Penat dengan lelaki “prince charming” tapi jenis “playboy”? Bosan dengan lelaki intelektual tapi poyo? Serik dengan lelaki yang nampak suci baik di luar tapi sebenarnya hati gelap? Rasa dah tak tahu dimana nak cari lelaki sejati untuk dijadikan pasangan hidup?

Anda mungkin terlepas pandang spesis lelaki yang bernama lelaki pemalu (“shy guy”). Spesis dalam bahaya akibat obsesi masyarakat terhadap idea kelelakian (“masculinity”) yang konvensional: lelaki mestilah kena banyak bercakap, tak malu, macho dan egoistik.

Lelaki pemalu ni bukan “nerd” atau antisosial. Ramai saja lelaki pemalu mempunyai penampilan tampan kacak, romantis dan berkerjaya. Bill Gates, Mark Zuckerberg, dan Elon Musk ni semua pemalu orangnya. Mereka tidak mempunyai masalah bersosial cuma mereka mempunyai sifat “introspection” atau kesedaran diri yang sangat tinggi.

Mereka ni menjadi “introspective” kerana kebanyakan lelaki pemalu juga adalah introvert. Aktiviti-aktiviti introvert (seperti membaca, menulis, main muzik, melukis) menyebabkan mereka sentiasa mempersoalkan diri dan memeriksa diri sendiri. Lelaki pemalu tak suka beri “eye contact” bukan sebab dia benci anda, sebenarnya muka dia baru tumbuh jerawat kecil yang anda pun tak perasan, jadi dia segan nak reveal muka dia. Mereka hanya akan berani pandang muka anda selepas 10 kali menyemak muka di depan cermin. Berbeza dengan lelaki konvensional yang suka tunjuk muka dan perasan kacak walaupun muka pecah.

Lelaki pemalu juga orang yang pendiam. Pendiam bukan sebab mereka tak tahu apa-apa, tapi sebenarnya lelaki pemalu ni sebelum bercakap mereka akan menilai dan memeriksa isinya selama 5 kali. Berbeza dengan lelaki konvensional yang suka bercakap walaupun tak ada isi. Selalunya orang anggap lelaki pemalu ni orang yang sombong, walhal merekalah orang yang paling humble dan rendah diri.

Jadi, apa kelebihan bercinta dengan lelaki pemalu?

1. Lelaki pemalu pendengar yang baik: lelaki pemalu ini bukan jenis yang suka berebut bercakap, dan tahap kesabaran mereka tinggi, jadi merekalah tempat terbaik untuk mengadu.

2. Lelaki pemalu orang yang ikhlas: kalau prince charming puji anda cantik, tak perlulah gembira sangat ye, sebab dia dah cakap benda yang sama dekat 1,154 perempuan yang lain. Tapi kalau lelaki pemalu puji anda cantik, dia dah practice depan cermin sebanyak 582 kali .

3. Lelaki pemalu memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap details anda: lelaki pemalu ni tak banyak bercakap, lebih banyak masa mereka memerhati (“observe”). Jangan terkejut lelaki pemalu ni tahu apa makanan kegemaran anda walaupun anda tak bagitahu dia, atau dia ingat hari jadi anda sementara semua orang lupa, sebab dia dah lama dah perasan perkara-perkara tersebut.

4. Lelaki pemalu selalunya akan berjaya dalam hidup: sifat malu mereka menyebabkan mereka kurang bersosial dan buat aktiviti yang tak berfaedah (seperti clubbing, hisap shisha). Lebih banyak masa mereka fokus untuk membangunkan kepakaran dan merancang masa depan. Jadi kalau anda nak cari pasangan yang boleh buat hidup anda senang, carilah lelaki pemalu, bukan cari jenis muka hensem tapi minta duit dengan anda setiap hujung bulan.

5. Lelaki pemalu lelaki setia: malu perisai orang beriman. Tak perlu risaulah lelaki pemalu akan bercurang atau main kayu tiga. Jangan kata nak mengorat sana sini, mereka jumpa perempuan je terus akan menundukkan pandangan. Awesome kan?

Tapi lelaki pemalu ni bukan jenis yang akan datang approach anda ajak dating. Kalau anda berkenan dengan lelaki pemalu, berikut adalah 5 tips untuk memikat hati mereka:

1. Anda perlu berani dan proaktif: masyarakat expcet lelaki haruslah tak malu dan perempuan yang sepatutnya jadi malu-malu. Anda harus terbalikkan equation tersebut. Berfikir di luar kotak sikit, jangan terkongkong dengan kata-kata seperti “perigi cari timba”.

2. Anda perlu menonjolkan sifat ceria anda: jangan anggap lelaki pemalu ni pun suka perempuan pemalu. Kalau dua-dua pun pemalu boleh bela cengkerik kat rumah macam ni. Sebenarnya lelaki pemalu suka bercakap, dalam hatinya dia perlukan seseorang yang boleh cucuk dia untuk banyak bercakap. Jadi mereka mudah tertarik dengan perempuan yang jenis ceria, gila-gila dan suka ketawa besar.

3. Anda perlu banyak main mata dengan dia: nak main mata macam mana kalau dia asyik elakkan eye contact? Mudah saja, anda kena banyak memandang ke arah dia secara konsisten. Kalau dia tu classmate atau officemate anda, carilah tempat yang dia boleh pandang anda semasa kuliah atau mesyuarat. Banyakkan memandang ke arah dia, sekali kalau dia terpandang anda, dia akan ada rasa terkena elektrik. Tapi lepas 3-4 kali dia akan rasa selesa, dan dia pula yang akan curi-curi pandang anda balik selepas itu. That’s it, you’re captured his heart. Eh macam memancing pula.

4. Anda perlu memulakan perbualan: once dia dah minat dekat anda (signal dia suka anda dalam diam: dia pandang anda, maintain eye contact dan senyum), jangan takut untuk memulakan perbualan dengannya. Sebenarnya mereka ni suka bercakap, cuma tak ada peluang dan mereka tak suka bercakap dalam kumpulan. Approach dia secara persendirian. Dan bersabar kerana pada tahap awal lelaki pemalu akan beri respon “ok” “haha” “ye kot” saja. Anda perlu bimbing dia step by step untuk open up. Mencabar kan lelaki pemalu ni?

5. Anda perlu elakkan perkara personal semasa berbual: disebabkan mereka ini introspective, mereka akan kurang selesa dengan perkara-perkara tentang diri sendiri malah keep things to themselves. Jadi, pada tahap awal anda perlu banyak mencerita tentang diri anda. Biar lelaki itu cari point yang dia rasa boleh relate dan bina keserasian, baru dia akan open up dan reveal diri dia.

Sekian saja panduan dan nasihat daripada seorang lelaki pemalu yang sedang berusaha untuk menangkis sifat malunya. Semoga berjaya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.