Keghairahan sebahagian kecil minoriti Tamil Malaysia dalam sokongan dan pembelaan terhadap Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) memang tidak sama sekali masuk akal. Begitu kental semangat segelintir ini yang didapati telahpun menyusupi masuk dalam bidangkuasa kerajaan dulu dan sekarang.

Pada 26 November 2019, ADUN Saminathan dari Gadek telah dibenarkan ikat jamin sebelum perbicaraan terhadap tuduhan sokong LTTE (Ahmad Johari, 2019). Lucunya beliau terpaksa dibacakan tuduhan dalam bahasa Tamil (The Star, 2020).

Beberapa ketika senyap sekejap pasal LTTE akibat kebangkitan isu poliomyelitis, Influenza dan COVID-19. Perlantikan Normah Ishak sebagai Ketua Anti-Keg4n4san telah menimbulkan balik besi buruk yang telahpun berkarat dalam tenggelaman.

Setepatnya Normah Ishak tidak berkata apa-apa pun pasal LTTE. Sebaliknya MalaysiaKini telah mengudarakan sebuah rencana daripada Ahli Parlimen Batu Kawan yang bernama Kasthuri Patto.

Awalnya beliau menyahut arus feminisme dengan kebanggaan bahawa ramai wanita menempah nama dalam banyak tempat berkuasa. Itu pun tiada masalah, sehinggalah suatu bahagian apabila Kasthuri menyebut tentang LTTE.

Katanya Normah Ishak berdepan dengan tugasan besar yang mana senarai organisasi pengg4n4s perlu dikajisemula setiap enam bulan.

Disinilah LTTE disebut, yang katanya masih lagi berkekalan sebagai pertubuhan pengg4n4s “walaupun telah digugurkan daripada senarai negara-negara lain termasuk Mahkamah Kesatuan Eropah.”

Status LTTE yang merupakan jerawat terhadap India dan Sri Lanka diletakkan dalam konteks “masih kekal” di Malaysia walaupun “telah digugurkan dari senarai” oleh Mahkamah Kesatuan Eropah.

Keputusan Kesatuan Eropah Terhadap LTTE

Negara pertama yang mengatakan bahawa LTTE ialah pertubuhan pengg4n4s ialah India. Keputusan yang sama dicapai Amerika Syarikat setahun kemudian.

Dan perhatian daripada Amerika Syarikat juga diikuti United Kingdom, Kesatuan Eropah (27 negara) dan Canada.

Malah Amerika Syarikat meletakkan LTTE sebagai Pengg4n4s Global Khas (SDGT) sejak 2 November 2001 (USDT, 2009). Manakala Canada pula tidak membenarkan penduduk tetap langsung kepada ahli-ahli LTTE lagi (OCFJA, 1993).

Agaknya Kasthuri dalam kesibukannya sebagai Ahli Parlimen terlupa untuk memberitahu perkara ini. Kasthuri juga gagal mengetengahkan bahawa Parlimen Eropah sendiri pernah bersidang tentang LTTE yang dipersoalkan nilai-nilai demokratik dan pluralisme (The Hindu, 2006)

Mahkamah Eropah pernah menggugurkan sekatan dan pengehadan terhadap LTTE pada Oktober 2014. Namun lima bulan kemudian, mahkamah yang sama bersidang dan berputus untuk mengembalikan sekatan dan had-had sedemikian (The Sunday Leader, 2015).

Cuma LTTE digugurkan daripada senarai hitam sahaja kerana tidak lagi melaksanakan ser4ng4n-ser4ng4n selepas kekalahan pada tahun 2009.

Pengguguran ini tidak seharusnya diperkudakan seolah-olah ia merupakan perkara yang baik (untuk penyokong-penyokong LTTE). Sebaliknya LTTE digugurkan kerana sudah tidak lagi aktif.

Ibaratkan polis menyingkirkan nama-nama orang dikehendaki setelah diberkas. Asasnya orang tersebut masih menghadapi pertuduhan, tetapi sudah tidak lagi menjadi focal point kerana LTTE masih disenaraikan sebagai pertubuhan keg4n4san oleh Kesatuan Eropah.

Kenapa Berat Sangat Untuk Terima LTTE?

Negara-negara Barat tidak wajar dijadikan contoh bagi menjelaskan isu ini. Imigran-imigran ke sana dari India perlu mengikuti corak kehidupan tempatan. Bermakna asimilasi dan integrasi merupakan tunjang utama.

Malaysia pula berbeza. Hanya kerana populasi dominan bukan berkulit putih dan juga kelonggaran untuk hidup bercampuran, LTTE merupakan masalah kedaulatan negara kerana ideologi berbisanya.

Apabila Velupillai Prabhakaran menubuhkannya dengan motif pengasasan negara merdeka (Tamil Eelam) dalam Sri Lanka, aspirasinya patut kekal setempat sahaja.

Macam minoriti sendiri mempersoalkan kenapa Malaysia ingin menyibuk urusan Palestin-Israel. Dalam hal ini, minoriti juga perlu menjulang pendapat yang sama.

Sebarang unsur separatisme meskipun daripada pertubuhan tidak aktif merupakan bisa. Kerana hari ini ia merupakan sokongan dan simpati. Esoknya mungkin dijadikan ideologi utama untuk kononnya memperjuangkan nasib Tamil yang kononnya lagi ditind4s di Malaysia.

Kalau ikut falasi aktiviti LTTE yang sudahpun berhenti, banyak lagi organisasi telah menghentikan aktivitinya. Amerika Syarikat mempunyai titik hitam dengan pertubuhan popular iaitu Ku Klux Klan (KKK).

Jerman pun sama dengan sejarah Sosialis Nasional telah membvnvh lebih kurang 12 juta termasuk 6 juta orang Yahudi.

Jadi untuk menerima LTTE adalah seolah-olah suruh menerima dua pertubuhan jahat yang disebut itu. Ia tidak masuk akal. Dan Kasthuri Patto sebagai Ahli Parlimen bersifat begitu bersentiman terhadap organisasi yang masih lagi diklasifikasikan haram.

RUJUKAN:

Ahmad Johari, M.A.. (2019, November 29). Sokong LTTE, ADUN Gadek dibenar mohon ikat jamin. BH Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/633195/sokong-ltte-adun-gadek-dibenar-mohon-ikat-jamin

The Hindu. (2006, May 31). European Union bans LTTE. Retrieved from https://www.thehindu.com/todays-paper/european-union-bans-ltte/article3140655.ece

OCFJA. (1993, November 4). Sivakumar v Canada. Federal Judicial Affairs. Retrieved from https://web.archive.org/web/20090605200227/http://reports.fja.gc.ca/eng/1993/1994fca0318.html/1994fca0318.html.html

The Star. (2020, January 22). Gadek rep Saminathan pleads not guilty to LTTE-related charge. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/22/gadek-rep-saminathan-pleads-not-guilty-to-ltte-related-charge

The Sunday Leader. (2015, March 29). LTTE Ban in EU Remains. Retrieved from https://web.archive.org/web/20150518091808/http://www.thesundayleader.lk/2015/03/29/ltte-ban-in-eu-remains/

USDT. (2009, February 11). Treasury Targets U.S. Front for Sri Lankan (ditapiskan) Organization. Press Room. Retrieved from https://web.archive.org/web/20090217023833/http://ustreas.gov/press/releases/tg22.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.