The Riddler merupakan salah seorang watak penjahat yang diperkenalkan dalam siri komik Batman And Robin berjudul Detective Comics isu yang ke-140 pada Oktober 1948 oleh Bill Finger dan Dick Sprang.

Pengenalan

Edward E. Nygma, nama sebenar The Riddler, merupakan seorang individu yang mempunyai pemikiran tahap genius dan keinginan untuk sentiasa memperoleh kejayaan melebihi orang yang berada disekelilingnya. Edward Nygma senantiasa mempunyai minat yang mendalam terhadap ujian, soalan dan teka-teki, sehinggakan dia membentuk satu keinginan untuk perlu membuktikan bahawa dirinya adalah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakannya.

Edward mempunyai kisah silam yang traumatik sejak kecil apabila dia sering dijadikan mangsa dera pukulan ayahnya sejak dari bangku sekolah lagi. Pengalaman tragis ini membuatkan Edward membentuk sikap suka memberitahu kebenaran dan kenyataan, yang mana semakin lama telah diterapkan didalam pelbagai helah dan teka-teki yang dimilikinya.

Pernah suatu ketika, Edward mula terlibat dengan dunia kejahatan dan jenayah apabila dia menganjurkan sebuah karnival untuk mempamerkan teka-tekinya dimana dia boleh menguji kemampuan berfikir orang-orang disekelilingnya. Setiap orang yang menghadiri karnival tersebut akan dicabar untuk menyelesaikan soalan-soalan Edward, dan jika mereka berjaya, akan memperolehi sejumlah ganjaran wang yang besar.

Akan tetapi, seandainya mereka tidak mampu menyelesaikannya, maka merekalah yang perlu membayar sedikit nilai wang kepada Edward. Setiap teka-teki yang diberikan Edward akan dirancang (fix) terlebih dahulu olehnya agar setiap pengunjung yang mencuba tidak akan dapat menyelesaikannya. Penipuan terancang ini diteruskan lagi sehingga pada suatu ketika, Edward merasakan bahawa diri dan tipu helahnya adalah terlalu hebat untuk hanya dipersia-siakan kepada golongan orang berfikiran rendah.

Sejak dari itu, Edward mula menjadikan Batman sebagai mangsa tipu helahnya, memandangkan Batman merupakan antara individu yang dinobatkan sebagai penyiasat terulung Gotham. Obsesinya terhadap teka-teki dan Batman telah membentuk personaliti baharu, The Riddler yang semakin lama semakin hilang nilai moral dan pegangannya. Edward menjadi semakin obses sehinggakan dia sanggup melakukan apa jua jenayah, selagi mana jenayah tersebut mampu diaplikasikan dalam bentuk teka-teki dan tipu helah, asalkan dia dapat menarik perhatian Batman untuk terus menyelesaikan setiap teka-tekinya.

Menurut trait yang ditunjukkan oleh The Riddler, saya dapat mengklasifikasikan The Riddler kepada 3 jenis kecelaruan dan masalah mental utama, iaitu Obsessive Compulsive Disorder, Asperger’s Syndrome dan Narcissism. Lebih ringkas, The Riddler adalah Obsessive Compulsive Narcissist Aspie.

Masalah Obsessive Compulsive Disorder

The Riddler boleh dikategorikan sebagai seorang individu yang mempunyai masalah kecelaruan mental yang dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Obsessive atau obsesi, adalah suatu pemikiran atau keinginan yang terlintas dalam minda seseorang insan yang menyebabkan dirinya merasakan risau, bimbang, resah seandainya tidak dilakukan atau disingkirkan daripada mindanya. Kehadiran obsesi ini lazimya hadir tanpa sebarang kawalan atau kehendak individu tersebut.

Compulsive pula adalah suatu desakan nafsu yang kuat yang mendorong seseorang itu melakukan sesuatu yang difikirkan secara berulang-ulang, berkali-kali untuk menyingkirkan perasaan obsesi yang dialaminya. Individu yang didiagnos dengan masalah mental ini dicirikan dengan mempunyai tatakelakuan yang berulang-ulang dan merujuk kepada keinginan menyelesaikan suatu perkara sahaja semata-mata secara mendalam dan terlampau.

Dalam kes The Riddler, dia mempunyai dua obsesi yang jelas kelihatan pada dirinya. Obsesi terhadap teka-teki dan kerumitan sesebuah persoalan dan helah, serta keinginan untuk senantiasa menjadi ‘pemenang’ kepada setiap teka-teki yang dihasilkannya.

Sikap sentiasa ingin menjadi yang terbaik dalam pelbagai helah dan teka-tekinya membuatkan dia semakin obses terhadap keupayaan tahap pengetahuan Batman terutama sekali ketika Batman sedang menyelesaikan kes-kes jenayah di Bandar Gotham. The Riddler juga seringkali dipaparkan sebagai terlalu teruja untuk menarik perhatian Batman dengan sengaja menunjukkan kepada Batman bahawa jenayah yang dilakukan olehnya itu adalah miliknya sendiri sebagai cabaran buat Batman.

Obsesi ini seterusnya menyebabkan Edward semakin hari semakin hilang nilai moral dan terjerumus kedalam kancah dunia jenayah dan pembunuhan hanya demi memuaskan ‘keinginannya’ berkenaan teka teki.

Autism Spectrum Disorder – Asperger’s Syndrome

Selain daripada itu, The Riddler juga tergolong dalam golongan kelainan mental autism, lebih tepat lagi, Asperger’s Syndrome atau High-Functioning Autism. Menurut buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders 5 (DSM-5), individu dengan Asperger’s Syndrome dicirikan dengan mempunyai tahap fokus dan kegigihan yang lebih tinggi dalam satu-satu perkara, lebih terperinci dengan butir-butir khusus, kemampuan mengenali dan mengecam corak dan bentuk sesuatu perkara.

Mereka juga seringkali menunjukkan sifat ketidakmampuan bersosial dan berkomunikasi dengan baik, pergerakan yang tidak selaras, seringkali cuai. Sebagai kefahaman mudah, individu dengan Asperger’s Syndrome ditunjukkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi akan tetapi mempunyai kemahiran sosial dan interaksi yang rendah atau sukar. Mereka juga kerap mempunyai obsesi yang melampau terhadap satu-satu perkara dan berkelakuan berulang-ulang, sama seperti OCD.

Sepertimana The Riddler, selain mempunyai masalah mental OCD, dia juga digambarkan dengan sifat-sifat seorang penghidap Asperger’s Syndrome yang mana dicirikan dengan tahap pemikiran genius ditemani perincian terhadap setiap butiran dan corak, dengan tatakelakuan yang tidak stabil dan tingkahlaku ‘giddiness’ sepertimana yang dilakonkan oleh Jim Carrey menerusi filem Batman Forever (1995) karya Joel Schumacher.

Narcissist

Terakhir sekali, The Riddler dicirikan mempunyai masalah mental narcissism yang tinggi atau sifat mengagungkan diri sendiri secara terlampau dan kerap. Sifat narcissism ditunjukkan dengan kelakuan senantiasa mahu perhatian orang disekeliling, tingkahlaku lagak yang tinggi dan terlampau serta mementingkan diri, tiada sifat empati.

Ini ditunjukkan oleh The Riddler dalam setiap jenayah yang dilakukan dimana kesemua kesalahan itu akan diselitkan beberapa teka-teki untuk diselesaikan oleh Batman supaya Batman boleh mengetahui bahawa ianya adalah ‘hasil kerja’ hebat The Riddler. Secara asasnya, The Riddler ingin menunjukkan kepada Batman dan Bandar Gotham bahawa dia jauh lebih hebat daripada Batman.

Maka dia merujuk kepada setiap jenayah yang dilakukannya sebagai umpan untuk mendapatkan perhatian Batman. Akan tetapi, seandainya setiap jenayah yang dilakukan olehnya tidak dapat diselesaikan oleh Batman dan akhirnya dilupakan akibat dari tiada penyelesaian, maka The Riddler akan gagal dalam memastikan namanya disebut-sebut sebagai penjahat Gotham terulung menandingi Batman.

Maka dia terpaksa meninggalkan petanda-petanda disekitar kawasan jenayahnya agar dia dapat ‘membantu’ Batman mencari dirinya. Pendek kata, jika Batman tidak berjaya menyelesaikannya, maka lama-kelamaan nama The Riddler akan terus dilupakan. Untuk mendapatkan ‘kemahsyuran’ itu, The Riddler terpaksa memastikan Batman mampu menyelesaikannya dengan bantuan akan tetapi takkan mungkin mampu menangkapnya.

Kesimpulannya, The Riddler adalah satu diantara pelbagai penjenayah terulung di Bandar Gotham yang mempunyai pelbagai masalah status mental dan kecelaruan identiti serta tingkahlaku. Masalah Obsessive Compulsive Narcissist Aspie inilah yang mencorakkan The Riddler sebagai penjenayah yang tiada empati dan merbahaya, namun unik dan genius sehingga The Riddler pernah dinobatkan sebagai Penjenayah Buku Komik Terulung yang ke-59 pada tahun 2009 laman web Imagine Games Network (IGN).

Rujukan:

THE RIDDLER :

https://www.dccomics.com/characters/riddler

OCD :

https://iocdf.org/about-ocd/

ASPERGERS SYNDROME

https://www.autismspeaks.org/what-asperger-syndrome

NARCISSISM

https://www.helpguide.org/articles/mental-disorders/narcissistic-personality-disorder.htm

IGN :

https://www.ign.com/lists/top-100-comic-book-villains/59


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

Comments are closed.