Monopoli Srivijaya runtuh bukan sebab serangan Chola yang fake (padahal berbentuk jarahan sahaja) itu, sebab dalam rekod Zhū fān zhì era dinasti Song sekitar pada tahun 1225 Masehi,  menyatakan Srivijaya antara wilayah terkaya di Asia Tenggara.

Yang trivianya… masa tu negeri Chola adalah paling lemah, miskin dan kena jajah dengan Pandya, siap kena bayar ufti. Sekali tu tak bayar ufti, Pandyan terus serang Chola dan pemerintah dia, Rajaraja Chola III melarikan diri. Akhir sekali kena tangkap oleh ketua wilayah Kudalur yang dahulunya dibuli oleh Chola. Raja Chola tu dipenjarakan dan ketua wilayah tu siap pasang title “Solanai-sirai-yittu-vaittu Solanadu-konda Alagiyasiyan” yang bermaksud “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola.” Brutal gila.

Berbalik kepada topik, yang buat dominasi Srivijaya pecah sebab polisi baru kerajaan Song Selatan yang tidak lagi mengamalkan polisi ‘network’ tetapi pasaran bebas, yang mana setiap kerajaan bebas berdagang dengan China. Maksudnya, customer boleh pergi kilang terus, tak payah borong melalui ejen.

Srivijaya pun tak boleh survive sebab rangkaian perdagangan dia dah tak relevan. Lepas tu, semua seaport bawah dia mula nak hantar duta masing-masing ke China, nak open table.

Tetapi. . .

Yang anehnya, selepas bertahun-tahun kejatuhan model Srivijaya, Kesultanan Melaka rilek boleh bukak balik network di Selat Melaka dan macam magnet, tarik semua perdagangan berkumpul di pelabuhan dia.

Bagaimana caranya Kesultanan Melaka dominasi Selat Melaka sekali lagi dan jerat Dinasti Ming supaya main peranan macam dinasti-dinasti sebelum polisi pasaran bebas?

Apa model perdagangan yang dia pakai?

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world.”-Duarte Barbossa

Baca kat atas tu. Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah pedagang borong terbesar dan banyaknya aktiviti perkapalan yang boleh ditemui serata dunia.

Ada orang yang bila kaji sejarah Melayu, dia suka fokus pada raja-raja Melayu yang berfoya-foya, main perempuan dan 1001 keburukan lagi yang dicari-cari dalam hikayat. Suka berangan dan berpenglipurlara lepas tu nowhere.

Tapi cer rilek jap… cuba fikirkan perkara ini. Luaskan minda. Cuba study benda ni secara teknikal. Ada benda-benda yang merupakan ‘hidden gems’ dalam sejarah Melayu dan kamu tidak nampak sebab terlampau berfikiran sempit.

Selat Melaka adalah selat paling tersibuk di dunia. Fikirkan bagaimana nak survive bila berduyun segala bangsa cuba merebut mangkuk emas bawah punggung kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

1 Comment

Leave A Reply