Dulu dulu dulu sebelum 200 BC lagi (BC tu Before Christ atau Sebelum Masihi, maksudnya 2218 tahun yang lalu), kawasan yang dikenali sebagai Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina ni dah didiami oleh kumpulan etnik yang bertutur dalam Bahasa “Austronesian” (orang laut) dan “Austroasiatic” (orang darat). Austronesian ni lah kelompok yang dikenali sebagai orang Melayu pada hari ni, cuma waktu 200 BC tu belum ada temui catatan yang menunjukkan kawasan itu dikenali sebagai kawasan Melayu.

Kemudian sekitar abad ke-8 Masihi (CE = Common Era), orang Austronesian ni mendirikan satu entiti politik yang dikenali sebagai Srivijaya yang meliputi kawasan Sumatra dan Semenanjung Melayu. Waktu ni dah ada catatan yang mengaitkan Srivijaya dengan “Melayu”. Jadi Srivijaya boleh dikenali sebagai sebuah empayar Melayu. Nampak tak batas Semenanjung Melayu waktu tu sampai ke selatan Thai (waktu tu tak muncul lagi entiti yang dikenali sebagai Siam mahupun Thailand).

Pasal Kesultanan Melaka (pewaris Srivijaya) tu boleh skip. Kita terus ke pasca Kesultanan Melaka pada pertengahan abad ke-16. Selepas kejatuhan Melaka, Kesultanan Johor dan Kesultanan Perak menyambung warisan Kesultanan Melayu itu. Jadi kawasan Johor boleh nampak masih meliputi sebahagian dari Sumatra. Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatra pun dikira sebagai kerajaan Melayu.

Lepas tu kita ke 300 tahun kemudian, pertengahan abad ke-19. Kesultanan Johor sudah mengalami perpecahan kepada Johor dan Riau-Lingga. British dan Belanda juga buat perjanjian memisahkan Semenanjung dan Sumatra. Jadi tiada lagi entiti politik yang menyatukan Sumatra dan Semenanjung serta pulau-pulau yang lain.

Lepas tu nampak tak apa yang Siam buat. Siam merampas semua kawasan Melayu di utara Semenanjung, sampai tahun 1909 baru diorang lepaskan. Tapi negeri-negeri asal Melayu seperti Patani dan Nakhon Sri Thammarat kekal dalam tangan Siam lah. Tu sebab ada Melayu di selatan Thailand. Jangan korang pergi buat lawak panggil diorang “pendatang” ke Thailand pula.

Kalau lihat pada evolusi geo-body Melayu, bukan Orang Melayu yang “pushed back” kaum dan etnik lain, tapi Orang Melayu sendiri yang kena “pushed back” sehingga kawasan Melayu tu jadi semakin kecil. Ni belum ambil kira lagi dasar British yang telah mengubah struktur populasi di Semenanjung Melayu sehingga ia berubah dari kawasan Melayu kepada kawasan plural race.

So orang yang asyik cakap Melayu pendatang Melayu pendatang tu, boleh tak bagi pencerahan dari mana Melayu datang, dan sejak bila Melayu datang?

Sejarah lebih mudah dengan visualization.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.