Pertamanya, masih belum terlewat untuk saya ucapkan takziah kepada keluarga 8 kanak-kanak yang terlibat dalam kes langgar dan meninggal dunia.

Saya tak nak komen pasal yang langgar tu kaum apa atau siapa yang bersalah ke apa. Benda dah jadi.

Tetapi apa yang saya nak cakap di sini adalah tentang bagaimana kanak-kanak itu dibesarkan akan menjadi seorang dewasa dari cara dia dibesarkan.

Bagi mereka yang terus menyalahkan kanak-kanak yang bermain basikal lajak, ada beberapa latar belakang yang saya perhatikan. Ada yang bujang dan ada yang dah kahwin, ada anak lagi.

Tapi yang mengkritik ni semua tak faham apa perasaan bagaimana tinggal di rumah yang sempit, dan mak ayah sibuk bekerja di pejabat serta ketiadaan padang permainan untuk bermain.

Semasa awal 1990an dulu, kawasan tempat saya tinggal, Cheras Perdana, mempunyai sebuah padang bola yang cukup besar. Di situlah kami kanak-kanak bermain bola dan cuba meniru gaya Eric Cantona, dari segi skil permainan atau sekadar menegakkan kolar.

Sehinggalah ada donor orang kaya membeli tanah tersebut untuk SJKC yang menyebabkan kami tak dapat bermain bola lagi di situ. Kami bermain bola di padang permainan yang ada jongkang-jongket dan ada batu yang banyak.

Kemudian padang itu pun diambil untuk membina sebuah medan selera yang hari ini masih sendu dan tak ramai pergi ke situ untuk makan.

Generasi saya sempat bermain bola di kawasan berhampiran, tetapi generasi selepas saya terpaksa pergi ke CP5 dimana jaraknya lebih kurang 300 meter. Tak jauh tapi untuk kanak-kanak, melintas jalanraya yang sibuk adalah bahaya.

Tetapi Cheras Perdana masih bertuah lagi kerana masih ada padang bola. Sesetengah tempat macam Flat Kinrara di Puchong, mereka nak main bola pun takde tempat. Padang pun sekangkang kera dan sering berlaku pertelingkahan dan pergaduhan, terutamanya melibatkan orang yang bukan satu kaum.

Dan kalau korang semua tanya dari mana asal racism ni, ia datang dari taman permainan yang semakin mengecil.

Sementara kawasan middle class dan upper middle class menikmati prasarana anak-anak yang lengkap untuk membesar, kanak-kanak ini tidak ada privilege untuk itu. Dan disebabkan itu anda yang mengkritik anak-anak yang bermain basikal lajak ni, seolah-olah detach daripada realiti – inequality berlaku dalam guna tanah dan perumahan.

Jadi padang permainan pun takde, bilik pun takde, ke mana anak lelaki ni semua nak pergi? Apa yang mak ayah mampu beli, cuma basikal lajak. Inilah rite of passage mereka sebelum mereka menjadi dewasa dan jadi rempit.

Semua kerana semasa kecil mereka tidak ada privilege macam generasi aku untuk main bola di padang dan bergaul bermain atas padang.

Jalan rayalah padang mereka. Jalan rayalah tempat mereka beraksi, sama ada nak berangan jadi pelumba Cub Prix atau nak jadi Marc Marquez.

Apabila saya menonton filem Cinema Paradiso, saya melihat cara kanak-kanak itu dibesarkan akan membentuk peribadinya bila dia dewasa. Masa saya kanak-kanak, mak saya mampu belikan saya buku dan encyclopedia, dan mempunyai sebuah mesin typewriter di rumah, jadi bila saya jadi dewasa, normal lah kalau saya jadi penulis.

Toto dibesarkan dalam panggung wayang, dah besar jadilah pengarah filem.

Dah kalau anak-anak basikal lajak ni dibesarkan di jalanraya, dah besar mestilah jadi rempit. Dan kematian rempit seringkali diejek oleh golongan privilege ni sebagai ‘padan muka’, ‘bodoh sape suruh merempit tengah highway’ dan sebagainya.

Yang cakap ni takpelah, mereka ni anak orang senang, mereka tak pernah perhatikan orang yang lebih miskin daripada mereka. Sebab tu mereka takde empati.

Saya terbaca satu tweet daripada seorang peguam yang kini jadi pembantu kepada seorang ahli parlimen DAP dan dia menjawab dari sudut teknikal undang-undang.

Ya, jawapannya mungkin tepat dari segi undang-undang, tapi jawapannya tak ada ‘soul’, tak ada empati, tak ada pengertian terhadap kanak-kanak miskin ini. Mungkin bila dah jadi pembantu ahli parlimen ni, ‘soul’ mungkin dah ke laut, dan jadilah seorang ‘mindless robot’ kepada sistem.

Siapalah saya untuk menghakiminya, tapi itulah pandangan saya terhadapnya.

Kanak-kanak yang bermain basikal lajak ni sebenarnya kesian. Mereka tak ada padang untuk bermain, mak ayah sibuk bekerja dan kejar OT, dan mereka tak ada hala tuju.

Memanglah apa yang mereka buat – naik basikal atas jalan dengan aksi bahaya, memanglah salah, tapi kelakarlah, bila masyarakat mula hilang empati dengan kanak-kanak, terutamanya yang miskin bandar.

“Kalau dah miskin tu janganlah kahwin”

Itu yang selalu saya dengar, terutamanya dari liberals yang tak pernah value pun institusi kekeluargaan. Mungkin semasa mereka membesar dulu mereka ni golongan kera sumbang yang kerjanya main Brick Game atau Nintendo dan tak bergaul dengan saudara-mara.

Mungkin mereka rasa kahwin tu kena orang ada-ada sahaja yang boleh. Mungkin juga mereka terpengaruh dengan rancangan Nona setiap Ahad jam 2 petang.

Tapi tak semua orang berkongsi value yang sama. Ada sesetengah orang merasakan perkahwinan itu permulaan hidup mereka yang baru, untuk mendirikan sebuah keluarga yang berautonomi dari keluarga yang dipimpin ayahnya.

Sesetengah orang melihat perkahwinan adalah lambang kebebasan daripada ibu bapa. Kita mana nak tahu, sebab ada 35 juta rakyat Malaysia, sudah pasti ada 35 juta pandangan.

Apapun, walau macam manapun, tolonglah ada empati. Janganlah pakai sembur je bila bercakap. Dan tak, saya langsung tak nak sentuh pasal isu yang melanggar tu kaum apa. Itu bagi saya bukan isu yang sepatutnya disentuh pun.

Jadilah ahli masyarakat yang mempunyai nilai empati dan janganlah asyik kerja nak tuding jari ke orang yang tidak ada apa-apa, macam kanak-kanak malang yang meninggal tempoh hari.

Mari jadikan ini sebagai iktibar, supaya kanak-kanak di masa depan tak perlu lalui lagi kemiskinan bandar. Kedengaran sukar, terutamanya bila kita ada kerajaan yang lebih pentingkan pemaju daripada rakyat sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.