Melayu Dan Pengkhianatan Terhadap Raja

0
1009
views

Orang Melayu yang berkhianat terhadap raja dan institusinya bukan perkara baru. Kalau nak tahu, prasasti-prasasti awal pada zaman Sriwijaya banyaknya ‘prasasti kutukan’. Yang popular 3 prasasti ni, Prasasti Kota Kapur, Prasasti Karangberahi dan Prasasti Telaga Batu. Berlambak lagi prasasti kutukan ni sebenarnya seperti Prasasti Boom Baru, Prasasti Palas Pasemah, Prasasti Bungkuk, Prasasti Bukit Siguntang dan lain-lain lagi.

Apa dia prasasti kutukan ni?

Ia dinamakan prasasti kutukan sebab di atas batu andesit ini dipahat bait-bait dalam bahasa Melayu kuno, aksara Pallava, yang mengutuk tindakan rakyat yang berkira-kira nak memberontak terhadap raja dan kedatuannya; dan juga yang nak melakukan kejahatan dan masalah sosial seperti merompak dan sebagainya.

Apakah bentuk hukuman yang dipahat pada prasasti terbabit, jika ada yang memberontak terhadap raja?

Senang sahaja.. hukum bunuh! Dalam prasasti biasanya disebut;

– dibunuh oleh sumpah
– dihukum oleh kutukan
– dibunuh oleh kutukan

Sebagai contoh, Prasasti Palas Pasemah yang ditemui di Lampung, Sumatera berbunyi;

– mula –

… yang maha kuasa dan suci, yang melindungi (kerajaan)

śrīwijaya. juga, tandrun luah, dan kesuciannya yang menjadi akar dari mantera kutukan. kalau

terdapat orang-orang yang berada di wilayahku, yang berkhianat, bersekongkol dengan

pemberontak, berbicara dengan pemberontak, mendengarkan pemberontak, mengenal pemberontak, dan mereka tidak berbeda satu sama lain

kepada yang tidak mengabdi dan tidak patuh kepadaku dan kepada mereka aku jatuhkan hukuman, iaitu dibunuh dengan kutukan

dan seorang ‘gubernur’ dari kerajaan śrīwijaya diperintahkan untuk menghancurkan mereka, dan agar mereka dikekang bersama sanak keluarga mereka.

– selesai –

Itu cerita zaman Dapunta Hyang dan Sriwijayanya. Zaman itu pun dah selalu sangat rakyat berkira-kira nak menentang raja. Inikan pula zaman teknologi maklumat atau terma popular sekarang, zaman Malaysia Baharu.

Seperti juga pada zaman Sriwijaya, YDPA dan raja-raja Melayu dilindungi oleh perlembagaan negara Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Ada akta dalam negara kita yang secara jelas dan telusnya mempertahankan raja dan institusi beraja dan hukuman apa yang bakal dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah, engkar dan menentang institusi ini.

Nasib baik kau ini bukan zaman tanam batu penuh dengan bait-bait kutukan hukum bunuh bagi yang nak mansuhkan sistem beraja, habis kuat pun kena penjara je lah.

Walaupun zaman sudah berubah, aku nak bagitahu satu sahaja…

Tiada apa yang berubah dengan kami konservatif Melayu yang akan terus mempertahankan institusi beraja ini, dari zaman Sriwijaya sampailah zaman Malaysia Baharu yang kau agung-agungkan ni… (guna perkataan ‘agung’ juga).

Zaman Sriwijaya ada raja Melayu bertakhta. Walaupun ini zaman Raver, raja Melayu akan tetap ada.

Gambar: Prasasti Palas Pasemah.