Melawat Kudeta Turki Tahun 1980

615

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

12 September 1980, adalah tarikh lain dalam kronologi rampasan kuasa di Turki. Kawalan kuasa ketenteraan yang kuat sekian lama telah menjadikan negara ini terbiasa dengan campur tangannya dalam demokrasi, tetapi tahun 1980 dianggap sebagai salah satu peristiwa yang paling meninggalkan kesan.

Rampasan kuasa yang mengubah kehidupan berjuta-juta rakyat adalah yang terakhir “dilakukan dalam rantaian perintah,” dan dikenang hingga ke hari ini di atas penyeksaan, penganiayaan orang awam dan pencabulan hak asasi manusia.

Orang ramai tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila kereta kebal muncul di jalanan kota dan tentera dengan tegas mengarahkan mereka yang berada di luar pada awal pagi untuk pulang ke rumah, tetapi rampasan kuasa itu hanya benar-benar berlaku apabila Kenan Evren, yang ketika itu ketua pegawai am, mengumumkan melalui radio bahawa tentera telah mengambil alih kuasa dan membuat “pengisytiharan” Majlis Keselamatan Nasional (MGK) yang dikawal selia oleh tentera.

Tentera menggunakan alasan untuk menghentikan pergolakan politik yang ditimbulkan oleh konflik yang semakin meningkat di antara kumpulan militan sayap kiri dan kanan.

Tentera sudah merancang untuk melaksanakan kudeta pada 11 Julai 1980, tetapi ketika kerajaan memenangi undi percaya, mereka terpaksa menangguhkan rancangan mereka yang mereka namakan sebagai “Operation Flag.”

Rampasan kuasa pada tahun 1980 merupakan kali ketiga pihak tentera campur tangan secara terbuka dalam pentadbiran kerajaan yang dipilih secara demokrasi, tetapi itu bukan yang terakhir kerana ia berlaku lagi lebih dari satu dekad kemudian. Akhirnya, rakyat sendiri mendapat kekuatan untuk menentang tentera pada 15 Julai 2016, menggagalkan Kumpulan pelampau Gülenist (FETÖ).

Selepas rampasan kuasa tahun 1980, MGK dengan lima anggota dibentuk yang terdiri sepenuhnya dari jeneral, Evren, komander Angkatan Darat, Nurettin Ersin, komander Navy, Nejat Tümer, komander Angkatan Udara, Tahsin Şahinkaya dan komander Gendarmarie, Sedat Celasun.

MGK menguasai negara dengan perintah dekri sehingga kuasa awam dipulihkan sepenuhnya pada November 1983 melalui pilihan raya. Selepas rampasan kuasa itu, wujud serangkaian kegiatan anti-demokratik, bermula dari pengharaman parti-parti politik hingga mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan, dan juga penyingkiran politikus-politikus penting, yang diasingkan sementara dari pemerintahan.

Amalan pemerintah kudeta yang paling terkenal adalah hukuman m*ti. Turki mencatatkan pelaksanaan hukuman tertinggi secara hukuman gantung dalam jangka waktu yang sangat singkat setelah rampasan kuasa.

Individu yang pertama dijatuhkan hukuman m*ti adalah aktivis sayap kiri Necdet Adalı dan aktivis sayap kanan Mustafa Pehlivanoğlu. Kedua-duanya dihukum m*ti pada bulan Oktober 1980. Erdal Eren adalah mangsa termuda. Remaja berusia 17 tahun itu dihukum gantung pada 19 Mac 1980, setelah perbicaraan palsu atas tuduhannya membun*h seorang askar sebelum rampasan kuasa.  Dia telah menjadi simbol penentangan terhadap junta kerana usianya dipercayai telah “diubah”, usianya dipalsukan kepada 18 tahun agar dia layak untuk digantung.

Ucapan Jeneral Evren mengenai pelaksanaan hukuman m*ti terhadap pemuda itu mencerminkan pemikiran pemimpin kudeta yang kejam. “Adakah kita tidak patut menggantungnya tetapi memberi mereka makan?” dia secara tidak sengaja berucap mengenai kem*tian Eren.

Kerajaan junta juga memerintahkan penahanan seramai 650,000 orang. Sebanyak 230,000 diadili dan pengadilan menjatuhkan hukuman m*ti terhadap lebih dari 7,000 orang, walaupun hanya 517 orang yang dijatuhkan hukuman m*ti dan 50 orang dari nya digantung. 14,000 orang lagi kehilangan taraf kewarganegaraan Turki mereka, sementara 30,000 lagi kehilangan pekerjaan kerana disenarai hitam oleh junta. Kebanyakannya ialah guru, akademik dan wartawan.

MGK juga memperkenalkan perlembagaan baharu, yang telah lama memastikan kewujudan pengawasan pihak tentera dan perwakilan politik yang terbatas serta pengecualian pemimpin junta dari sebarang perbicaraan di masa hadapan atas setiap jenayah mereka.

Hanya setelah referendum 2010, artikel yang terkandung didalam perlembagaan tersebut dihapuskan, lalu membuka jalan bagi membawa Evren dan yang lain ke muka pengadilan, termasuk orang kanannya Jeneral Tahsin Şahinkaya, komander Tentera Udara Turki semasa kudeta berlaku.

Perbicaraan bermula pada tahun 2012, tetapi kedua-dua lelaki itu melewatkan perbicaraan dengan alasan “masalah kesihatan.” Mereka membantah senarai panjang tuduhan terhadap mereka, tetapi kedua-dua lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2014 dan menurut peraturan ketenteraan, pangkat yang mereka pegang setelah bersara diturunkan ke peringkat paling rendah iaitu prebet.

Evren dan Şahinkaya meninggal dunia dalam masa tiga bulan antara satu sama lain pada tahun 2015 semasa proses rayuan mereka.

RUJUKAN:

Revisiting The 1980 Turkey’s Coup : https://youtu.be/bxXpRzUbCXg

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.