Apabila Berita Harian mengeluarkan berita “minyak turun untuk hari keempat” maka berpusu-pusu lah mengeluarkan makian yang harga pasaran minyak dunia jatuh tetapi sebaliknya terjadi iaitu harga minyak Malaysia naik untuk minggu ini. Ini antara salah faham yang paling ketara masyarakat awam dalam memahami pengiraan harga minyak. Untuk melihat bagaimana reaksi awam terhadap berita ini boleh pergi ke page facebook Berita Harian untuk rujukan semua.

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/11/351323/minyak-turun-untuk-hari-keempat

1. Apa yang dipaparkan oleh Berita Harian adalah harga pasaran minyak mentah (crude oil) rujukan West Texas Intermediate (WTI) dan juga Brent, tetapi pengiraan harga minyak runcit tempatan adalah berdasarkan refined oil dan kita merujuk kepada harga pasaran MOPS.

2. Betul ada hubungan secara tidak langsung harga minyak kita dengan harga pasaran crude oil WTI atau Brent kerana refined oil juga terhasil dari crude oil tetapi dengan harga pasaran minyak mentah hari ini turun, adakah hari ini juga harga minyak Malaysia akan turun? Pengiraan untuk harga minyak telah ditetapkan secara mingguan maka harga runcit minyak untuk minggu ini adalah berdasarkan harga pasaran minggu lepas.

3. Dibawah ini pula berita dari BH yang mengkhabarkan tentang kenaikan harga minyak mentah dunia pada 9 Nov iaitu pada minggu lepas dan ia menunjukkan harga minyak mentah mengalami kenaikan ke tahap yang tertinggi untuk 2 tahun ini iaitu semenjak Julai 2015. Ianya hasil sentimen kerjasama yang berterusan diantara OPEC dan Russia yang telah membataskan hasil pengeluaran minyak mentah sebanyak 1.8 juta barrel sehari sejak awal tahun 2017 ini.

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/11/348577/harga-minyak-dunia-kekal-tinggi

Salah faham yang kedua adalah apabila ada yang bijak pandai cuba untuk membuat kiraan kos pengeluaran minyak mentah (crude oil) + kos minyak ditapis (refined oil) = harga runcit minyak Malaysia. Begini kiraannya;

1. Kos pengeluaran minyak Petronas tiada pertalian secara langsung dengan harga minyak runcit Malaysia kerana pengeluaran minyak mentah (crude oil) oleh Petronas adalah untuk pasaran luar dan minyak untuk kegunaan runcit dalam negara pula di import dari luar dan minyak yang di import dari luar itu adalah refined oil. Minyak mentah kita (digelar Tapis) adalah antara yang paling berkualiti di dunia kerana mempunyai kandungan peratusan sulfur yang sangat rendah.

2. Minyak yang kita import dari luar itu adalah “refined oil” (minyak yang telah ditapis) maka harga minyak runcit adalah berdasarkan harga pasaran refined oil (MOPS) dan bukan kiraan harga crude oil + kos tapis = terus dapat harga runcit minyak Malaysia. Harga kos crude oil yang di guna pakai ni pun tak di beritahu samada Brent ataupun WTI.

3. Di dalam perkiraan ini juga tidak disertakan kos pengangkutan, bukannya petik jari minyak terus di angkut ke dalam tangki simpanan pam minyak dan ia memerlukan pengangkutan dan semua itu memerlukan kos. Bagaimana pula dengan kos operasi stesen minyak? Adakah semua ini percuma?

4. Seperti dalam pengiraan diatas, adakah proses penapisan minyak mentah setong/159 liter akan mengeluarkan hasil sebanyak setong/159 liter juga selepas minyak ditapis? Itu pembaca boleh buat penilaian sendiri. =)

Disini saya sertakan sekali pola naik dan turun harga pasaran MOPS95 terkini, insyallah jika pola penurunan ini BERTERUSAN kita akan menikmati penurunan harga minyak untuk minggu depan. Saya tekankan lagi iaitu penurunan BERTERUSAN kerana saya bukan nujum pak belalang untuk tahu berapa harga pasaran MOPS untuk baki sehingga hari Rabu minggu depan.

Disini saya sertakan sekali pola naik dan turun harga pasaran MOPS95 terkini, insyallah jika pola penurunan ini BERTERUSAN kita akan menikmati penurunan harga minyak untuk minggu depan. Saya tekankan lagi iaitu penurunan BERTERUSAN kerana saya bukan nujum pak belalang untuk tahu berapa harga pasaran MOPS untuk baki sehingga hari Rabu minggu depan.

 

Saya juga pernah mengeluarkan satu artikel mengenai bagaimana untuk membuat pengiraan harga runcit minyak terutama sekali RON95 secara terperinci, pautannya ada disini;

https://thepatriots.asia/archives/3669

Harap dengan serba sedikit penerangan diatas dapat merungkai salah faham awam terhadap pengiraan harga minyak runcit Malaysia. Selamat menilai semua.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.

Leave A Reply