SATU hal yang amat menjengkelkan bilamana ada sesetengah pihak dari Borneo sendiri yang berhimpunnya 3 negara mendakwa bahawa KAUM MELAYU ITU PENDATANG DI PULAU BORNEO. Melayu yang bertebaran di bumi Borneo mungkin dipisahkan oleh politik dan sempadan negara namun ras-ras keturunan mahupun sejarah mereka janganlah sesekali diputarbelitkan demi survival bagi memenangkan misi songsang puak-puak terdesak ini. Puak ini sentiasa cuba menangguk di air yang keruh kerana “Melayufobia” begitu mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.

Bagi menjawab segala kenyataan dangkal puak ini, akan diperincikan setiap satunya melalui tajuk kecil berikut:

I. Melayu Proto dan Melayu Deutro di Borneo
Ii. Kerajaan Melayu Kuno di Borneo
Iii. Bahasa Melayu Asal Borneo
Iv. Pentas Sunda dan Bangsa Maritim

Melayu Proto Dan Melayu Deutro Di Borneo

Di dalam menjejaki asal keturunan kaum Melayu di Borneo, kita jangan sesekali melupakan bahawa adanya keturunan Melayu Proto di tengah-tengah masyarakat di Borneo sekarang. Masyarakat Dayak di Borneo misalnya sememangnya sudah terbukti sebagai mereka yang tergolong di dalam kelompok Melayu Proto atau Melayu Tua atau Melayu Purba sama seperti masyarakat Toraja (Sulawesi), Nias (Sumatera), Sasak (Lombok), Rejang dan banyak lagi. Golongan Melayu Proto ini sudahpun ada di Borneo pada gelombang migrasi yang pertama lagi iaitu sekitar 1500 ke 2000 SM.

Kemudian gelombang migrasi Melayu Deutro atau Melayu Muda pula mencakupi Borneo sekitar 500 tahun SM. Dari Melayu Deutro inilah timbulnya suku bangsa Banjar, Kedayan dan lain-lain. Mereka mengasimilasikan diri di dalam kelompok Melayu Proto makanya membawa seribu satu kepandaian sehingga mampu mengwujudkan ketamadunan sendiri yang berdiri megah di bumi Borneo suatu waktu dahulu. Dek kerana itulah dikatakan penempatan Melayu Proto yang pada asalnya di pesisir pantai telah beralih sehingga ke pedalaman manakala Melayu Deutro pula mengambil lokasi mereka mendiami kawasan pesisir pantai.

Kerajaan Kuno Melayu Di Borneo

Sudah terang lagi bersuluh bahawasanya kerajaan-kerajaan Melayu kuno sememangnya pernah wujud di Borneo. Tanpa kita sedari bahawa salah satu kerajaan Melayu kuno itu merupakan kerajaan paling tertua wujud di bumi nusantara. Kerajaan Kutai nama diberi merupakan kerajaan kuno yang diasaskan oleh seorang raja Melayu Proto sekitar abad 200 masihi.

Perlulah diketahui bahawa suatu waktu dahulu di bumi Borneo juga bukanlah pada asalnya Melayu itu harus beragama Islam. Malah Melayu dahulukala juga ada juga yang mengikut ajaran hindu, kaharingan dan sebagainya. Dan Kerajaan Kutai walau kerajaan Melayu adalah berfalsafahkan ajaran hindu di dalam pemerintahannya. Cuma sekitar abad ke-13 Masihi barulah kerajaan kutai telah mula memasuki fasa kerajaan Islam.

Kemudian mana mungkin menidakkan kewujudan satu lagi kerajaan dari Melayu Deutro iaitu Kerajaan Banjarmasin. Kerajaan yang gah namanya mempunyai wilayah hampir 1/3 daripada bumi Kalimantan dahulu. Ini merupakan kerajaan yang diasaskan oleh orang Banjar dengan mendapat pengasimilasian penuh daripada masyarakat dayak di Kalimantan.

Dan siapakah yang begitu sembrono mengatakan Kerajaan Brunei itu bukan kerajaan Melayu pula. Keagungan tamadun kerajaan Brunei bukanlah hanya diketahui sekarang sebaliknya sejak berdirinya satu kerajaan yang dinamakan Kerajaan Brunei Tua. Pada waktu itu Kerajaan Brunei Tua masih lagi sebuah kerajaan yang beragama Islam. Buktinya penemuan beberapa peralatan penyembahan hindu di Kota Batu yang menjadi antara artifak bersejarah bagi memperkatakan kerajaan Brunei suatu waktu dahulu.

Kesultanan Brunei Darussalam yang kita ketahui sekarang hanya wujud setelah rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Batatar memeluk agama Islam hasil daripada sokongan daripada Kerajaan Johor Tua. Dengan bergelar Sultan Muhammad Syah, baginda memainkan peranan yang amat penting di dalam penyebaran agama Islam di seluruh Borneo berdasarkan kepada pengaruh perluasan wilayahnya.

Kemudian bagi kenyataan yang menyatakan bahawa masyarakat Dayak di Borneo tidak mengetahui kekuasaan Kerajaan Brunei pula adalah satu kenyataan bidaah sama sekali. Sepanjang kekuasaan Kerajaan Brunei telah berhimpun peristiwa-peristiwa masyarakat Dayak di pedalaman turut bersama atau menentang Sultan Brunei suatu waktu dahulu.

Mungkin masih kurang kefahaman atau sengaja buat-buat lupa mengenai betapa cemerlangnya Tentera Lipan Baram yang dianggotai oleh masyarakat Dayak dari Kaum Orang Ulu Sarawak. Merekalah tulang belakang kepada Sultan Kahar suatu waktu dahulu sehingga menggunakan kekuatan Tentera Lipan Baram untuk menakut-nakutkan tentera Sepanyol. Dan pernah tidak mengetahui peristiwa Ayau Babi iaitu bagaimana masyarakat Orang Ulu pada suatu waktu dahulu dimurkai oleh Sultan Brunei kerana tersalah tanggapan mengenai hidangan yang wajar disantap oleh seorang Sultan beragama Islam.

Bahasa Melayu Asalnya dari Borneo

Jika benar Melayu itu pendatang di Borneo seperti kenyataan puak itu, mengapa pula dari segi linguistik telah dinobatkan bahawa bahasa Melayu yang kita gunapakai sekarang sebenarnya berasal daripada bahasa Melayu Proto dari Borneo. Mengikut pakar linguistik segala yang kita pertuturkan sekarang yang berbeza gelarannya mengikut negara iaitu Bahasa Malaysia untuk negara Malaysia, bahasa Indonesia untuk Indonesia dan Bahasa Brunei bagi negara Brunei Darussalam adalah asimalasi bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh masyarakat Melayu Proto asal Borneo lebih 3000 tahun dahulu.

Makanya janganlah menghairankan sekiranya banyak dialek yang ada di Borneo sekarang juga seakan-akan bunyi mahupun membawa maksud yang sama dengan mereka yang mempertuturkan bahasa Melayu secara relatifnya. Lihatlah bagaimana asimilasi bahasa itu turut ada sinonim dengan bahasa iban untuk bahasa minang, bahasa dayak berkumpai di dalam bahasa banjar serta banyak lagi. Itulah yang dinamakan asimilasi bahasa yang menunjukkan bahawa rumpun bangsanya.

Pentas Sunda Dan Bangsa Melayu Bangsa Maritim

Kita mengimbau beribu-ribu tahun dahulu bagaimana terjadinya pemisahan satu daratan yang luas sehingga berpecah-pecah menjadi pulau atau semenanjung yang kecil. Begitulah juga yang terjadi ke atas Pentas Sunda atau Sundaland yang mana menyaksikan Borneo itu terpisah dengan daratan yang lain. Manusia purba suatu waktu dahulu mungkin boleh berjalan kaki sehingga ke Australia namun sekarang hanya boleh menggunakan kapalterbang mahupun pelayaran.

Begitulah yang terjadi dengan masyarakat Melayu dahulukala yang mana menyaksikan adanya bangsa Melayu menghuni bumi Semenanjung Malaysia sehinggalah ke benua Afrika. Malah dek kerana bangsa Melayu itu bangsa maritim juga menyebabkan ianya berlaku. Berbicara konteks bangsa Melayu bangsa maritim itu jugalah menyaksikan bahawasanya ada satu kaum di Madagaskar yang mengaku bahawa ras keturunan mereka Melayu dari Borneo iaitu Dayak Iban. Mungkin agak berbeza dari pertuturan tetapi dari segi tradisi malah juga rekabentuk tattoo juga sama.

Buka mata dan luaskan minda apabila kita berbicara mengenai asal keturunan bangsa kerana hakikatnya seluruh bumi nusantara ini dikenali dengan nama alam melayu malah Ferdinand Mageland sendiri mengakuinya melalui jurnal pengembaraannya. Malah Alfred Wallace sendiri menggelarnya sebagai “The Malay Archipelago”. Jangan kerana terlalu taksub dengan “melayufobia” mahupun “islamfobia” maka segalanya hendak dirangkum menjadi satu. MELAYU ITU ASALNYA DARI ALAM MELAYU DAN PULAU BORNEO ITU TERLETAK DI DALAM ALAM MELAYU.

Ingin juga bertanya dengan puak-puak ini, jika benar Melayu itu pendatang Borneo, maka dimanakah asal mulanya? Dari Tembok Besar China atau Teluk Benggala???? Sarcasm*

-HB-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

5 Comments

  1. mly dtg dr kepulauan indonesia…bhsa mly jg asalnya dr indonesia…adat budaya org mly jg asal nya dr indonesia…mskt mly migrasi ke kepulauan borneo/kalimantan utk lari masa zaman pjajahan…sbb itu ptmptn mskt mly (boleh dlihat pd zaman skrg) di borneo memang rata2 kbyknnya tinggal dtepi2 sg tepi pantai sbb mereka xbrani mredah masuk ke kwsn pdlmn krn takut mganggu tanah milik org asal(orang dayak)…

      • Saya boleh claim’ satu borneo, tapi tak ada duit gaji polis dan tentera atau ‘pengawal keselamatan’ untuk melaksanakanclaim saya!

    • Sarawak Malay on

      Jangan main fitnah saja Engkau pun keturunan Proto Melayu (Etnik Asli) dan juga Melayu ni bukan Asal dari Indonesia!!!!! Mana otak mu!!!!! Melayu ada Nusantara sendiri!!!!! Kalau di Indonesia itu hanya JAWA bukan Melayu!!!!!!!!!!Melayu sudah wujud di Borneo sebelum kedatangan Islam!!!!!

Leave A Reply