Membongkar Mitos-mitos Pembunvh Bersiri

2,736

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dr. Scott Bonn, seorang krimnologis pernah menyatakan mitos-mitos disebalik pembunvuh bersiri. Pembunvuh bersiri sangat popular bukan kerana kewujudan mereka di dunia sebenar.Tetapi ia popular kerana ia menjadi tontonan dalam media-media hiburan seperti filem.

Sampai pada satu tahap, penonton sangat tertarik dengan karisma pembunvuh bersiri ini.
Dr. Bonn menjelaskan, pembunvuh bersiri di media bukanlah seperti yang berlaku di dunia sebenar. Ia sangat jauh berbeza.

1. Antara tarikan utama pembunvuh bersiri adalah mereka dipaparkan sebagai seorang genius dalam mengendalikan jenayah.

Tetapi secara realitiya, mereka tidak genius. FBI pernah menjalankan ujian IQ ke atas pembunvuh-pembunvuh bersiri dan didapati pembunvuh bersiri mempunyai kecerdikan paras purata seperti manusia lain.

Yang menjadikan mereka luar biasa dan sukar ditangkap adalah kerana rancangan mereka yang sangat rapi, strategik dan berhati-hati.

2. Pembunvuh bersiri dalam media selalu dipaparkan sebagai seorang yang suka menyendiri dan tak campur orang. Dikatakan ada gangguan keresahan (anxiety disorder) dan seorang sosipatik (sociopath).

Tapi realitinya, majoriti pembunvuh bersiri seorang yang pandai bersosial dan mudah berkawan. Malah, mereka mempunyai keluarga sendiri dan lingkungan kawan-kawan rapat.
Mereka juga jalani kehidupan yang normal sehingga sukar untuk dijejak.

Dalam dunia sebenar, pembunvuh bersiri yang selalu berseorangan dan tak campur orang adalah pembunvuh yang paling senang dijejak dan mudah ditangkap.

Edmund Kemper III, seorang pembunvuh bersiri sendiri mempunyai kawan-kawan dalam kalangan polis sampai sukar untuk dijejak.

3. Pembunvuh bersiri juga popular sebagai seorang yang suka pihak berkuasa tangkap mereka dengan sengaja meninggalkan bukti dan identiti mereka seperti surat dan kad.
Tapi realitinya, mereka tak begitu. Ramai pembunvuh bersiri semakin rapi dan berhati-hati setiap kali mereka lakukan pebvnuhan.

Semakin ramai mereka bvnuh, semakin berpengalaman dalam tatacaranya untuk membvnuh. Maka, semakin sukar untuk pihak berkuasa untuk menjejaki mereka.

4. Pembunvuh bersiri juga sering dipaparkan sebagai seorang lelaki. Di dunia realiti, perempuan tak terkecuali.

Antara pembunvuh bersiri wanita yang terkenal adalah Aileen Wuornos. Di Amerika Syarikat, sebanyak 20% pembunvuh bersiri adalah dalam kalangan wanita.

5. Pembunvuh bersiri sering juga dikaitkan sebagai orang yang sakit mental yang teruk.
Ini tak benar sepenuhnya. Mereka ada gangguan mental, tapi cuma personaliti psikopatik (psychopath) iaitu keadaan di mana mereka mempunyai daya stimuli emosi yang sangat rendah.

Mereka sukar untuk rasa sedih ke atas kesengsaraan dan keperitan manusia lain.
Kesakitan lain seperti berhalusinasi dan gila adalah perkara yang sangat jarang berlaku. Ia wujud, tapi tidak majoriti. Biasanya pembunvuh bersiri yang ada gangguan macam ini tak dapat jalankan pembunvuhan mereka dengan baik. Malah, mudah ditangkap dan dijejaki.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.