVID-19 dan tidak meramalkan jumlah kematian pun.

Teknologi 5G Menyebabkan Selsema dan Demam?

Fakta paling pelik pernah didengari. 5G ialah gelombang radio yang hampir sama dengan 4G, Cuma intensitinya lebih tinggi. 5G tidak boleh mempengaruhi kesihatan manusia dengan drastik, kerana gelombang mikronya tidaklah terlalu tinggi seperti ketuhar mikro ataupun sinar-X.

Vaksin Untuk Coronavirus lebih Merbahaya?

Laman ini menekankan bahawa COVID-19 adalah perancangan Khazar Satanist@ Illuminati untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan Vaksin dan percaya ada Chip RFID yang akan disuntik.

Mungkinkah penulis blog tersebut anti-vaksin? Tahukah penulis tersebut, boleh dikatakan memang hampir semua penduduk dunia ini divaksinkan untuk menghindari pelbagai penyakit berjangkit yang pernah wujud di dunia ini seperti campak, polio, rubella dan sebagainya.

Memang terdapat project ID2020 yang dicipta 5 pihak iaitu Accenture (Pengarah Eksekutif dan Penasihat Teknikal), Gavi (Gabungan Vaksin yang diketuai oleh Dr. Seth Berkley), Rockefeller Foundation, Microsoft dan Ideo.org.

Rakan Kongsi lain untuk projek ID ialah Mercy Corps, Kiva, Hyperledger, iRespond, Care, Simprints, ICC, FHI360 dan Berkeley University of California.

Sebenarnya, tiada kaitan langsung Project ID2020 dengan vaksin COVID-19, dengan lebih 35 buah syarikat farmaseutikal sedang berusaha sebaiknya mencari vaksin untuk COVID-19. Syarikat tempatan iaitu Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals (MVP) juga berhasrat untuk bersama-sama mencari vaksin untuk penyakit ini.

Kesimpulannya

Mengatakan bahawa virus ini ciptaan manusia atau ada kaitan dengan New World Order ibarat memberikan kredit yang sangat tinggi kepada golongan tersebut. Ini kerana virus ialah makhluk Allah terkecil yang pernah manusia jumpa dan sangat sukar untuk dibina.

Kuasa Allah membenarkan virus ini bermutasi dengan sangat cepat dan sangat kerap. Virus bukanlah sesuatu hidupan yang boleh dibina oleh manusia seperti yang didakwa. Virus telah wujud sejak dari dahulu lagi dan menjadi penyebab banyak siri wabak kepada ketamadunan dunia.

Sebagai contoh, Wabak Antonine dann Cyprian telah wujud pada zaman Rom (kurun pertama SM hingga kurun ketiga masihi), virus koronavirus juga telah wujud di dalam kelawar lebih lama daripada yang dijumpai saintis (2003).

Virus bukanlah suatu ciptaan baharu, tetapi ia adalah mikroorganisma terkecil yang baru dijumpai pada kurun ke-19M. Sebelum itu, manusia tidak tahu bahawa penyakit yang menyerang manusia dengan teruk macam Spanish Flu dan German Measles ialah sakit yang disebabkan oleh jangkitan virus.

RUJUKAN:

Biosafety Level 4 Laboratory, WUhan Institue of Virology, China (March 13, 2020), retrieve from https://pharma-industry-review.com/biosafety-level-4-laboratory-wuhan-institute-of-virology-china  at March 23, 2020

Arthur F. Wayne (February 3, 2020), Coronavirus: The Facts and the Lies that You Are Exxposed to, retrieve from http://itnt.news/1257/ at March 23, 2020

Ryan Cooper (February 19, 2020), Fake News: NO Evidence To Support Claim From Bioweapons Expert Who Says Coronavirus Is Biological Warfare Weapon, retrieve from https://hoax-alert.leadstories.com/3471708-fake-news-no-evidence-to-support-claim-from-bioweapons-expert-who-says-coronavirus-is-biological-warfare-weapon.html at March 23, 2020

Angelo Fichera (Januari 29, 2020), New Coronavirus Wasn’t ‘Predicted’ In Simulation, retrieve from https://www.factcheck.org/2020/01/new-coronavirus-wasnt-predicted-in-simulation/ at March 23,2020

Julia Belluz (Januari 27, 2020), Did China downplay the coronavirus outbreak early on? A new study shows the virus took off weeks earlier than Chinese officials have suggested, retrieve from https://www.vox.com/2020/1/27/21082354/coronavirus-outbreak-wuhan-china-early-on-lancet  at March 23, 2020

Harry Howard (March 5, 2020), Coronavirus conspiracies debunked: 5G isn’t responsible for the deadly infection and it didn’t crash-land on Earth on a meteor, retrieve from https://www.dailymail.co.uk/news/article-8079177/Coronavirus-myths-5G-isnt-responsible-isnt-man-hand-dryers-wont-kill-it.html at March 23, 2020

https://id2020.org/

Loheswar (March 20, 2020), With Malaysian-made Covid-19 vaccine a possibility, firm pleads for Putrajaya’s backing, retrieve from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/20/with-malaysian-made-covid-19-vaccine-a-possibility-firm-pleads-for-putrajay/1848271 At March 23, 2020

Saranac Hale Spencer (Januari 28, 2020), Coronavirus Wasn’t Sent by ‘Spy’ From Canada, retrieve from https://www.factcheck.org/2020/01/coronavirus-wasnt-sent-by-spy-from-canada/ At March 23, 2020

Karen Pauls (Jul 14, 2019), Chinese researcher escorted from infectious disease lab amid RCMP investigation, retrieve from https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/chinese-researcher-escorted-from-infectious-disease-lab-amid-rcmp-investigation-1.5211567 At March 23, 2020

Karen Pauls (October 03, 2019), Canadian government scientist under investigation trained staff at Level 4 lab in China, retrieve from https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/national-microbiology-lab-scientist-investigation-china-1.5307424 At March 23, 2020

Karen Pauls (August 02, 2019), Canadian lab’s shipment of Ebola, Henipah viruses to China raises questions, retrieve from https://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/ebola-henipah-china-1.5232674 At March 23, 2020


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.