Berdasarkan penulisan penulis sebelum ini, penulis telah menerangkan tentang konsep yang diguna pakai oleh 2 filem antarabangsa iaitu wayang bersiri The Purge dan juga Avengers (Thanos).

Pautan: https://thepatriots.asia/konsep-di-sebalik-thanos-dan-the-purge/

Di dalam artikel tersebut, penulis telah memberi gambaran bahawasanya konsep yang diamalkan di dalam filem tersebut mempunyai justifikasi sendiri dan didokong oleh seorang tokoh ekonomi barat iaitu Thomas Malthus.

Beliau telah membuat satu teori yang menggambarkan pertumbuhan populasi yang mendadak akan membawa mal petaka ke atas ketamadunan manusia kerana pertumbuhan penghasilan makanan lebih lambat berbanding dengan pertumbuhan populasi manusia.

Namun teori ini telah disangkal oleh banyak tokoh ekonomi yang lain, dua tokoh ekonomi sosialisme, Friedriech Engels dan juga Karl Marx telah menyangkal teori Malthus dengan menyatakan Thomas telah gagal untuk membezakan keupayaan manusia dengan spesies kehidupan yang lain, iaitu kecurigaan manusia dalam membangunkan teknologi.

Engels menjangkakan pembangunan saintifik dan teknologi adalah lebih cepat atau pun sekurang-kurangnya selari dengan populasi manusia. Seorang tokoh ekonomi barat iaitu Henry George, yang telah menginsipirasikan kemunculan mazhab ekonomi Georgism telah mengkritik teori populasi Malthus. Beliau menyatakan teori Malthus hanya mengambil faktor kemiskinan yang beliau mendakwa melimitasikan keupayaan untuk memiliki tanah dan juga sumber alam.

Beliau juga berpendapat manusia berbeza dengan spesies yang lain di mana manusia mampu mengawal pembiakan sumber semula jadi mengikut kemahuan mereka. Beliau menulis “manusia dan helang menjadikan ayam sebagai sumber makanan. Namun jika bertambah jumlah helang, ayam akan berkurangan manakala jika bertambah populasi manusia, ayam akan bertambah.”

Di samping itu, seorang tokoh ekonomi persekitaran, Julian Simon mendakwa malapetaka yang digambarkan oleh Malthus tidak akan berlaku kerana dua faktor utama iaitu, kewujudan ilmu yang baru serta orang yang mampu untuk mengambil peluang atas ilmu itu dan kemampuan dunia untuk meningkatkan pengeluaran apabila terdapat peluang untuk membuat sedemikian.

Apa yang diringkaskan daripada kritikan para ahli ekonomi di atas adalah Malthus sangat bersifat negatif terhadap kemampuan manusia untuk belajar. Akal yang dikurniakan oleh Tuhan, Pencipta yang Agung telah mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka untuk sekian lamanya. Ilmu sains dan teknologi telah berkembang dengan pesat di mana jumlah pengeluaran makanan itu telah dilipat kali gandakan.

Memang benar, terdapat negara-negara yang mengalami masalah kekurangan makanan seperti sebahagian negara di benua Afrika. Namun kekurangan tersebut disebabkan oleh korupsi yang menyebabkan penggunaan faktor pengeluaran yang sangat tidak cekap yang menyebabkan rakyat di sana mengalami kemiskinan yang melampau seperti apa yang dikatakan oleh Henry George.

China telah melaksanakan polisi yang mendokong teori Malthus iaitu “One Child Policy” pada dahulunya, di mana keluarga di sana hanya dibenarkan untuk mempunyai seorang anak sahaja bagi mengawal populasi di China. Namun ini telah memberi impak negatif dari sudut sosial dan juga ekonomi.

Hasil daripada polisi itu, China telah mengalami satu masalah ekonomi yang baru iaitu populasi yang menua atau lebih dikenali sebagai “Aging Population” di mana komposisi orang tua yang sangat banyak di dalam jumlah keseluruhan jumlah rakyat di China.

Insya-Allah, penulis akan mengulas tentang perkara ini dengan lebih terperinci di artikel akan datang.

Sekian.

RUJUKAN:

Engels, Friedrich.”Outlines of a Critique of Political Economy”, Deutsch-Französische Jahrbücher, 1844, p. 1

Huang, W. How does the one child policy impact social and economic outcomes?. IZA World of Labor 2017: 387 doi: 10.15185/izawol.387

Karl Marx (transl. Ben Fowkes), Capital Volume 1, Harmondsworth, Penguin, 1976 (originally 1867), pp. 782–802.

Progress and Poverty, Chapter 7, Malthus vs. Facts in http://www.henrygeorge.org/pchp7.htm

Ruzengwe, Tatenda. (2019). Why Africa is Poor.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mentadbir ekonomi adalah seperti bermain catur yang hidup. Untuk menang, pengorbanan harus dilakukan. Namun persoalannya di sini, adakah sang pemain mempunyai "political will" untuk melakukan sedemikian?" Jejaka fakir dari Sabah yang juga seorang graduan sarjana muda ekonomi kewangan serta sarjana ekonomi di UMS dan sekarang tengah menjalani pengajian untuk mendapatkan PhD dalam bidang yang sama.

Comments are closed.