Sejak zaman-berzaman, jika terdapat ketikanya orang Melayu yang melakukan khianat atau belot pada perjuangan, terutamanya dalam politik, kita sering merujuk mereka sebagai “Si Kitul”, watak khianat yang sering disebut kononnya mengkhianati Melaka tatkala Portugis datang menyerang.

Bahkan, Kitul juga sentiasa dirujuk sebagai seorang Melayu, dan lebih teruk adalah seorang Melayu yang khianat kepada Melaka sendiri, kerajaan dan kesultanan milik orang Melayu.

Ada dua mitos yang perlu dibongkarkan tentang kepalsuan ini, berdasarkan apa yang termaktub jelas di dalam Sejarah Melayu pada Gambar 1.

Gambar 1.

1. Kitul BUKAN seorang Melayu. Di dalam Sejarah Melayu, dia disebut sebagai Keling dan datang dari India, merupakan keluarga kepada seorang saudagar Keling beragama Hindu, iaitu Nina Sura Dewana.

2. Kitul TIDAK TERLIBAT dalam komplot mengkhianati Melaka menjelang, atau semasa Portugis datang menyerang kerana dia dan seluruh keluarganya telah mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah atas kesalahan memfitnah Bendahara Seri Maharaja menerima rasuah daripada Nina Sura Dewana.

Di sini jelas bahawa frasa “Kitul adalah pembelot orang Melayu” adalah salah dan bohong sama sekali.

Namun, adalah amat perlu dinyatakan sebenarnya bahawa ada tiga watak yang disebut secara khusus membantu Portugis, seperti dinyatakan di dalam Portuguese Documents from 1509 to 1511 oleh MJ Pintado.

Gambar 2.

1. Nina Chatu, iaitu seorang saudagar yang disebut sebagai “Quelins”. Di dalam Portuguese Documents from 1509 to 1511, Nina Chatu disebut sebagai Keling, ketua kepada komuniti Keling (dari benua Kalinga) dan ketika Portugis tiba, dia memimpin komuntii Keling ini di Upeh, Melaka. Dia menjadi perantara di antara Rui de Araujo, membawa khabar dari penjara dan mendedahkan maklumat tentang perincian pertahanan Melaka bersama utusan ke kapal Portugis yang lepas lari dari pelabuhan Melaka, dan kemudian membawa Albuquerque datang bersama armada Portugal menyerang Melaka. Penglibatan, sebab dan ganjaran yang diterima Nina Chatu diterangkan lanjut pada Gambar 2.

Gambar 3.

2. Utimurtiraja, seorang pemimpin tentera upahan Jawa. Dia menghalang tentera pimpinannya dari terus menerima arahan dari Sultan Melaka untuk membuat gerakan serangan semasa Melaka diserang Portugis buat kali kedua, memastikan Melaka jatuh ke tangan Portugis, selepas serangan pertama Portugis gagal menawan Melaka pada 1511. Keengganan Utimurtiraja untuk taat kepada Melaka sekalipun telah dibayar secukupnya oleh Sultan Mahmud Syah semasa Portugis menyerang dinyatakan secara khusus pada Gambar 3.

Gambar 4.

3. Pedagang Cina. Mereka meminjamkan kapal kecil, bot untuk pendaratan tentera Portugis ke pantai Melaka, dan membuat pemerhatian dan pelaporan kembali hasil serangan, mungkin pendokumentasian serangan Portugis ke atas Melaka dari kapal induk Portugis, ditulis supaya untuk dilaporkan pula kepada Maharaja China ketika itu. Gambar 4 menceritakan tawaran yang mereka beri kepada Portugis dan layanan baik kepada Portugis menjelang serangan Portugis ke atas Melaka pada 1511.

Ini bermakna, adalah amat penting untuk jika kelak ada yang menyebut bahawa “Orang Melayu sendiri mengkhianat Melayu semasa Melaka diserang Portugis”, maka sampaikan perkara ini dan bidas pembohongan mereka dengan catatan dari Portugis ini sendiri yang tidak ada padanya mencatatkan seorang Melayu atau Muslim dari Melaka mengkhianati perjuangan Melaka mempertahankan tanah air mereka.

Sesungguhnya, Melayu tidak pernah mengkhianati Melaka, tetapi amat ramai sekali Melayu yang mati mempertahankannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.