Siri televisyen Loki menunjukkan yang Marvel sudah bersedia untuk keluar daripada kepompong daring, fun dan heroic. Mereka sedang menjelajahi alam garisan masa yang rumit lagi menggilakan.

Kerana garisan masa boleh membuka jendela baru yang bukan saja menentukan masa lampau tetapi juga masa hadapan dan masa yang tidak berlaku. Itu yang berlaku dalam Loki.

Ceritanya senang saja: pihak Avengers memang ditakdirkan untuk kembali ke masa lampau. Tetapi Loki tidak patut mengambil Space Stone (Tesseract) dalam Avengers: Endgame.

Tindakan Loki telah mengganggu imbangan aliran masa. Kerana Loki tidak ada iltizam macam Avengers. Selepas selesai misi, Avengers nekad mengembalikan objek dipinjam untuk memastikan aliran masa kekal sama. Loki tidak.

Beliau buat ikut suka. Jadi “polis masa” masuk campur. “Polis masa” ini pula sangat licik. The end justifies the means jenisnya. Tidak kisah apa jadi. Jika orang pergi buat selamanya sekalipun, itu hanya harga kecil untuk menyelamatkan Alam Semesta yang sedang diαncαm alam semesta lain.

“Polis Masa” ini berada dibawah pengawasan seorang ketua bernama Nathaniel Richards yang digelar He Who Remains. Senang cakap, Richards memang cerdik orangnya yang berasal daripada Abad Ke-31. Beliau berjaya membuka pintu ke alam semesta lain (alternate universe) dan bertemu dengan dirinya dalam alam tersebut. Pada mulanya, Richards bertukar-tukar ilmu sesama sendiri.

Tetapi terlalu banyak pintu dibuka. Dan Richards mula berdepan dengan jenis dirinya daripada alam lain, yang lebih merbαhαyα.

Salah seorang jenisnya adalah Kang the Conqueror, yakni seorang antagonis paling menakutkan dan jauh lebih teruk daripada Thanos. Maka mereka pun berperαηg dan akhirnya Richards berjaya mengunci Alam Semesta induk yang selamat daripada sentuhan Richards lain.

Memahami Konsep Ini

Dalam alam realiti, garisan masa adalah satu perkara yang unik. Kerana bertrilion kehidupan (manusia, haiwan, serangga dan sebagainya) memainkan peranan di dalamnya.

Cuma bayangkan Timur Tengah andainya Saddam Hussein tidak membuat hal. Bayangkan dunia ini jika Jerman kekal sebuah empayar. Bayangkan tiada COVID-19 (dan Donald Trump menang pilihan raya).

Semua bayangan ini boleh diketepikan seolah-olah mengarut. Apa yang berlaku itu berlakulah. Namun itulah konsep dibawa Loki. Ia dianggap mengarut kerana setakat ini tiada pintu boleh menghubungkan antara dua (atau lebih) garisan masa. Ia juga dianggap mengarut kerana berlandaskan sejarah.

Namun kalau tengok dari saat ini, lain jadinya.

Bayangkan anda berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan 10 hingga 20 tahun akan datang, anda berjaya. Berhenti sekejap dan bayang – apa akan berlaku jika anda tidak berusaha langsung? Apa nasib anda?

Selain Perdana Menteri, cuba bayangkan anda keluar negara dan tukar kewarganegaraan. Fikir pula apa akan berlaku jika anda tidak berbuat sedemikian.

Ini adalah cerita anda seorang. Belum lagi melibatkan bertrilion di Bumi ini. Sebab itulah konsep garisan masa ini menarik.

Permasalahan sekarang adalah, belum ada cara untuk menguji kewujudan alternatif dalam alam semesta ini. Kerana ia melibatkan aliran masa. Avengers berpatah balik masa dan memastikan alirannya kekal.

Maka alam semesta pun kekal. Loki mengubah alam semesta dengan cara membuat sesuatu yang tidak patut dibuat. Maka ada alam semesta baru terjadi.

Teori ini sudah lama menjadi perbualan hangat dalam dunia fizik. Malah sebelum Marvel menjelajahinya, ia sudah popular. Namun Marvel berjaya menunjukkan apa yang bakal berlaku. Dengan erti kata lain, cuba bayangkan ada jendela yang menghubungkan dua alam semesta yang mana ada dua Amerika Syarikat, dua Kesatuan Eropah, dua China, dan dua Dr Mahathir.

Tentu sekali semua boleh bayang kesinambungan di sebalik imbangan alam ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.