Berikutan situasi pandemic Covid-19, rakyat digalakkan memakai penutup muka bagi mencegah penularan p3nyakit wabak berkenaan. Dan bermula 1 Ogos lepas, rakyat diwajibkan memakainya di tempat-tempat tertentu seperti rumah ibadat, pasar, perkumpulan sosial dan pengangkutan awam. Tetapi jenis penutup muka manakah yang dianggap berkesan bila dipakai semasa berada di luar?

Untuk menguji penutup muka mana yang paling sesuai, sekumpulan penyelidik dari Universiti Duke mengadakan satu eksperimen mudah dengan menguji 14 jenis topeng atau penutup muka berbeza. Ini berikutan dengan situasi pandemik Covid-19, ada yang memilih membeli penutup muka fabrik atau menghasilkan penutup muka sendiri di rumah.

Walaupun mengikut konsesus ramai pakar bahawa memakai penutup muka boleh mengurangkan penularan Covid-19, kebanyakan ujian pengujian topeng muka dibuat pada topeng muka seperti penutup muka pembedahan atau penutup muka N95. Ini mengundang rasa ingin tahu kenapa tidak ujian sama dikenakan kepada penutup muka yang longgar atau penutup muka.

Ketua penyelidik Martin Fischer berkata, “Penutup muka pembedahan selalunya dipakai oleh kakitangan perubatan dan sudah diuji beberapa kali dalam persekitaran klinikal. Tetapi setakat yang kita tahu, tiada kaedah yang mudah, cepat dan murah bagi menunjukkan keberkesanan kepelbagaian jenis penutup muka.”

Untuk mengatasi masalah ini, mereka menggunakan sebuah lensa yang menukar laser kepada lapisan cahaya. Cahaya tersebut akan bersinar melalui sebuah ruang tertutup yang diperbuat daripada kadbod dan pita pembalut. Ia sekaligus mendedahkan bila titisan air melepasinya dengan keputusan dirakam menerusi kamera telefon bimbit.

Dalam eksperimen ini, Fischer dan rakan-rakan penyelidiknya meminta peserta bercakap terhadap lapisan cahaya dengan frasa berbunyi, “Kekal sihat, semua.” Semasa peserta-peserta ini bercakap, mereka memakai 14 jenis penutup muka yang berbeza. Hasil keputusan mendapati bila seseorang itu bercakap, titisan kecil dikeluarkan sekaligus mengakibatkan penularan penyakit tanpa perlu batuk atau bersin.

Tetapi dengan memakai penutup muka, ia dilihat berjaya menghalang titisan kecil ini daripada keluar. Keputusan eksperimen turut mendedahkan penutup muka N95 sebagai penutup muka yang paling berjaya menghalang titisan kecil ini daripada keluar, diikuti oleh penutup muka pembedahan dan penutup polipropilena.

Tetapi penutup N95 yang berinjap dilihat kurang berkesan menghalang titisan kecil daripada keluar. Tambah Fischer, “Penutup-penutup ini berfungsi bila bernafas tetapi boleh terbuka bila bercakap, sekaligus melepaskan udara yang tidak ditapis.

“Dengan erti kata lain, ia berkesan melindungi pemakai dari persekitaran luar tetapi tidak berkesan melindungi orang lain daripada pengguna dan itu peranan kedua paling penting dalam mengurangkan penularan Covid-19.” Penutup ini diletakkan sebaris dengan topeng-topeng lain seperti penutup kapas dan penutup yang dikait.

Tetapi topeng muka yang berada pada kedudukan tercorot yang dianggap mengejutkan. Bandana berada di kedudukan tercorot tetapi topeng muka yang tidak sepatutnya dipakai ialah penutup leher bulu biri-biri. Menurut Fischer, bahan tersebut dilihat memecahkan titisan kepada komponen yang lebih kecil sekaligus membolehkan ia lebih mudah tersebar dan menjangkiti orang lain.

Isu topeng muka dengan bahan berbeza ini turut menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan medianya pada 1 Ogos lalu. Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Kesihatan menggariskan dua jenis penutup muka yang boleh digunakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini iaitu topeng muka perubatan dan bukan perubatan.

Bagaimanapun, katanya, topeng muka bukan perubatan jenis fabrik yang ada dalam pasaran, berkemungkinan tidak menepati ciri disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Justeru, tambahnya, penutup muka terbabit boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza, bergantung pada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan.

RUJUKAN:

Aziz, Ilah Hafiz dan Parzi, Mohd Nasaruddin. (2020). COVID-19: 2 jenis pelitup muka bendung penularan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/717043/covid-19-2-jenis-pelitup-muka-bendung-penularan

Dockrill, Peter. (2020). Simple New Experiment Reveals Which Face Masks Are Best at Blocking Droplets. Science Alert. https://www.sciencealert.com/simple-low-cost-experiment-reveals-which-face-masks-are-best-at-blocking-droplets


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.