Meme Bawak Keranda Sambil Menari

36,539

Tarian usung keranda (Pallbearers) ini merupakan salah satu tradisi bentuk penghormatan terakhir yang dilakukan di negara Ghana.

Acara pemakaman di negara Ghana bukan sahaja dihiasi dengan ratapan dan tangisan air mata, bahkan ia juga meraikan kebaikan si mati semasa hidupnya. Memang dalam acara pemakaman Ghana ini pada mulanya diawali dengan doa di gereja dan sebagainya, tetapi sebahagian besar acara pemakaman mereka tersebut, kebanyakannya diisi dengan acara tarian dan menyanyi seperti tarian Pallbearers ini.

Bagi mereka, acara sebegini menunjukkan sosok si mati pada saat kehidupannya adalah seorang yang baik dan peramah terhadap jiran-jirannya.

Berdasarkan laporan 2014 oleh CNN, kos pemakaman di Ghana setinggi seperti kos perkahwinan di sana, iaitu sebanyak 15,000 USD – 20,000 USD/pemakaman, angka yang sangat besar, yang melibatkan ramai orang.

Kos ini termasuk upah orang yang meratap, penari tarian, billboard ucapan takziah yang dipasang di tepi-tepi jalan (kos satu billboard berharga sekitar 600 USD – 3,000 USD) dan jamuan makan yang besar. Senang cerita, majlis pemakaman dah macam kenduri kahwin orang kaya kita kat sini.

Tarian ini disertakan dengan tepukan tangan, hentakan kaki ke tanah dan pelbagai aksi lagi yang mana ia bertujuan untuk meraikan kebaikan si mati semasa hidupnya dan menggembirakan hati keluarga si mati. Sambil menari tu, mereka bawa keranda dan dalam keranda itu ada mayatnya.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Ya, ada mayat dalam keranda tu. Jangan pelik kau tengok kenapa mereka melompat, meniarap, back-flip apa bagai. Lagi padu gerakan mereka, lagi bahagia roh si mati. Tak boleh bayangkan kalau break-dance turut disertakan dalam tarian ni. Mahu melambung mayat ke udara.

Dan menurut BBC Africa tahun 2017, video di bawah (adegan keranda warna coklat) yang kebanyakannya menjadi meme ini merupakan rakaman pemakaman ibu kepada Elizabeth Annan (pelanggan) yang mana tarian ini diketuai oleh Benjamin Aldo. Menurut Benjamin Aldo yang menguruskan syarikat tarian ini menyatakan jumlah pekerjanya yang bekerja dalam syarikat ini hampir 100 orang.

Khidmat tarian ini memang laku di Ghana. Jadi kepada sesiapa yang suka berjoget sampai lupa Tuhan, menari gelek di depan Tiktok tanpa bayaran ataupun bekas penari Raver yang tidak dihargai bakatnya, maka segeralah berangkat ke Ghana dan jadilah salah seorang penari yang berjaya dan kaya-raya di sana.

Layan video dibawah sambil ketawa.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.