Membunuh Kerana Tak Suka Hari Isnin

0
655
views

Pada 29 Januari 1979, Brenda Ann Spencer, seorang gadis berumur 16 tahun pada ketika itu, telah ditahan pihak berkuasa selepas membunuh 2 individu di dalam insiden tembakan Sekolah Elementari Cleveland Grover yang terletak di San Diego, California.

Spencer pada mulanya menembak ke arah kanak-kanak yang menunggu pengetua membuka pagar sekolah itu, 8 daripada kanak-kanak cedera terkena tembakan. Salah seorang daripada pegawai polis yang bertindak selepas mendapat laporan tentang insiden itu juga cedera terkena tembakan.

Individu malang yang terbunuh dalam kejadian itu adalah pengetua dan penjaga kepada salah seorang kanak-kanak yang bersekolah di tempat yang sama ketika dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Apabila ditanya tentang motif @ mengapa beliau melakukan pembunuhan tersebut, jawapan bersahaja Spencer adalah

“I just don’t like Mondays.” 

Dikhabarkan bahawa sebelum insiden ini berlaku, Spencer sepatutnya dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana depresi yang dihidapi beliau, namun perkara ini tidak dipersetujui bapanya.

Waqaf Saham

Berbicara tentang bagaimana beliau memperolehi senapang yang digunakan dalam pembunuhan tersebut, jawab Spencer adalah; senapang tersebut diberikan bapanya sebagai hadiah krismas.

Spencer kemudian berkata lagi;
“I asked for a radio and he bought me a gun”

Dan apabila ditanya mengapa agaknya bapa beliau berbuat begitu;
“I felt like he wanted me to kill myself.”

—-

Sehingga ke hari ini, Brenda Ann Spencer masih di dalam penjara. Sekali pandang macam Cara Delevingne kan?

—-

Credit:

Brenda Ann Spencer Shot Up A School. Her Reason? “I Don’t Like Mondays”. Retrieved from: https://allthatsinteresting.com/brenda-ann-spencer