Memperkenalkan Trope Talk No Jutsu

570

Trope buat zaman moden dikatakan berasal dari Naruto. Ianya trope merujuk kepada situasi dimana dua individu sedang bergaduh fizikal (bertumbuk) namun sempat lagi berdialog ibarat debat. Ianya menjadi popular kerana pergaduhan Naruto dan Sasuke ada dialog yang berjela sampai 2-3 episod tak habis bergaduh lagi.

Masashi Kishimoto, mangaka kepada Naruto pernah mengulas yang beliau terpaksa menggunakan situasi Talk No Jutsu untuk mengelakkan kanak-kanak meniru aksi-aksi ganas di dalam komik. Beliau berkata dengan ada dialog dalam adegan aksi sekurangnya kanak-kanak tahu yang pergaduhan itu perlu mempunyai sebab dan bukan untuk perkara sia-sia. Kata beliau lah.

Namun dari segi realitinya Talk No Jutsu bukan berasal dari Jepun. Unsur dialog dalam adegan aksi ini berasal dari China. Kamu boleh baca sastera-sastera klasik dari China dan kamu akan jumpa berjela trope dialog panjang dalam pergaduhan. Malah China lagi ekstrim dalam penggunaan talk no Jutsu.

Mereka bukan setakat berdialog malah mereka sampai ke tahap berlawan syair atau sajak sewaktu bertarung kungfu. Kamu boleh tengok perkara ini dalam majoriti filem kungfu. Filem kungfu yang kurang bercakap hanya mula popular selepas Bruce Lee dan Jackie Chan lahir.

Sebelum itu semua filem kungfu ada dialog berjela sewaktu adegan aksi. Dalam kata lain ada juga pengaruh sastera China dalam karya-karya Jepun. Walaupun kedua negara itu benci satu sama lain.

Dalam sastera Melayu trope ini jarang digunakan. Namun ada juga berberapa hikayat yang mempunyai unsur yang sama seperti hikayat Hang Tuah. Hang Tuah dan Hang Jebat mempunyai dialog panjang sewaktu bertarung.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.