Membantah Penyelewengan Sejarah Oleh Parti MIRA Yang Mencabar Hak 153 Orang Melayu

138

1. Saya memerhati bagaimana parti yang kononnya mahu memperjuangkan hak minoriti telah menyelewengkan sejarah Melayu dengan sewenang-wenangnya yang saya percaya bahawa ia bertujuan semata-mata mahu menjatuhkan prestij sejarah orang Melayu sehingga dilucutkan hak 153 yang dimiliki oleh mereka.

Dari “hujah” nombor satu sendiri yang digariskan oleh parti MIRA (Minority Rights Action Party – MIRA) dalam artikel di page rasmi mereka sudah jelas niat jahat mereka ini. Jadi, izinkan saya mempertaruhkan hujah saya, memberikan kefahaman yang jitu kepada rakyat Malaysia diluar sana. Anda boleh ke page mereka (pautan: https://bit.ly/2T2tQoa) untuk melihat penyelewengan yang saya cakapkan dengan mata kepala sendiri.

2. Pada fakta nombor satu, dikatananya bahawa perjanjian “hak bumiputera” ini adalah hanya untuk tempoh 25 tahun sahaja. Malangnya dalam hujah tersebut, ia tidak menyatakan sumber, hanya dengan falasi “versi sejarah diselewengkan” dan hanya menyatakan dan menyuruh kami merujuk kepada akhbar “Straits Times” di London tanpa memberikan rujukan seperti tarikh penerbitan dan halaman berapa “fakta” yang dicakapkan itu dinyatakan.

3. Professor Khoo Kay Kim yang merupakan sarjana sejarah di Malaysia yang tidak perlu dpertikaikan lagi mengenai kredibilitinya dipetik dalam sebuah laporan akhbar Malaysiakini bertarikh 6 Sep 2010 dalam tajuk besar Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam (perhatikan perbezaan kami memetik laporan akhbar dengan rujukan tepat berbanding parti MIRA) dengan jelas mengatakan bahawa hak 153 itu sudah wujud pada zaman British lagi apabila British mengiktiraf kedudukan orang Melayu yang diakui sebagai rakyat raja. Manakala kaum lain tidak mempunyai pengiktirafan seperti mana yang dimiliki oleh orang Melayu sehinggalah beberapa puluh tahun kemudian.

4. Kedudukan hak keistimewaan orang Melayu ini telah wujud sejak wujudnya 9 kerajaan Melayu yang diasaskan bersama dengan raja-raja mereka yang wujud sekurang-kurangnya pada tahun 1895 berdasarkan sistem yang sedia, dan ia dapat dijejak sehingga ke awal lagi. Prof dalam kenyataan lainnya menegaskan bahawa hak 153 orang Melayu hanya dapatlah diubah dengan persetujuan orang Melayu itu sendiri.

5. Kami bersetuju bahawa terdapat Melayu di Malaysia yang menggunakan hak keistimewaan itu untuk kepentingan mereka seperti “kroni”, mengayakan perut mereka sendiri dan sebagainya sehingga ada orang Melayu yang tidak merasai keistimewaan itu. Adapun pada hujah ini, bukanlah ia bermaksud hak itu perlu dihapuskan, tetapi ia memerlukan penambahbaikkan.

6. Saya mahu membantah beberapa “kenyataan” yang sangat menjijikkan yang dilemparkan sewenang-wenangnya oleh pihak Parti MIRA. Misalnya seperti menyatakan bahawa perkataan Melayu itu datang semata-mata daripada perkataan Jawa. Perbahasan mengenai perkataan Melayu ini wujud dalam pelbagai rekod sejarah.

Daripada perkataan Yunani yang membawa kepada peta lama Ptolemy merujuk kepada kawasan geografi di Semenanjung Tanah Melayu – Malaiu Kolon, kerajaan Melayu purba sekitar Sumatera, kepada beberapa rekod namanya dalam sejarah luar seperti Khmer memangil Srivijaya sebagai Malayu, atau bagaimana nama ini pernah muncul dalam catatan Yunan kepada hipotesis terbaru bahawa nama Melayu berasal daripada Bahasa Tagalog yang membawa kepada maksud bebas.

7. Adapun pada maksud Melayu dari perkataan Jawa kononnya membawa maksud melarikan diri adalah tidak maksud akal untuk sebuah bangsa menamkan diri mereka, atau kerajaan mereka dengan nama yang membawa maksud yang buruk. Logik akal kita, apakah seseorang menamakan anak mereka dengan sesuatu yang jijik, sedangkan betapa begitu banyak nama indah lain boleh disematkan pada sebuah bangsa?

Selalunya sebuah bangsa menamakan diri mereka pada nama-nama kerajaan silam. Contohnya seperti bangsa Korea menamakan diri mereka dengan nama kerajaan purba Korea bernama Goryeo. Andai disusuri lebih jauh ke belakang, nama Goryeo menunjukkan perkaitan dengan sebuah kerajaan Korea bernama Goguryeo, yang wujud dalam zaman tiga kerajaan Korea: Silla, Baekje, dan Gorguryeo.

Agak pelik apabila bangsa Melayu tiba-tiba menamakan diri mereka dengan panggilan jijik padahal kalau hari ini, sebuah bangsa merujuk kepada bangsa dengan pangilan berbaur perkauman atau penghinaan, respon sama tidak berlaku yang membawa kepada penamaan bangsanya. Saya cadangkan anda memanggil kulit hitam nigga atau negro dan lihat sama ada mereka memeluk panggilan itu dengan tangan terbuka atau mungkin mata anda akan lebam memakan penumbuk.

8. Saya juga nak menegur bagaimana dengan jalangnya, pihak Parti MIRA menyelewengkan sejarah Bahasa Melayu, kononnya hanya mula berevolusi pada awal abad ke-20. Malangnya, kenyataan berbaur penipuan paling bangsat ini tidak benar. Sejarah Bahasa Melayu dapat dijejak seawal kewujudan bahasa Proto-Austronesia itu wujud pada kira-kira 2000 SM.

Kemudian, bahasa ini berevolusi kepada Melayu Kuno sekurang-kurangnya pada abad ke-7 Masihi dengan penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit milik Empayar Melayu Srivijaya sekiranya kita mahu menolak penemuan Batu Beraurat Dong Yen Chau pada abad ke-4 Masihi sebagai rekod terawal Bahasa Melayu Kuno. Ciri-ciri yang ditempatkan pada Bahasa Melayu Kuno ini adalah ia banyak dipengaruhi oleh pengaruh Bahasa Sanskrit.

Apabila kemasukan Islam ke Tamadun Melayu, ia membawa juga pengaruh Bahasa Arab dan Parsi yang banyak membawa revolusi besar kepada Bahasa Melayu lalu mewujudkan fasa Bahasa Melayu Klasikal yang banyak kita baca dalam hikayat-hikayat Melayu. Fasa Bahasa Melayu Klasikal ini tidak bermula pada awat atau lewat abad ke-20 sebaliknya bermula pada abad ke-14 sehinggalah ke abad ke-18 Masihi. Pada abad ke-18 inilah transaski Bahasa Melayu Klasikal mengambil alih sehingga menjadi Bahasa Melayu moden seperti yang kita kenal hari ini pada abad ke-20!

Evolusi ini adalah perkara biasa melibatkan pelbagai bahasa di dunia. Misalnya Bahasa Inggeris mempunyai beberapa fasa dalam sejarah seperti Proto English, Old English, Middle English, Early Modern English dan Bahasa Inggeris Moden hari ini atau seperti mana Bahasa Tamil mengalami beberapa fasa evolusi tersendiri seperti Proto Dravidian, Old Tamil, Middle Tamil dan Bahasa Tamil moden hari ini. Jadi kepada Parti MIRA, berhati-hatilah dalam menyampaikan fakta sejarah anda!

9. Lebih menyedihkan apabila anda menyatakan pula bahawa suku-suku kaum di Alam Melayu akhirnya menerima diri sebagai Melayu apabila menyedari mereka adalah pelarian berdasarkan kata-kata bahasa Jawa. Ini agak pelik kerana betapa sebenarnya penduduk Melaka sudah dikenali sebagai Melayu. Contohnya dalam catatan Portugis banyak merujuk kepada bahasa penduduk Melaka sebagai Bahasa “Melayu”.

Pada tahun 1524, dalam daftar perkataan dalam Vocaboli de Questi Popoli Mori, perkataan ke-334 ialah Al Parlare de Malaca ‘Apakah bahasa orang Melaka’, dan Antonio Pigafetta merakamkan orang Melayu menyebutnya sebagai ‘chiara-malaiu’! Chiara Malaiu boleh jadi ‘bicara Melayu’. Jadi pada zaman itu, orang-orang di Melaka dan sekitarnya bercakap ‘chiara malaiu’.

Kemudian, karya Emanuel Godinho de Eredia yang berjudul Declaracam de Malaca e da India Meridional com Cathay yang bermaksud ‘penerangan berkenaan Melaka dan Meridional India dan Cathay’ telah ditulis pada tahun 1613 dan menerangkan dengan selengkapnya berkenaan bangsa Malaio dari Hujung Salang ke Teluk Ramunia di Selatan Johor (Ujong Tanah), Laut Melayu yang merangkumi Selat Melaka dan Laut Cina Selatan hari ini, dan raja-raja Melayu.

Bukankah ia satu rekod yang meletakkan bahawa orang Melayu sudahpun dikenali dengan nama Melayu sejak abad ke-16 dan ke-17 Masihi, tak ada kena mengena dengan hipotesis masuk todi yang mengatakan bahawa mereka menggelar diri mereka sebagai Melayu hanya kerana menyedari diri sebagai “pelarian”. Kalau sebegitu, tentunya bangsa paling banyak berlari dalam sejarah iaitu Bani Israel menggelar diri mereka sebagai bangsa “pelarian” namun ia tidak pernah berlaku atau kononnya ia adalah istilah yang diwujudkan oleh UMNO semata-mata.

10. Adapun saya nak menegur anda apabila mengatakan apabila suku-suku Nusantara ini dikelompokkan sebagai rumpun Melayu sebagai usaha UMNO untuk memberikan mereka sttaus Bumiputera, padahal semangat Malay Race ini sudah wujud lama sebelum wujudnya UMNO.

11. Seorang intelektual Filipina, iaitu Wenceslao Vinzons, menubuhkan organisasi Pan-Malayan Union atau ‘Perhempoenan Orang Mellayoe’ pada tahun 1930-an dahulu untuk “…menggalakkan pengajian sejarah, tamadun dan kebudayaan bangsa Melayu dan memperkembangkan sentimen persatuan dalam kalangan bangsa-bangsa berkulit sawo matang.”

Pan-Malayan Union oleh Wenceslao Vinzons ini turut melibatkan Presiden Filipina iaitu Diosdado Macapagal (1961-1965) dan juga Senator Ahmad Domocao Alonto. Jose Rizal, antara pendiri semangat nasionalisme Filipina, dicatatkan pernah menggerakkan sebuah pergerakan yang berasaskan Melayu. Lalu, Jose Rizal pun mengumpulkan seluruh anak ‘Melayu’ dari Filipina, Dutch East Indies, Semenanjung dan Borneo di sebuah kota bernama Paris. Revolusi cetusan Jose Rizal ini sebenarnya mahu membebaskan seluruh bangsa Melayu daripada belenggu penjajah dan menubuhkan sebuah negara berpaksikan tamadun Melayu.

Dalam fakta lain pula yang berkaitan dengan penubuhan nama bangsa Melayu ini, dalam Around The World With A King tulisan William N. Armstrong (1904), pada halaman 126 tercatat, ketika Raja Kalakaua dari Hawaii bertemu dengan Raja Chulalongkorn dari Thailand pada lewat bulan March tahun 1881, raja Hawaii ni dengan bangganya mengatakan bahawa sesungguhnya orang Polinesia ini ada darah MELAYU! Maka jawab raja Thailand itu, orang Thailand pun ada darah Melayu juga!

Ini bermaksud semangat Bangsa Melayu bukanlah ciptaan UMNO semata-mata, ia sudah wujud sejak sekian lamanya lagi, yang mengambil semangat keserumpunan dalam keluarga penutur Austronesia itu sendiri.

12. Selain itu, kepincangan untuk meletakan orang Melayu pendatang dibariskan pula dengan memetik beberapa suku kaum lain sebagai pribumi sebenarnya yang tanpa parti MIRA sedar sebenarnya membawa kepada pembuktian secara tidak langsung bahawa orang Melayu ialah pribumi di Malaysia. Perhatikan ayat di bawah:

“Only the Negrito, Jekun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi, and other indigenous people groups (like the Kadazandusuns, Ibans and Bidayuhs).”

Analisis filogenetik menggunakan penanda SNPs telah meletakkan Orang Asli Semang dan orang Melayu pada cabang yang lebih awal berbanding populasi di Asia Timur yang secara langsung menunjukkan bahawa Orang Asli Semang dan Melayu adalah satu populasi yang lebih “awal” berbanding populasi di China dan Taiwan.

Kajian yang dilakukan ke atas 10 sub-etnik Melayu (Kelantan, Bugis, Banjar, Jawa, Acheh, Minang, Mendeleng, Rawa, Champa dan Pattani) menggunakan DNA mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu DNA mitokondria menunjukkan sejumlah orang Melayu juga mempunyai DNA mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun dan turut berkongsi haplogroup (kumpulan DNA mitokondria) yang sama dengan Orang Asli.

Dalam masa yang sama, suku seperti Jakun dan Orang laut dikenali sebagai Proto-Melayu manakala Kadazansudun, Iban dan Bidayuh dianggap sebagai serumpun dengan orang Melayu dalam keluarga Bahasa Austronesia. Melalui dapatan-dapatan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa perbuatan untuk mengatakan bahawa orang Melayu pendatang secara tidak langsung mengatakan juga bahawa semua suku-suku kaum di atas sebagai pendatang.

13. Kesimpulannya, Pari MIRA adalah penyeleweng sejarah yang berlindung disebalik nama mahu mempertahankan hak kaum minoriti, tetapi mereka sebenarnya ekstremis yang berniat untuk menganggu kestabilan yang dicapai melalui kontrak sosial antara orang Melayu dan bangsa lain, bahkan dengan tidak tahu malunya, mahu mencabar hak 153 orang Melayu dengan membuktikan bahawa orang Melayu adalah PENDATANG!

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.