Membedah Sisi Baik Kösem Sultan

870

https://bit.ky/kombowww

Kösem Sultan adalah salah seorang wanita paling berkuasa dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah. Dia melibatkan dirinya terlibat secara tidak langsung dalam kekacauan politik istana setelah suaminya Sultan Ahmed I meninggal dunia, tetapi dia berupaya mengh*puskan pesaingnya walaupun dirinya sendiri menerima pengakhiran yang pahit.

Walaupun beberapa sejarawan mengatakan bahawa dia adalah manipulator paling utama, masih ada beberapa pendapat lain yang mengatakan bahawa dia adalah penyumbang yang terbesar dalam membantu memastikan kelangsungan kuasa Empayar Uthmaniyyah.

Kösem Sultan dibawa ke istana Uthmaniyyah sebagai seorang hamba berbangsa Yunani, dipercayai dibawa oleh bangsawan Bosnia Uthmaniyyah pada usia 15 tahun. Setelah memeluk Islam, dia diberikan nama sebagai ‘Mahpeyker,’ yang bermaksud wajah seperti bulan dalam bahasa Parsi kerana kecantikannya rupa parasnya.

Memandangkan wajahnya yang putih melepak itu, dia digelar sebagai Kösem. Dalam bahasa Turki kuno, nama Kösem juga bermaksud seekor biri-biri yang memimpin kawanannya. Namanya sendiri seolah-olah mencerminkan sifat kepimpinan Mahpeyker yang bakal muncul dalam dirinya untuk beberapa tahun kemudian.

Sultan Ahmed I

Mahpeyker berjaya menarik perhatian Sultan Ahmed I dengan kecantikannya, memandangkan ketika itu dia sudah pun memeluk Islam, maka akhirnya tiada sebarang masalah untuk mereka berkahwin.

Mahpeyker melahirkan 4 anak lelaki dan 3 anak perempuan, yang membolehkannya mendahului isteri-isteri sultan yang lain. Dia belajar dan menjadi seorang pengamal tassawuf dengan suaminya yang dikatakan sebagai salah seorang daripada sultan-sultan yang sangat warak.

Mahpeyker menjalani kehidupan yang tenang dan damai dalam membesarkan anak-anaknya. Selepas perkahwinannya mencapai tempoh 14 tahun, dia menjadi janda pada usia 28 tahun dan tanpa sengaja dia mendapati dirinya berada di tengah-tengah kekacauan politik.

Demi untuk melindungi anak-anaknya sendiri, dia membantu mempermudahkan pertabalan takhta untuk abang iparnya dan bukan anak tirinya.

Semenjak kem*tian Sultan Ahmed I, sistem pewarisan takhta keturunan dinasti Uthmaniyyah berubah dari sistem primogeniture (hak menduduki takhta kepada anak sulung) menjadi rejim seniorat (takhta diserah kepada anggota dinasti yang paling tua), maka tradisi fratricide yang menuntut pembvn*han sesama saudara kandung bagi merebut takhta yang telah diamalkan secara sah semenjak zaman Sultan Mehmet II mula dihentikan.

Berikutan kem*tian Sultan Mustafa I dan Osman II, dua putera Mahpeyker – Murad dan İbrahim menaiki takhta secara berturut-turut. Memandangkan Sultan Murad IV hanya berusia 12 tahun ketika menjadi raja, Mahpeyker memainkan peranannya sebagai pemangku Sultan dengan gelaran sebagai ‘Valide Sultan’ (Ibu Sultan), malahan, dia mendapat kedudukan itu secara rasmi dengan jawatan sebagai Pemangku/Naib Sultan (naib-i-sultanat).

Sultan Ibrahim

Dia mendidik anaknya dengan ilmu politik. Ketika Murad IV telah mencapai usia yang sudah cukup matang dan mampu memerintah negara, Mahpeyker hanya memainkan peranan di belakang tabir sahaja dan akan campur tangan dalam urusan politik hanya jika perlu, dia hanya memberi fokus dalam menjaga anak bongsunya iaitu Shahzade İbrahim dari sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan Sultan murka, seperti pemberont*kan dan sebagainya.

Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan setelah kem*tian abangnya itu pada tahun 1640, Sultan İbrahim meletakkan ibunya di belakang tabir, namun, Mahpeyker berusaha keras untuk memastikan anaknya itu mempunyai zuriat demi mempertahankan kesinambungan dinasti Uthmaniyyah.

Mahpeyker amat disayangi dan dihormati oleh semua orang. Walau bagaimanapun, setelah memerintah selama lapan tahun, Sultan Ibrahim digulingkan dan dibvn*h dalam satu rampasan kuasa tentera dan birokrat. Ada yang mendakwa bahawa Mahpeyker Sultan yang bertanggungjawab atas kem*tian puteranya sendiri.

Namun, jika diperhatikan semula, sebenarnya dari awal lagi dia telah menyedari perancangan nekad kumpulan pro-kudeta dan bersetuju untuk mendesak anaknya agar turun dari takhta sebagai balasan untuk menyelamatkan nyawa anaknya. Namun, mereka tidak menepati janji.

Sultan Mehmed IV

Putera kepada Sultan İbrahim yang baru berusia 7 tahun menaiki takhta. Ibu dan neneknya masih meneruskan hidup, menjadikan ini toleransi sesama dinasti yang pertama kali berlaku dalam sejarah Uthmaniyyah semenjak terbentuknya Kod Undang-undang Mehmet. Namun setelah dewasa, Sultan Mehmed IV dipercayai mengalami masalah mental kerana sikapnya yang gemar membun*h orang secara membuta tuli, namun dia terkenal sebagai seorang panglima p3r*ng yang hebat.

Mahpeyker Sultan ingin memainkan peranan sebagai Valide Sultan sekali lagi dengan memintas ibu Sultan merangkap bekas menantunya yang masih muda dan naif iaitu Turhan Sultan. Namun Turhan juga seorang wanita yang amat cerdik dan kuat sama seperti ibu mertuanya itu, Turhan Sultan tidak berhasrat untuk mengizinkan keinginan Mahpeyker itu.

Turhan Sultan menjadi musuh abadi kepada Mahpeyker. Namun ironinya, ketika berusia sekitar 12 tahun, Turhan dibawa ke Istana Topkapı sebagai hadiah dari Khan Crimea kepada Mahpeyker Sultan. Berkemungkinan Mahpeyker sendiri yang memberikan Turhan kepada Ibrahim sebagai gundiknya.

Namun, seiring peredaran masa, Turhan ternyata merupakan seorang wanita memiliki cita-cita yang terlalu tinggi untuk dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan dirinya kehilangan kedudukan yang tinggi tanpa penentangan.

Dalam perjuangannya untuk menjadi Pemangku Sultan yang sah, Turhan disokong oleh golongan birokrat istana yang terdiri daripada kizlar agha (ketua sida-sida kulit hitam) rumahnya dan wazir agung empayar sendiri, sementara Mahpeyker pula disokong oleh tentera Janissari.


Turhan Sultan

Mahpeyker Sultan sentiasa percaya bahawa memiliki hubungan yang baik dengan pegawai tentera pada saat konflik dalaman banyak membawa keuntungan. Dari situlah pihak tentera Janissari mula memihak kepada Mahpeyker Sultan. Walaupun kedudukan Mahpeyker sebagai Valide Sultan dilihat sebagai yang terbaik untuk kebaikan negara, rata-rata rakyat ketika itu amat membenci pengaruh pasukan elit Janisari terhadap pemerintahan Uthmaniyyah.

Para birokrat mula mengambil tindakan setelah mereka merasa mengesyaki Mahpeyker Sultan sedang merancang untuk melakukan rampasan kuasa di istana dengan mengeksploitasi pemberont*kan senyap para pedagang di Istanbul 1651  di kawasan luar bandar dan Istanbul serta membun*h Sultan yang muda itu untuk memaksa Turhan Sultan menobatkan puteranya yang lebih mudah untuk dijadikan boneka iaitu Shahzade Suleiman.

Orang-orang suruhan birokrat istana menerjah masuk ke dalam harem dalam usaha untuk membun*h Mahpeyker Sultan, yang bersembunyi di dalam sebuah almari besar di biliknya. Namun, sebahagian kain pakaiannya tersepit di celah-celah pintu almari. Seorang hamba ternampak sebahagian pakaian Mahpeyker lalu segera mendedahkannya.

Mahpeyker atau Kösem Sultan dih*kum bun*h dengan kaedah tradisi khas bagi mengh*kum m*ti seorang anggota dinasti Uthmaniyyah yang diserap dari budaya Mongol iaitu dengan dic*kik me
nggunakan tali busur.

Namun, huk*man yang dilaksanakan terhadap Mahpeyker Sultan dianggap paling hina lagi memalukan kerana dia dic*kik menggunakan tali langsir. Peristiwa ini dianggap sebagai salah satu ins*den yang paling menyedihkan dan memalukan dalam sejarah Turki. Dia berusia 61 tahun ketika dia dibvn*h dan jen*zahnya dikebumikan berhampiran dengan makam suaminya yang tercinta di Dataran Sultanahmet.

Selain kebijaksanaan dan kecantikannya, Mahpeyker Sultan juga terkenal dengan sumbangan dan minatnya. Dengan penampilan dan rekabentuk yang belum pernah dilihat orang Turki sebelumnya, Çinili Camii (Masjid berjubin) di daerah Üsküdar di Istanbul adalah salah satu hasil jasa baktinya yang terkenal.

Selain daripada masjid yang dihiasi dengan jubin yang paling indah di pada abad ke-17 itu, Mahpeyker Sultan juga bertanggungjawab dalam membina sekolah, ruang mandi awan dan telaga air pancuran awam. Dia juga membangunkan Büyük Valide Han (Pusat Penginapan Valide Agung) di Eminönü yang pernah menjadi pusat perdagangan utama di Istanbul.

Selain itu dia turut membina beberapa lagi masjid-masjid dan sistem air pancuran di daerah-daerah yang berbeza di kota ini. Mahpeyker Sultan juga mengasaskan yayasan untuk memenuhi keperluan bekalan air bersih bagi jemaah haji Muslim dan membantu masyarakat yang miskin di Mekah serta Madinah serta menganjurkan program pendidikan dan pembacaan al-Quran di sana.

Semasa pemerintahannya sebagai pemangku Sultan, dia biasa berbicara dengan negarawan melalui seorang sida-sida di sebalik pagar jeriji. Dia menghabiskan banyak hartanya untuk kerja-kerja amal dan memenangi hati orang ramai dengan menolong golongan miskin di sekitarnya.

Kadang-kala dia akan menyamar sebagai rakyat biasa untuk mendengar masalah penduduk tempatan semasa lawatan awamnya dan membantu melangsaikan hutang para penduduk tempatan supaya dapat mengelakkan mereka dipenjara.

Dia menyumbangkan mahar kepada gadis-gadis miskin, membantu mereka untuk berkahwin dan memberikan bantuan kepada orang-orang yang dalam keadaan darurat seperti mereka yang rumahnya baru saja terbakar atau pemilik kapal yang karam. Mahpeyker Sultan juga dikatakan pernah menubuhkan yayasan khusus untuk mengagihkan wang kepada orang miskin yang berasal dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Setelah kem*tiannya, rakyat Istanbul tidak menitiskan air mata untuk orang lain sebanyak yang mereka tangisi terhadap kem*tian Mahpeyker Sultan. Syair ditulis setelah kehilangan ‘Valide-i şehide’ (ibu yang m*ti syahid).

Sepanjang hayatnya yang bermula dari seorang hamba, kemudian menjadi gundik, hinggalah kemuncak kekuasaannya sebagai seorang Valide Sultan, Mahpeyker Sultan telah menyaksikan enam generasi sultan Uthmaniyyah yang berbeza-beza memerintah Uthmaniyyah, tiga daripadanya telah dipantau oleh dirinya sendiri selaku seorang Valide Sultan.

Kisah kehidupannya telah menjadi subjek inspirasi untuk banyak novel, drama dan filem fiksyen, tidak ada wanita lain yang berpengaruh besar sepertinya sepanjang sejarah Turki, hatta Roxalena (Hurrem Sultan) pun tidak mampu mengatasi popularitinya.

Karakternya menerima persepsi negatif namun masyarakat gagal memahami sifat subjektif  pada dirinya hingga dia digelar sebagai seorang yang tidak ada perasaan dan laparkan perhatian. Ini kerana dia hidup pada zaman yang huru-hara, dan sudah menjadi satu kelaziman, seorang tokoh sejarah akan digambarkan secara negatif oleh pihak lawan. Kesilapannya akan diperbesarkan melalui pembvn*han karakter sebagai seorang Valide Sultan yang gagal.

Namun, tanpa disedari, segala kerja-kerja kebajikan yang ditinggalkannya (bahkan ada yang masih berfungsi sehingga ke hari ini) jelas menunjukkan perwatakan sebenarnya. Bahkan hingga ke hari ini, para pejuang feminis dan penyokong tegar hak asasi wanita menuduh dia masuk campur urusan negara dengan mengatakan dia meletakkan jarinya yang masih ‘berinai’ pada urusan negara. (Konsep feminisme zaman dahulu adalah urusan negara bukan urusan wanita secara langsung).

Zaman ‘Kesultanan Wanita’ dalam sejarah Uthmaniyyah adalah hasil dari keperluan politik sepenuhnya. Ia mengambil masa yang singkat namun nikmatnya boleh dinikmati oleh rakyat Turki sehingga ke hari ini. Mahpeyker Sultan selalu digambarkan sebagai wanita yang bercita-cita tinggi, namun jarang disebutkan bahawa setiap tindakannya adalah dilaksanakan atas dasar semangat patriotiknya.

Benar, itulah sebenarnya harga pengorb*nan bagi Mahpeyker atau Kösem Sultan, di mana hari-harinya yang menyedihkan lebih panjang berbanding hari-hari yang bahagia dalam hidupnya.

Inilah salah satu contoh feminisme yang sebenar, iaitu berjuang memikul tanggungjawab negara yang berat di bahu seorang wanita yang lazimnya dianggap lemah namun mampu mengharungi segalanya pada saat yang penuh liku-liku kesukaran.

RUJUKAN:

Hülya Yıldız (2018) Rethinking the political: Ottoman women as feminist subjects, Journal of Gender Studies.

Safarian, A. (2007). On the History of Turkish Feminism. Iran & the Caucasus,11(1), 141-151.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.