Pada tahun 1980 terdapat peristiwa menyayat hati yang berlaku kepada Steve Titus. Seorang pengurus restoran di Washington berumur 31 tahun pernah dituduh merogol seorang wanita. Titus ditahan pada suatu malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Siasatan mendapati, rupa Titus ada dekat-dekat dengan rupa perogol sebenar. Sewaktu gambar Titus dan suspek lain dipaparkan kepada mangsa, wanita yang dirogol itu tunjuk pada gambar Titus dan berkata, “That one is closest.”

Apabila siasatan dilanjutkan, mangsa mula berkata, “I am absolutely positive that is the man.”

Tetapi kesimpulan daripada kes ini mendapati Titus bukanlah penjenayah yang sebenarnya. Banyak kali dia cuba pertahankan dirinya dan mula menghubungi jurnalis untuk mencari perogol yang sebenar.

Setelah perogol sebenar ditangkap dan Titus dibebaskan, kes ini telah memberikan impak buruk kepada hidup Titus. Dia dibuang kerja dan hubungan dengan tunangnya diputuskan. Titus keluarkan saman kepada mana-mana pegawai yang pernah menuduhnya.

Ketika sudah tiba harinya untuk Titus naik ke mahkamah untuk menjatuhkan kesalahan ke atas penuduh ini, Titus meninggal dunia akibat tekanan dan serangan jantung pada umur 35 tahun.

Ketika Titus dalam tempoh siasatan, salah seorang ahli psikologi berpengaruh, Elizabeth Loftus cuba mempertahankan Titus dengan menyatakan bahawa mangsa sebenarnya sedang mengalami memori palsu.

Pada tahun sebelum itu iaitu tahun 1974, Loftus dan John Palmer pernah buat kajian hubungan antara penggunaan bahasa (verbal) terhadap gangguan memori.

45 orang pelajar dijadikan subjek ujikaji dan 7 buah video kemalangan ditayangkan. Setiap video yang ditayangkan subjek akan diberikan soalan tentang kemalangan dalam video tersebut.

Soalan paling kritikal adalah berkenaan kelajuan kereta yang terlibat dalam kemalangan dalam video itu. 9 subjek pertama ditanya, “About how fast were the cars going when they HIT each other?”

Kemudian, 9 subjek lain ditanya juga soalan yang sama, cuma perkataan ‘hit’ ditukar dengan perkataan smashed, collided, bumped dan contacted.

Keputusan mendapati, setiap perkataan memberikan jawapan kelajuan kereta yang berbeza. Perkataan ‘smashed’ mendapat jawapan kelajuan yang tinggi.

Kemudian diikuti dengan collide, bumped, hit dan paling perlahan adalah perkataan ‘contacted’.

Keputusan ini juga dapat disimpulkan bahawa perkataan mampu mengubah memori manusia. Menurut Loftus dan Palmer perkataan ‘smashed’ itu sendiri mungkin dapat membuatkan manusia melihat kemalangan itu lebih teruk daripada apa yang terjadi sebenarnya.

Kemudian, kalau hal ini terjadi, ia dapat membuatkan subjek ‘teringat’ benda lain yang dapat menguatkan hujahnya sewaktu melihat kemalangan tersebut tetapi hakikatnya benda itu tak wujud dan tak berlaku pun.

Kajian mereka dilanjutkan dengan pelbagai pembolehubah dan keputusannya sama. Loftus menyimpulkan bahawa ingatan manusia mampu tercemar dan dimanipulasi dengan penambahan maklumat luar yang kita tak sedar.

Loftus cakap, ingatan manusia ini bukan macam perakam video ataupun bunyi, tetapi ia bersifat ‘re-construct’. Apabila manusia cuba nak ingat sesuatu, otak akan bina semula suatu peristiwa yang kita cuba nak ingat itu.

Maksudnya bagaimana? Apabila manusia cuba nak ingat, manusia tak ambil dokumen peristiwa yang disimpan dalam laci, tetapi manusia menulis semula dokumen peristiwa baru berdasarkan pengalaman masa lepas.

Ini yang buatkan ingatan manusia sangat tercemar.

Selepas kes Titus ini, Loftus banyak terlibat dengan kes jenayah sehinggakan ramai orang serang dia sebab seolah cuba nak mempertahankan penjenayah.

Kes yang paling besar dalam hidup Loftus adalah sewaktu kes seorang wanita yang didera bertahun-tahun. Deraan ini didakwa berlaku bersumberkan dari dakwaan anak perempuannya.

Loftus cakap anak perempuan itu pun mengalami memori palsu. Loftus berpesan, hanya disebabkan seseorang itu berkata kepada kita dengan penuh yakin, beremosi dan terperinci, bukanlah bermaksud apa yang dikatakan itu benar.

“We should all keep in mind that memory, like liberty, is a fragile thing.”

– Elizabeth Loftus


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.