Membongkarkan Penipuan Golongan Anti-Vaksin: Vaksinasi Tidak Membantu Kroni Perubatan

0
1050
views

Kegilaan anti-vaksinasi yang berkeliaran dalam kalangan rakyat tidak sama sekali boleh dinafikan sebagai antara kekangan-kekangan besar Malaysia perlu tempuhi. Apabila isu berbangkit berkait dengan pengurusan kesihatan dan pertahanan negara, semuanya adalah serius. Ini termasuk anutan golongan anti-vaksin yang mengatakan bahawa vaksinasi adalah usaha tersembunyi untuk menguntungkan perniagaan.

Pendustaan ini merupakan salah satu daripada banyak lagi hujah mereka, contohnya bahan-bahan haram. Konspirasi Yahudi juga memainkan peranan dalam pemikiran mereka, salah satu komponen kepada pegangan “menguntungkan perniagaan”.

Malaysia memang rata-ratanya negara yang tiada kemampuan untuk melihat. Ini bukannya satu kenyataan pukul rata. Tetapi ini adalah kiasan yang merujuk kepada pemikiran rakyat Malaysia yang bersifat “responsive” kepada isu. Bermakna, setiap masalah yang sedang memamah negara akan difokuskan hanya jika ada isu besar. Contoh yang paling mudah, isu pedofilia panas apabila Richard Huckle diberkas, padahal pedofilia telah lama menjadi bala kepada negara. Sekarang, isu ini telah diam, menanti giliran yang mungkin akan tiba jika ada Richard Huckle kedua.

Paparan terkini di dada akhbar adalah anti-vaksinasi. Bila menyebut tentang penafi-penafi vaksinasi, perlu juga dikaji kembali peristiwa gelap yang berlaku di San Diego pada Januari 2008. San Diego adalah pusat bandar megah di California yang usaha vaksinasi cukup tinggi. Kos setiap imunisasi adalah AS$10, tidak kisah berapa suntikan yang diberi. Malah, jika calon penerima tidak mampu membayar, mereka boleh menandatangani pelepasan yang akan memberikan mereka suntikan secara percuma.

Kelayakan diberi kepada:

  • Kanak-kanak atau dewasa yang tidak ada insuran kesihatan
    • Kanak-kanak atau dewasa yang insuran kesihatan mereka tidak membabitkan vaksinasi
    • Individu berusia 0-18 tahun yang berasal daripada orang-orang Asli Alaska atau Amerika.
    • Individu berusia 0-18 tahun yang mempunyai Medi-Cal atau layak mendapat Medi-Cal
    • Kanak-kanak berusia 6 bulan atau lebih yang memerlukan vaksin influenza tidak kisah situasi kesihatan

Dari sini, boleh difahamkan bahawa kos yang rakyat perlu keluarkan agar negara maju Amerika Syarikat dapat memerangi penyakit-penyakit berbahaya sememangnya sangat murah. Walau bagaimanapun, San Diego turut ada masalah mentaliti seperti Malaysia. Rakyat mereka tidak mahu anak-anak divaksinkan.

Dan salah satu mangsa adalah seorang kanak-kanak tujuh tahun yang baru sahaja pulang dari Switzerland – juga baru sahaja menjangkitkan penyakit kepada kakak serta adiknya yang kedua-dua mereka juga tidak divaksinkan. Bala yang menimpa seluruh San Diego atas kejahilan pemikiran anti-vaksin adalah demam campak.

Dan kos untuk menamatkan taufan kesihatan ini mencecah AS$10,000, termasuk dengan 1,745 jam yang diluangkan agar usaha-usaha kecemasan dapat disempurnakan. Kos-kos perubatan pula melebihi AS$1,347 setiap kes.

Disini harus juga wujud suatu perbandingan:

  • Vaksinasi: AS$10 (ada pelepasan)
    • Rawatan campak: AS$1,347

Memang vaksinasilah yang paling murah, sekaligus menempelakkan hujah bahawa vaksinasi membantu kroni kapitalisme perubatan. Jika benar kerajaan ingin membantu kroni, langkah yang paling relevan adalah untuk lenyapkan saja vaksin-vaksin di Bumi ini.

Dengan adanya penyakit, kos rawatan akan menghasilkan keuntungan berlipat ganda bagi syarikat-syarikat penghasil ubat-ubatan.

 

[1] https://ergodicity.net/2010/03/23/the-2008-measles-outbreak-in-san-diego/ 

[2] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20308208

[3] http://www.thefiscaltimes.com/2015/02/08/Just-One-Case-Measles-Cost-More-10000

 

 

Previous articleIsu Linguistik: Proton Dan Bao Teng
Next articleSejarah Dan Polemik ‘Comfort Women’
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.