Orang Melayu yang berkhianat terhadap raja dan institusinya bukan perkara baru. Kalau nak tahu, prasasti-prasasti awal pada zaman Sriwijaya banyaknya ‘prasasti kutukan’.

Yang popular 3 prasasti ni, Prasasti Kota Kapur, Prasasti Karangberahi dan Prasasti Telaga Batu. Berlambak lagi prasasti kutukan ni sebenarnya seperti Prasasti Boom Baru, Prasasti Palas Pasemah, Prasasti Bungkuk, Prasasti Bukit Siguntang dan lain-lain lagi.

Apa dia prasasti kutukan ni?

Ia dinamakan prasasti kutukan sebab di atas batu andesit ini dipahat bait-bait dalam bahasa Melayu kuno, aksara Pallava, yang mengutuk tindakan rakyat yang berkira-kira nak memberontak terhadap raja dan kedatuannya; dan juga yang nak melakukan kejahatan dan masalah sosial seperti merompak dan sebagainya.

Apakah bentuk hukuman yang dipahat pada prasasti terbabit, jika ada yang memberontak terhadap raja?

Senang sahaja.. hukum bunuh! Dalam prasasti biasanya disebut;

– Dibunuh oleh sumpah
– Dihukum oleh kutukan
– Dibunuh oleh kutukan

Sebagai contoh, Prasasti Palas Pasemah yang ditemui di Lampung, Sumatera berbunyi;

… yang maha kuasa dan suci, yang melindungi (kerajaan)

śrīwijaya. juga, tandrun luah, dan kesuciannya yang menjadi akar dari mantera kutukan. kalau

terdapat orang-orang yang berada di wilayahku, yang berkhianat, bersekongkol dengan

pemberontak, berbicara dengan pemberontak, mendengarkan pemberontak, mengenal pemberontak, dan mereka tidak berbeda satu sama lain

kepada yang tidak mengabdi dan tidak patuh kepadaku dan kepada mereka aku jatuhkan hukuman, iaitu dibunuh dengan kutukan

dan seorang ‘gubernur’ dari kerajaan śrīwijaya diperintahkan untuk menghancurkan mereka, dan agar mereka dikekang bersama sanak keluarga mereka.:

Itu cerita zaman Dapunta Hyang dan Sriwijayanya. Zaman itu pun dah selalu sangat rakyat berkira-kira nak menentang raja. Inikan pula zaman teknologi maklumat atau terma popular sekarang, zaman Malaysia Baharu.

Seperti juga pada zaman Sriwijaya, YDPA dan raja-raja Melayu dilindungi oleh perlembagaan negara Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Ada akta dalam negara kita yang secara jelas dan telusnya mempertahankan raja dan institusi beraja dan hukuman apa yang bakal dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah, engkar dan menentang institusi ini.

Nasib baik kau ini bukan zaman tanam batu penuh dengan bait-bait kutukan hukum bunuh bagi yang nak mansuhkan sistem beraja, habis kuat pun kena penjara je lah.

Walaupun zaman sudah berubah, aku nak bagitahu satu sahaja…

Tiada apa yang berubah dengan kami konservatif Melayu yang akan terus mempertahankan institusi beraja ini, dari zaman Sriwijaya, ke zaman Kesultanan Melayu Melaka, sampailah zaman Malaysia Baharu yang kau agung-agungkan ni… (guna perkataan ‘agung’ juga).

Zaman Sriwijaya ada raja Melayu bertakhta. Zaman Melaka, ada raja Melayu yang bersemayam. Walaupun ini zaman raver, raja Melayu akan tetap ada.

Gambar: Prasasti Palas Pasema


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Comments are closed.