Untuk pengetahuan, sejak kami menuliskan artikel mendedahkan mengenai kepincangan sebuah forum yang mendakwa yang bukan-bukan mengenai tamadun orang Melayu di Asia Tenggara, terus kami dihujani mesej yang menderu masuk oleh golongan fanatik sejarah Chola. Antara mesej yang masuk adalah di bawah, memanggil kami untuk mempertahankan sejarah Melayu.

Pertama, kami tidak pernah berniat mahu mengatakan bahawa bangsa kami sebagai superior. Tidak sama sekali timbul isu tersebut kerana kami bukanlah puak-puak fasis seperti Chola yang merendahkan sejarah dan bangsa orang lain dengan pendakwaan tidak berasas pada tamadun silam mereka. Buktinya, segmen Kronikel Dunia yang memaparkan sejarah dunia PELBAGAI BANGSA berjaya mencatatkan jumlah setinggi 594 berbanding sejarah Alam Melayu yang sekadar mempunyai 521 rencana. Bukankah ini bukti kami adil dan saksama dalam membentangkan sejarah Melayu tanpa ada niat merasakan sejarah kami superior?

Bandingkan dengan mata kepala anda.

Sebaliknya dalam tuduhan geng Chola yang mengatakan bahawa kami ini berlagak Superior ke atas bangsa Melayu, mereka yang sebenarnya berasa superior. Buktinya, lihatlah bagaimana jalangnya pengguna akaun facebook di atas yang terus menyerang isu tulisan orang Melayu pula. Dalam dakwaan itu, orang Melayu digambarkan sebagai tidak bertamadun kerana tidak memiliki tulisan sendiri. Jawi pulak cuba dinafikan haknya. Jadi, mari bersama kami menyelami tulisan Melayu yang pernah digunakan dalam sejarah, dan dalam masa yang sama, kita akan menyelami sejarah sistem-sistem tulisan di dunia.

Sebenarnya, kalau isu originality tulisan itu sendiri yang menjadi persoalannya, maka izinkan saya katakan bahawa kita orang Melayu dan Tamil tidak harus berbangga pada setiap tulisan mereka, kerana pakar epigrafi dari seluruh dunia telah sepakat mengatakan bahawa hanya ada 5 buah sistem tulisan sahaja yang merupakan sistem tulisan paling asli di dunia. Malangnya dalam senarai 5 tulisan ini; Cuneiform, Mesir Purba, tulisan Lembah Indus, tulisan bangsa Maya dan tulisan Cina; tidak tersenarai langsung tulisan Tamil sebagai tulisan paling asli. Adapun, setiap tulisan yang datang terkemudian adalah dipengaruhi 5 tulisan paling asli ini.

Contohnya apabila bercakap mengenai tulisan Tamil, leluhur kepada Tamil ialah tulisan Brahmi, yang berasal daripada tulisan Aramaic yang kemudian dapat dijejak sehingga ke tulisan bangsa Phoenicia yang juga merupakan nenek moyang kepada tulisan Latin yang kita pakai sehingga hari ini. Lebih mendalam, tulisan Phoenicia ini dapat dijejak ke tulisan Mesir Purba yang didabik sebagai tulisan paling purba dunia yang telah melahirkan pelbagai tulisan di dunia.

Adapun kalau saudara nak menafikan kewujudan Jawi sebagai aksara purba orang Melayu, apa kata saya perkenalkan tulisan Rencong yang merupakan salah satu sistem tulisan yang pernah digunakan oleh orang Melayu. Sebagai contoh, saya kongsikan dalam gambar di bawah yang merupakan sebuah catatan Melayu dalam tulisan Rencong mereka. Tulisan dalam gambar di bawah adalah sebuah puisi Sufi bertajuk Syair Perahu yang merupakan sebuah perbahasan hebat mengenai sebuah konsep Wahdatul Wujud

Sumber: British Library.

Di bawah ialah sebuah perkongsian mengenai manuskrip rencong yang dipahat di atas sebuah buluh yang bertajuk tembai dan teremba dan kalau ia diterjemahkan akan membawa maksud Anjut parahu dari ulu / pisang rukama kanan pari / tambai kutahu dari guru / taraba kapun barahi yang membawa kisah keadaan roh di alam roh. Manuskrip di bawah diyakini berasal dari abad ke-19 Masihi.

Sumber: British Library.

Adapun, sudah tentu apabila saya membangkitkan mengenai aksara rencong, tanpa menyentuh langsung saudara sistem tulisan ini seperti aksara Lampung yang turut digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu, bermaksud tulisan ini tulisan paling asli. Seperti mana aksara-aksara lain suku-suku dan bangsa lain di Austronesia, aksara Pallava yang pernah digunakan oleh orang Melayu yang suatu masa dahulu adalah pengganut agama Hindu-Buddha.

Rencong berasal dari sistem tulisan Pallava yang merupakan anak kepada tulisan Brahmi. Tulisan Brahmi ni tulisan bagi Bahasa Sanskrit di benua India. Jadi sebelum kedatangan Islam, orang Kepulauan Melayu yang menerima budaya Hindu-Buddha pun menggunapakai tulisan Pallava.

Batu-batu bersurat kuno kebanyakan dalam tulisan Pallava. Dari Pallava datangnya tulisan Kawi yang kemudian berevolusi jadi tulisan Sunda, Jawa, Lontara (Bugis) dan Rencong (Melayu Sumatera). Begitu juga dengan bangsa-bangsa Asia Tenggara yang lain (Siam, Khmer, Lao, Burma), semua mencipta tulisan sendiri berdasarkan Pallava termasuklah suku Batak yang anda petik turut mempunyai sistem tulisan mereka tersendiri.

Selepas kedatangan Islam, orang Melayu mula mengadaptasi tulisan Arab dalam bentuk Jawi. Bukan meniru Arab 100%, sebab dalam tulisan Arab tiada huruf yang boleh mengekspresi bunyi “c”, “p”, “g”, “ng”, “v” dan “ny” dalam Bahasa Melayu, jadi orang Melayu menambah 6 huruf baru dalam Jawi. Ada yang kata 6 huruf tu datang dari Parsi, ada yang kata datang dari Yaman, tapi ia sememangnya “indigenous sounds” yang dah wujud dalam Bahasa Melayu.

Orang Melayu mencipta tulisan Jawi bukanlah atas alasan “Arabisasi” tetapi lebih kepada “Islamisasi”. Tulisan lama sudah tak mampu untuk mengekspresi kosa-kosa kata (vocabulary) baru ekoran pengaruh budaya Islam dalam Tamadun Melayu. Lagipun pada waktu pengadaptasian tulisan Jawi, Bahasa Melayu telah berevolusi daripada Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik, di mana tulisan Pallava dan tulisan Rencong-Lampung tidak mampu lagi untuk mengungkapkan kata-kata baru yang datang daripada Bahasa Arab ini.

Perkara ini bukanlah perkara asing dalam pelbagai tamadun. Anda boleh lihat pada Tulisan Korea (Hangul) yang turut berkongsi sejarah yang unik dengan tulisan orang Melayu. Tulisan ini diadaptasikan daripada tulisan rasmi Empayar Mongolia iaitu tulisan Phagspa. Kenapa Mongolia? Kerana Mongolia pernah memerintah Korea dari tahun 1270 hingga 1356. 90 tahun kemudian, Raja Sejong dari Dinasti Joseon mencipta Hangul berdasarkan tulisan Phagspa.

Semoga infografik di bawah dapat menjawab persoalan yang membelenggu mengenai asal-usul setiap tulisan di dunia.

Akhir kata daripada saya, tiadalah yang memalukan apabila orang Melayu menggunakan tulisan Jawi kerana ia adalah proses biasa yang berlaku dalam sekitar ketamadunan-ketamadunan dunia. Jadi, pengunaan tulisan Jawi bukanlah lambang bahawa orang Melayu tidak bertamadun, malah tulisan Jawi ialah sebuah tulisan paling intelektual yang pernah digunakan oleh orang Melayu kerana daripadanya, lahirlah beribu-ribu manuskrip agung dari pelbagai bidang yang sehingga hari ini, tidak pernah lekang dari menimbulkan takjub pada jiwa pengkaji di seluruh dunia.

Oh ya, akhir sekali, jangan lupa untuk beli buku kami iaitu JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU kerana anda akan berjaya mengelakkan diri anda daripada “dikencing” oleh para penyeleweng-penyeleweng sejarah ini.

Pautan pembelian: https://goo.gl/4XmGuR

Cara pembelian (bagi mereka yang tidak pernah membeli atas talian seperti mana di Lazada, Shopee etc):

http://bit.ly/carabelibuku


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.