Memahami Mutasi Virus Covid-19

468

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Terdapat banyak hikmah di sebalik penularan COVID-19. Sekurang-kurangnya ramai sekarang ingin mendalami ilmu sains, oleh kerana pengetahuan ini menjadi sebahagian daripada cara hidup.

Semua orang mengenali haiwan di depan mata. Tetapi bukan semua tahu tentang makhluk halus, yang berada di sungai, darat dan laut. Dalam bahasa saintifik, makhluk halus ini digelar organisma mikroskopik (mikroorganisma).

Sains telah mengenal pasti jenis mikroorganisma: alga, bak-teria, kulampair, kulat, protozoa, prion dan virus. Setiap mikroorganisma dibezakan dengan klasifikasi saintifik yang mendalam.

Semua spesis mempunyai ciri-ciri tersendiri, terutamanya saiz. Thiomargarita namibiensis iala bak-teria paling besar, dengan diameter antara 0.1 hingga 0.3 milimeter (Cox, 2007).

Thiomargarita namibiensis

Sebatang pembaris boleh memberi gambaran betapa halusnya mikroorganisma ini. Namun, ia merupakan sebuah gergasi kalau dibandingkan dengan nanoarchaeum equitans yang mempunyai saiz 0.0004 milimeter (Randau, 2012).\

Nanoarchaeum equitans

Di sini jelas bahawa bak-teria dan virus merupakan dua jenis berlainan. Kajian mengenai bak-teria telah bermula seawal 1800-an lagi, apabila Louis Pasteur dan Robert Koch antaranya membuka jendela baru tentang bak-teria.

Lebih kurang 200 tahun kemudian, hari ini, ilmu sains sudah cukup ampuh hingga boleh faham tentang sesuatu mikroorganisma begitu pantas.

Manusia dan bakteria mempunyai hubungan yang sangat luas. Pengeluar susu menggunakan bakteria lactobacillus bulgaricus dan streptococcus thermophilus untuk membuat yogurt (Hadhazy, 2012).

Tetapi ada masa pula, manusia pula jatuh sa-kit kerana jang-kitan bakteria (Davis, 2020). Jadi mereka wujud dalam persekitaran yang sangat luas, serta fungsi berlainan.

Virus walau bagaimanapun mempunyai fitrah jauh berbeza. Disebabkan virus terlalu halus, mungkin sukar untuk faham tentang kehidupan mereka. Oleh itu, wajarlah ambil cacing pita sebagai contoh.

Semua jenis cacing ini mempunyai hidup yang menyusahkan organisma lain. Dalam usus manusia, cacing pita boleh menyebabkan komplikasi hingga menjejaskan hati, jantung dan otak (WebMD, n.d.). Cacing pita wujud dalam perut tanpa memberi manfaat kepada manusia langsung. Malah mereka menjejaskan lagi.

Inilah kehidupan pa-ra-sitisme, yang difitrahkan pada virus. Megavirus ialah jenis paling besar. AAV pula merupakan virus DNA 20 kali ganda lebih kecil berbanding nanoarchaeum equitans.

Jadi virus hidup berkeluarga besar, lain sesama sendiri seperti bakteria. Dan virus juga boleh menjang-kit pada bakteria (Orlova, 2009).

Fitrah Alam Di Sebalik Mutasi

Dalam biologi, mutasi merujuk pada perubahan pada susunan nukleotida sesuatu mikroorganisma. Dari segi bahasa mudah, sesuatu mikroorganisma mengubahkan DNA sendiri atas tujuan tertentu.

Dari segi bahasa kampung pula, makhluk halus bertukar rupa untuk melawan dukun yang mengganggu. Guna bahasa bola sepak pula, tukar pengurus apabila kelab dalam masalah.

Kadang mutasi menjadi Manchester United (kena bermutasi berkali-kali baru dapat rentak, itupun belum tentu lagi).

Kadang mutasi menjadi Liverpool (menang liga sekali sebab kelab lain jatuh).

Kadang mutasi menjadi Arsenal (tidak perlu jelaskan kerana semua tahu).

Penting sebenarnya untuk semua lapisan masyarakat faham tentang mutasi. Analogi bola sepak sememangnya tidak begitu tepat, tetapi boleh memberikan gambaran ringkas tentang proses mutasi itu sendiri.

Bakteria dan virus mengharungi proses mutasi atas keperluan. Bakteria bermutasi untuk hidup apabila dalam masalah.

Hari ini COVID-19 menjadi punca kenapa semua ingin tahu tentang mutasi. Secara ringkas, proses mutasi membantu COVID-19 dari segi pertumbuhan dan kebolehjang-kitan.

Tetapi COVID-19 sebenarnya bermutasi secara perlahan (Rossman, 2020). Malah COVID-19 siap membuat bagaikan proofread setiap kali menular (Smith, et al., 2014).

Sekalipun perlahan, jenis mutasi COVID-19 terbukti lebih mer-bah-aya. Jenis D614G pernah menjadi kuasa dominan dalam penularan COVID-19, dan sekarang ini B117 dan 501V2 pula sedang menyusahkan pihak hospital.

Katanya B117 boleh menular 70 peratus lebih pantas. Andainya COVID-19 biasa menular pada 1,000 orang; B117 boleh menj-ang-k-iti 700 orang lebih ramai.

Kredit: Breakthroughs (https://www.breakthroughs.com/advancing-medical-research/how-do-viruses-mutate-and-what-it-means-vaccine)

Proses mutasi sudah menjadi pengetahuan asas bagi semua pakar mikrobiologi. Jadi semasa menjalankan penyelidikan untuk membuat sebuah vaksin, mutasi menjadi fokus utama.

Tiada guna jika sebuah vaksin berjaya dibuat, tetapi COVID-19 pula berubah arah. Pfizer dan BioNTech berpakat untuk menyiapkan Tozinameran, yang kini dijenamakan sebagai Comirnaty.

Dengan pantas mereka berjaya menyiapkan sebuah vaksin yang selamat dan berkesan.

Baca: https://www.thepatriots.asia/amboi-cepatnya-vaksin-covid-19-ni-siap/

Mereka menjalankan kajian sampingan untuk mengenal pasti kebolehan Tozinameran untuk menandingi B117 dan N501Y.

Berkali-kali mereka uji. Dapatan mereka tetap konsisten, bahawa B117 dan N501Y tetap kalah pada Tozinameran (CNA, 2021).

Dua dos Tozinameran yang dijarakkan selama beberapa minggu tetap menghasilkan imuniti dan mengekang penularan COVID-19. Sebelum ada yang berkonspirasi, ketahuilah B117 sudah wujud sejak September 2020 lagi.

Di sini jelas bahawa COVID-19 sentiasa bermutasi untuk menggandakan kadar penularan. Hanya vaksin sahaja boleh menewaskannya, kerana badan akhirnya diajar cara untuk menghalang penularan.

Kerajaan Malaysia sudah meluluskan penggunaan Cominarty, yang terbukti selamat.

Baca: https://www.thepatriots.asia/setakat-ini-16-juta-orang-dah-divaksinkan/

RUJUKAN:

CNA. (2021, Januari 8). BioNTech says COVID-19 vaccine ‘neutralises key mutation’ in UK, South Africa strains.

Cox, R. (2007). Thiomargarita namibiensis: King of the Bac-teria. Missouri ST.

Davis, C.P. (2020, April 21). Bacterial (ditapiskan) 101. On Health.

Hadhazy, A.T. (2012, November 4). Is yogurt really good for you? Live Science.

Orlova, E.V. (2009). How viruses (ditapiskan) bacteria? EMBO J. 28 (7): 797-798.

Randau, L. (2012). RNA processing in the minimal organism Nanoarchaeum equitans. Genome Biology. 13 R63.

Rossman, J. (2020, Disember 9). COVID-19: Is the virus mutating? Science Focus.

Smith, E.C., et al. (2014). Thinking outside the triangle: replication fidelity of the largest RNA viruses. Annual Reviews.

WebMD. (n.d.). Tapeworms in Humans.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.