“Setiap kerajaan dan tamadun di dunia akan bangkit dan jatuh, bila perpaduan dalam ummah jadi longgar,” – Ibnu Khaldun

Dalam beberapa hari ni, aku cuba membaca falsafah dari Zaman Keemasan Islam, dan aku mulakan dengan buku Ibnu Khaldun, yang berjudul Al-Muqadimmah.

Aku tertarik dengan buku ni selepas aku membaca buku Fates of Empire, oleh Sir John Glubb, yang kata dia mendapat inspirasi menulis buku ini dari buku Ibnu Khaldun.
Jadi kalau orang kafir pun mengambil buku ni dengan serius, takkan aku yang Islam ni tak baca buku ni kan?

Dalam buku ini, aku tertarik sebab banyak ilmu sosiologi dan ekonomi yang ditulis oleh Ibnu Khaldun, yang sebenarnya lagi awal dah dicakap berbanding ahli falsafah Eropah macam Immanuel Kant, John Keynes atau Sir John Glubbs.

Basically dia bercerita tentang jatuh bangun setiap ketamadunan dan empayar. Dia dilahirkan di Tunis, pada 1332, 74 tahun selepas Empayar Khalifah Abbasiyyah dijatuhkan tentera Mongol.

Kesannya adalah perpecahan antara negara-negara kecil Muslim, seperti Mamluk, Seljuk, dan Fatimid.

Keluarganya mati akibat wabak, jadi hidupnya mengembara bersama para ilmuwan sehingga dia menjadi pembesar di Cordoba.

Dalam tulisannya, ibnu Khaldun ada bercakap tentang assabiyah atau dalam konteks sekarang, nasionalisme. Menurut dia, “tidak ada kuasa manusia yang wujud tanpa assabiyah”.

Apa yang aku dengar pasal assabiyah selama ni adalah dalam konotasi negatif, macam assabiyah ni macam satu form of racism atau tribalism lah.

Aku selalu dengar “jangan kita jadi assabiyah”, tapi aku selalu terima ayat tu, tanpa faham apa itu assabiyah.

Menurut Ibnu Khaldun, assabiyah ini adalah essence kepada sesebuah ketamadunan itu, bermakna, sesuatu puak itu yang berkongsi identiti, sama ada bahasa, budaya, agama atau berkongsi spektrum pemikiran yang sama.

Contohnya macam kaum Latin yang mengasaskan perkampungan di tebing sungai Tiber, yang dipanggil Roma, yang berkembang dan lama-lama menjadi tamadun yang menguasai seluruh Laut Mediterranean.

Atau bila pelarian perang Melaka-Portugis mendirikan perkampungan di tebing Sungai Johor, yang mendirikan Empayar Johor dan kembali menguasai semula perairan di Selat Melaka walaupun kehilangan Melaka.

Semua berasal dari satu kumpulan yang kecil, yang kemudian semakin besar dan meluas.
Dalam tulisan lama aku pasal jatuh bangun ketamadunan, Sir John Glubbs kata ada lapan peringkat empayar. Tapi dalam Ibnu Khaldun, dia kata ada tiga. Mungkin versi Ibnu Khaldun lebih simplified dan tidak sedetail Sir John Glubbs ni.

Menurut Ibnu Khaldun, terdapat tiga jenis generasi iaitu generasi pertama, ialah generasi terawal yang mendirikan tempat tu, yang ada hubungan assabiyah yang rapat.

Generasi ini samalah dengan generasi yang dipanggil The Age of Pioneers dalam buku Sir John Glubbs tu. Generasi ini biasanya mempunyai musuh dari luar (external threat), dan mereka bersatu padu menentang melawan musuh luar ini.

Generasi kedua pula ialah generasi yang sudah mewah, yang sudah menjadi kaya, tapi masih mempunyai hubungan yang rapat dengan generasi pertama (Pioneers) ni. Pada masa ini, bila dah jadi terlalu kuat, musuh bukan datang dari luar, tapi dari dalam.

Generasi yang kedua ni dalam buku Sir John Glubbs ni dipanggil The Golden Age, atau generasi di kemuncak empayar. Pada masa ini bila dah jadi terlalu kuat dan takde pesaing dengan tamadun lain, mereka mula berlawan sesama sendiri.

Generasi ketiga pula, menurut ibnu Khaldun adalah generasi yang dah melupakan langsung jatidiri, lalu menjadi lemah akibat perpecahan dalaman yang semakin serius, disamping bila dah jadi terlampau senang sampai lupa dah perjuangan generasi pertama.

Dan perpecahan ini akan menyebabkan tamadun itu mula jatuh dan pada akhirnya dijajah orang lain, sebelum nanti akan bangkit melawan semula seperti generasi pertama.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.