Membedah Puisi Rumi Bertajuk Diam

0
783
views

Diamkan deria,
tutup telinga}
dan kosongkan fikiran

Dengarkan seruan:

Jetpack Langkawi

‘Pulang!’

Kata-kata tidak bermakna
Biar senyap seketika
Dengarlah!”

(Mathnawi, Mevlana Rumi)

Dalam dunia yang tak henti bercakap, dalam zaman yang tak henti berdebat, lidah tak puas berucap,  mulut berkumat beribu kalimat, mengapa tidak kauambil seketika masa untuk senyap. Mendengar rintihan hati sendiri. Mengapa bercakap terlalu banyak, sampai mendengar terlalu sedikit? Berapa lama raungan hati diabaikan? Setiap pecinta yang terpisah, merindukan kekasihnya. Setiap hati kecil merana, merindui keakraban yang pernah dinikmati satu waktu dahulu. Di hari ألست .

Kita telah berkenalan dengan Allah di alam arwah, sejak azali. Dan pandangan itu ialah cinta pandang pertama. Kemudian, kita diturunkan di dunia, tinggal di sangkar jasad. Seperti unggas di sangkar kayu dengan siulan sayu, hari-hari jiwa meronta mahu pulang. Masa demi masa, usia mengubah segala. Yang tidak berubah, ialah rindu yang tak sekalipun punah. Semakin besar rindu, semakin besar derita mendayu-dayu.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

وَادْخُلِي جَنَّتِي

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! –

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! – “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia – “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! ”

(Surah al-Fajr, ayat 27-30)

Satu masa nanti, semua bakal menyedari betapa selama ini, hati begitu merindui cinta ilahiﷻ

Previous articleMenggores Darah Kesetiaan Di Muka Ketidakadilan
Next articleDemokrasi Terpimpin: Niat Baik Yang Tersasar
Graduan Darul Quran JAKIM. Ahli grup Pena Ilmiah (sQQr). Pemuisi yang patah hati. Khadam mashayeikh yang gigih bertatih, terjatuh dan bangkit kembali dalam mengenali adab & ilmu. Obses terhadap dunia penulisan, puisi dan sejarah. Believe in love like always do.
SHARE