Setiap 6 dan 9 Ogos, orang Jepun akan memperingati peristiwa Hiroshima dan Nagasaki diserang bom nuklear pada tahun 1945 yang membawa kepada pengakhiran Perang Dunia Kedua.

Orang Jepun sebenarnya tak kisah kalau perang dilanjutkan, malah apabila jumlah askar Jepun semakin berkurangan, rakyat jelata mula menyertai pasukan Kokumin Giyū Sentōtai (国民義勇戦闘隊) untuk terus mempertahankan tanah air mereka daripada diserang USA.

Tak kira tua muda lelaki atau perempuan, dari budak kecil sehingga ke orang tua semua dimobilisasikan. Dengan senjata yang daif seperti pedang buluh, mereka bersedia berkorban demi kesucian pertiwi.

USA pula sudah hilang semangat perang selepas Pertempuran Okinawa (April-Jun 1945). 100,000 askar Jepun dan 13,000 askar USA terkorban dalam pertempuran yang mengambil masa 3 bulan tersebut. Pulau Okinawa tak besar mana, tapi begitu ramai orang Jepun sanggup mati semata-mata untuk menghalang kemaraan USA.

USA tak faham kenapa orang Jepun lebih rela mati daripada menyerah diri. Bagi orang USA, lebih afdal untuk menyimpan nyawa. Pihak USA menjangkakan 250,000 askar USA perlu dikorbankan untuk mengalahkan Jepun.

Orang USA tak sanggup buat pengorbanan sebegitu. Maka mereka “terpaksa” guna bom nuklear (ada juga teori yang mengatakan penggunaan bom nuklear adalah untuk menggertak Soviet Union yang juga cuba menakluk Jepun).

Keekstriman orang Jepun ini sangat berbeza dengan sikap segelintir orang kita yang kata (dengan bangganya) dialah orang pertama yang akan larikan diri kalau ada apa-apa berlaku kepada negara kita.

Kenapa orang Jepun boleh jadi se-ekstrim itu? Tentu ia berkaitan dengan sifat bangsanya. Dan sifat bangsa Jepun ni boleh difahami melalui budaya popularnya.

Itu saya cerita kemudian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply