Hidup seseorang yang berpegang kepada ketahyulan konspirasi memang susah. Ada saja isu digorengnya. Kalau tiada isu, mesti boleh pintal untuk cetuskan isu.

Dan sekarang ini Dr Noor Hisham pula dijadikan mangsa ketahyulan.

Sejujurnya pendapat golongan pro-konspirasi memang tidak perlu dilayan. Tetapi melihat bagaimana Dr Noor Hisham sedang berjasa apabila negara dibadai ombak koronavirus, wajarlah imej beliau kekal terpelihara.

Tidak pelik pun Dr Hisham disasarkan. Setiap hari negara menunggu kehadirannya di kaca televisyen untuk menyampaikan data terbaru tentang keadaan negara.

Dan kalau mufti pun dengan tergamak digambarkan Azizi Chunk Adnan, pengarah filem-filem sendu ini sebagai tukang angguk, takkan Dr Hisham boleh terlepas pula.

Kredibiliti Agung Dr Noor Hisham

Kemahiran Dr Noor Hisham dalam bidang pembedahan memanglah tidak dapat dipertikaikan.

Banyak kriteria boleh digunakan untuk mengukurkan kepakarannya: jumlah pes4kit diselamatkannya, bilangan pembedahan yang dijayakannya, seberapa ramai kehilangan ny4wa… ataupun anugerah-anugerah hebat diterimanya.

Ada satu anugerah berprestij yang dikalungkan pada bahu anak Malaysia ini. Nama Noor Hisham Abdullah sebenarnya terpahat dalam senarai Kolej Jurubedah Diraja Edinburgh (RCSEd), sebuah pertubuhan profesional yang berkomited untuk memajukan kehebatan dunia saintifik dalam hal ehwal pembedahan.

Dan pada 2 Februari 2018, beliau telah menerima sebuah anugerah iaitu Felo Kehormat (Fellowship Ad Hominem) daripada RCSEd (Zaharah, 2018).

Felo Kehormat bagi RCSEd ini dikatakan anugerah paling besar seorang jurubedah boleh terima daripada institusi tersebut.

Ia meletakkan Dr Hisham sebaris dengan sebuah rangkaian antarabangsa yang mengandungi 24,000 felo dan ahli RCSEd.

Anugerah ini diberikan atas jasa Dr Hisham dalam memajukan tahap kesihatan negara melalui pembaharuan dan inovasi.

Bersertakan jasa tersebut, Dr Hisham juga telah memajukan kemampuan negara dalam bidang pembedahan endokrin, latihan pembedahan dan penyelidikan di Malaysia.

Mudah kata bukan calang-calang orang boleh terima anugerah ini. Dan bukan Dr Hisham bukan dihargai di RCSEd semata-mata. Beliau mempunyai sebuah rekod kejayaan seperti berikut:

  1. Felo Akademi Perubatan Malaysia (2004)
  2. Felo Kehormat Kolej Kedoktoran Diraja London (2012)
  3. Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Perubatan Newcastle (2014)
  4. Felo Kehormat daripada Akademi Keluarga Kedoktoran Malaysia (2015)
  5. Felo Kehormat daripada Kolej Doktor Gigi Antarabangsa (2016)
  6. Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Perubatan daripada Universiti Sains dan Pengurusan (2017).

Bersertakan dengan kejayaan-kejayaan sebegini, Dr Hisham juga dilantik sebagai rakyat Malaysia pertama untuk menjadi Eksekutif dalam Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS) sebagai Kaunselor Besar bagi tempoh 2017 hingga 2021 (Hashini, 2017).

Beliau juga telah mengambil-alih jawatan pengerusi Suruhanjaya Pembedahan Global dalam ISS.

Dan terkini beliau dianugerahkan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia oleh rangkaian televisyen China.

Jadi pujian Azizi Chunk Adnan pada asalnya boleh diterima secara baik. Bukanlah tugas sesiapa untuk menghakimi paras kesinisan dalam nadanya.

Kerana dalam penulisan “nada” ialah satu perkara yang tidak wujud. Tetapi apabila menyebut Paus Benedict XVI yang tiada kaitan, itu sangatlah pelik.

RCSEd ialah sebuah institusi bebas yang ditubuhkan pada tahun 1505, nun jauh daripada pengaruh kepausan dari dahulu sampai sekarang.

Di dalam senarai gambar, Benedict XVI langsung tidak muncul – apakah beliau ada di situ sehingga namanya perlu dipetik sedemikian rupa?

Bercakap tentang vaksinasi, satu perkara yang relatif boleh dilihat.

Seolah-olah Allah telah mengeluarkan petunjuk kepada semua orang yang mencari kebenaran: kedatangan koronavirus menampakkan kesan dengan jelas bencana sebuah peny4kit apabila tiada vaksin.

Jadi kami “bersetuju”: Go Go Vaksin! Kerja kena jalan. Sebab semua tahu fungsi utama vaksinasi. Kalau tidak tahu, takkanlah 95% rakyat Malaysia dengan rela pergi suntik (Balqis, 2019).

Dan yang diimpikan pun Dr Hisham sudah dapat. Cuma sayang betul Anugerah “Best Director” belum sampai di Malaysia lagi. 😛

RUJUKAN:

Balqis, J.Z. (2019, Disember 15). Not necessary for immunization to be made compulsory. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/12/548103/not-necessary-immunisation-be-made-compulsory

Hashini, K.K. (2017, Disember 27). Dr Noor Hisham gets prestigious appointment. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2017/12/318859/dr-noor-hisham-gets-prestigious-appointment

Zaharah, O. (2018, February 3). Health DG awarded prestigious Royal College Surgeons fellowship. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2018/02/331435/health-dg-awarded-prestigious-royal-college-surgeons-fellowship


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.