Melawan Penyelewengan R.AGE Mengenai ICERD

4866
views

SALAH FAHAM PERTAMA: 

“MALAYSIA WAJIB UNTUK MERATIFIKASIKAN ICERD PADA Q1 2019.”

RESPON:
Treati atau konvensyen seperti ICERD adalah sebuah perjanjian antarabangsa di peringkat PBB.

Semua negara yang menganggotai PBB termasuklah Malaysia adalah negara berdaulat dan tidak terikat dengan mana-mana perjanjian termasuklah ICERD, kecuali jika negara tersebut menandatangani atau meratifikasikan perjanjian tersebut.

Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang Malaysia dan undang-undang antarabangsa kelak, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa tersebut akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

Mudahnya, kita TIDAK WAJIB untuk TANDA TANGAN atau TERIMA apa-apa treati atau konvensyen antarabangsa,

TETAPI SEKALI KITA SIGN dan RATIFIKASI,
KITA WAJIB AKUR.

Rujukan: 
Dr Mohd Yazid Zul Kepli
Anti-terrorism expert. Law lecturer. AML/CFT consultant.
MEMAHAMI ISU ICERD DALAM 3 MINIT
https://goo.gl/aQ3A5T

SALAH FAHAM 2: 
“MALAYSIA SAMA TARAF DENGAN KOREA UTARA DAN MYANMAR JIKA TIDAK RATIFIKASI ICERD.”

RESPON:
Ini adalah hujahan tipikal dan ‘short sighted’ yang biasa 
digunakan untuk memalukan kita, dengan membandingkan kita dengan 14/15 negara seperti Myanmar dan Korea Utara yang belum menandatangani ICERD.

Ianya adalah perbandingan yang palsu dan tidak adil.
Mereka boleh saja membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang mana juga telah menandatangani perjanjian hak asasi manusia sama banyak dengan Malaysia.

Kedua-duanya telah menandatangani 5 DARIPADA 18 konvensyen hak asasi manusia.

Malah jika kita ambil Konvensyen antarabangsa yang lain seperti CEDAW, yang merupakan konvensyen penghapusan diskriminasi terhadap wanita, US adalah salah satu daripada hanya 8 negara yang belum lagi meratifikasi CEDAW.

Sebuah konvensyen yang mana Myanmar dan Korea Utara pun telah ratifikasikan.

Adakah anda mendengar CNN, CBS, ABC berhujah seperti Rage lakukan,

“US patut malu kerana Myanmar dan Korea Utara pun dah ratifikasikan CEDAW !!” ?

TIDAK. ANDA TIDAK MENDENGARNYA.

..kerana ia adalah argumen perbandingan yang cetek yang tidak masuk akal.

Setiap negara memasuki konvensyen adalah berdasarkan KEPENTINGAN dan KEPERLUANNYA bukannya berdasarkan BERAPA BANYAK NEGARA LAIN telah memasuki konvensyen tersebut.

Rujukan:
Lukman Sheriff Alias
PEGUAM. LLM .University of Cambridge
Responding to Rage compilation of false, half truth, misleading and disingenuous arguments on ICERD
https://goo.gl/DkNJYw

SALAH FAHAM 3: 
“ICERD SAMA SAHAJA DENGAN PERKARA 153 KERANA IA MEMBENARKAN POSITIF DISKRIMINASI DAN DASAR AFFIRMATIF MELALUI ARTIKEL 1(4).”

RESPON:
Den quote apa yang dikatakan oleh, YBHG. Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia,

“Ada yang berpandangan Article 1.4 membuka ruang kepada Malaysia untuk terus melaksanakan ‘affirmative actions’ seperti keistimewaan kepada Bumiputra, kedudukan istimewa Islam dan Raja Raja Melayu. Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana jika kita lihat proviso Article 1.4 ada menjelaskan bahawa,

“provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved.”

Di Malaysia orang Islam dan orang bukan Islam mempunyai undang undang berbeza dalam beberapa aspek seperti undang undang keluarga, perwarisan, kesalahan melanggar perintah agama Islam dan beberapa perkara lain.

Malah hak keistimewaan Bumiputera juga tidak ditetapkan tempohnya.

Hal ini tidak MELAYAKKAN Malaysia melaksanakan
affirmative actions seperti proviso Article 1.4 tersebut.”

Mudah fahamnya untuk menggunakan peruntukan 1(4) dalam ICERD ini:

1. Tidak boleh ada pembahagian hak di antara kaum-kaum.

2. Ada hadnya, jika objektif positif diskriminasi telah tercapai maka ianya harus dihentikan.

Yang mana bercanggah dengan peruntukan Perkara 153 yang menjamin hak-hak tersebut tanpa had masa ataupun objektif yang telah dipersetujui.

Kita ambil contoh Artikel 153, 89 and 8(5)(f), adakah ada had masa ataupun objektif tertentu untuk peruntukan-peruntukan ini dihentikan kelak?

Bila tarikh luput dan apakah objektif Tanah Rezab Melayu?

Bila tarikh luput dan apakah objektif Rejimen Askar Melayu?

Bila tarikh luput dan apakah objektif Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak?

Jawapan bagi soalan-soalan diatas adalah, TIADA.

Rujukan:
YBHG. Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia
Isu ICERD
https://goo.gl/VJPTHk

Nota Kaki untuk SALAH FAHAM 3:

Dalam laporan-laporan UPR di PBB sebelum ini, bertahun-tahun sebelum ini, mereka-mereka ini juga yang merupakan PRO-ICERD kerap melobi dan mengatakan bahawa Artikel 153 adalah diskriminasi terhadap kaum lain. Tetapi bila mana mereka ingin meratifikasi ICERD, mereka katakan pula Artikel 153 adalah selaras dgn ICERD yg benarkan “afirmatif action” dan tak perlu dipinda.

Anda masih percaya dengan kata-kata mereka lagi?

Tepuk dada tanya selera.

SALAH FAHAM 4: 
“ICERD TIDAK MELIBATKAN DISKRIMINASI TERHADAP AGAMA.”

RESPON:

Benar ICERD tidak meletakkan “agama” dalam definisi diskriminasi kaum menurut Artikel 1(1) ICERD. Namun Artikel 5(d)(vii) ICERD mengiktiraf kebebasan pemikiran, kesedaran dan agama sebagai hak yang perlu diberi tanpa diskriminasi berasaskan kaum.

Malah dalam banyak keadaan dan konteks, agama adalah seiring dengan “asal etnik” atau “kaum”. Sebagaimana Malaysia, Melayu lazimnya Islam, kaum India lazimnya Hindu. Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan jelas mendefinisikan Melayu sebagai beragama Islam.

Maka Melayu dan Islam berpisah tiada.

Anda kena tahu bahawa CERD adalah merupakan Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Artikel 8 ICERD yang mempunyai kuasa memantau dan menegur Negara ahli tentang isu diskriminasi kaum.

Walaupun definisi “agama” tidak dimasukkan secara tersurat dalam ICERD, CERD telah mengambil kira aspek agama dalam tindakannya. CERD dalam sesi ke 75 pada tahun 2009 melalui “General Recommendation No. 32” menyatakan seperti berikut:-

“The principle of enjoyment of human rights on an equal footing is integral to the Convention’s prohibition of discrimination on grounds of race, colour, descent, and national or ethnic origin. The “grounds” of discrimination are extended in practice by the notion of“intersectionality” whereby the Committee addresses situations of double or multiple discrimination – such as discrimination on grounds of gender or religion – when discrimination on such a ground appears to exist in combination with a ground or grounds listed in article 1 of the Convention…”

Dan tahukah anda bahawa Qatar, Saudi mempunyai pegalaman di mana CERD telah masuk campur dalam urusan agama Islam seperti perundangan Syariah, Fara’id mereka manakala Iran telah ditegur oleh CERD megenai perihal penindasan kepada ajaran Bahai di negara mereka?

Mahu berhujah ICERD tidak akan menjejaskan agama lagi?

Fikir semula.

Rujukan:
Yusfarizal Yussoff, PEGUAM
ICERD: Pengajaran dari Qatar, Saudi dan Iran
https://goo.gl/X4ExiC

SALAH FAHAM 5: 

“ICERD TIDAK BOLEH MENIDAKKAN STATUS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI UNDANG-UNDANG TERTINGGI DI NEGARA INI DAN MENCABAR KEDAULATAN NEGARA.”

RESPON:
YA, memang benar ICERD mungkin tidak terpakai secara terus pada mulanya di peringkat mahkamah di negara kita apabila Malaysia meratifikasikan ICERD ini kelak, kerana untuk meratifikasi ICERD itu sendiri adalah proses di mana undang-undang ini dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan Undang-undang kita akan dipinda dan diolah agar selari keduanya.

Namun, kena ketahui bahawa apabila kita menandatangani dan meratifkasi ICERD ini, PBB mempunyai mekanisma untuk memastikan bahawa negara yang telah menandatangani dan meratifikasinya untuk memenuhi objektif konvensyen ataupun treati tersebut, di mana sebuah komitee akan ditubuhkan
berdasarkan Artikel 8 ICERD yang dikenali sebagai Committee on the Elimination of Racial Discrimination (CERD)

Komitee ini bertugas sepenuhnya untuk melihat perkembangan Malaysia, sama ada kita sudah memenuhi komitmen kita seperti mengubah polisi, dasar dan undang-undang untuk memenuhi hasrat perjanjian tersebut.

Malah setiap 4 tahun kita kena membuat laporan progress
apa yang Malaysia telah buat untuk memenuhi ICERD tersebut.

Ringkasnya, YA memang benar Perlembagaan Persekutuan akan kekal sebagai undang-undang tertinggi negara selepas kita meratifkasiICERD pada mulanya dan selagi kita tidak meminda undang-undang kita, tapi..

Persoalan yang harus kita tanya diri kita semua, adakah melalui langkah menandatangani dan meratifikasi ICERD ini akan menyebabkan kita terpaksa meminda undang-undang kita demi memenuhi objektif ICERD mungkin bukan esok, lusa, tapi 10 tahun, 20, 30 tahun akan datang apabila ada tekanan dari pihak antrabangsa itu sendiri kelak?

Kita kena tanya diri kita semula.

Rujukan:
Prof madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, Pensyarah Undang-Undang (Perlembagaan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
ICERD, Mampu Gugatkan Ketuanan Melayu?
https://goo.gl/is9qd2

SALAH FAHAM 6:
“PERKARA 153 ADA ‘TAMAT TEMPOH’ DAN AKAN BERAKHIR APABILA IANYA SUDAH DIFIKIRKAN MUNASABAH?”

RESPON:
Perkataan ‘YANG MUNASABAH’ (REASONABLE) dalam Artikel 153 adalahmerujuk kepada “PERKADARAN” (PROPORTION) yang diperuntukkan untuk “Bumiputera”.

Sebagai contoh, jika Sultan memikirkan secara ‘MUNASABAH’ (REASONABLE) untuk memperuntukkan katakanlah 70% ‘PERKADARAN’ (PROPOTION) kepada Bumiputera maka ianya akan kekal SELAMANYA dengan jumlah demografi tersebut.

TIDAK SESEKALI ianya telah ditafsirkan bahawa MUNASABAH itu suatu hari nanti NILAINYA akan menjadi TIADA dan PERKADARAN tersebut akan TAMAT setelah menemui OBJEKTIFNYA.

Den quote apa saudara Lukman Sheriff kata “Azmi Shahrum reading of the whole clause 153 based on reasonableness outside the scope of proportion is erroneous wrong and disingenuous..”

Rujukan:
Lukman Sheriff Alias
PEGUAM. LLM .University of Cambridge
Responding to Rage compilation of false, half truth, misleading and disingenuous arguments on ICERD
https://goo.gl/DkNJYw

SALAH FAHAM 7:
“POLISI PRO-BUMIPUTERA ADA TAMAT TEMPOH DAN AKAN BERAKHIR APABILA EKONOMI KITA SUDAH MENCAPAI ‘EQUILLIBRIUM’?”
RESPON:
TIDAK TEPATPolisi Pro-Bumiputera seperti artikel 89 ataupun di dalam perlembagaan yang berkaitan dengan Tanah Rezab Melayu adalah bersifat KEKAL

Apakah pula ‘economic EQUILIBRIUM’ untuk Perkara 8(5)(f) yang melibatkan dengan penyertaan Bumiputera dalam Rejimen Askar Melayu?

THESE ARE NONSENSICAL HALF-BAKED ARGUMENT.

SALAH FAHAM 8:

“KITA BOLEH RATIFIKASIKAN ICERD DENGAN MELAKUKAN ‘RESERVATION’ MENGGUNAKAN PROVISI ARTIKEL 20 DALAM ICERD”

RESPON:
Untuk menggunakan hujah ini, R.age KENA berlaku JUJUR.

KENA JUJUR,
Untuk menggunakan provisi dalam Artikel 20, ‘reservation’mestilah selari dengan objektif ICERD iaitu tiada diskriminasi di antara kaum dibenarkan.

KENA JUJUR,
‘Reservation’ dalam artikel 20 tersebut juga
sebenarnya boleh ditolak jika ada bantahan daripada 2/3 negara lain yang mendatangani ICERD.

KENA JUJUR,
Malaysia mungkin akan menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian yang perlu dibuat, diantara contoh-contoh pengecualian (reservation) yang mungkin akan dibuat untuk Malaysia selari dengan ICERD adalah seperti berikut:

a. Artikel 2.1 tentang memansuhkan atau meminda apa-apa undang-undang yang ada asas diskriminasi – bagi mempertahankan kewujudan mahkamah Syariah sebagai mahkamah khusus untuk orang Islam, enakmen-enakmen syariah yang terpakai hanya untuk orang Islam, institusi-institusi zakat yang memberi pengecualian cukai kepada orang Islam, jabatan-jabatan agama Islam, dsb.

b. Artikel 2.2 (tentang membolehkan polisi untuk membantu sesuatu kaum sekira keadaan memerlukan sehingga mereka tidak lagi didiskriminasi) sebagaimana dicadangkan – untuk mengekalkan dasar afirmatif kepada bumiputera.

c. Artikel 4(c) tentang institusi awam yang berasaskan “diskriminasi” kaum – untuk pertahankan MARA, MRSM, UITM, Askar Wataniah dll

d. Artikel 5(d)(iv) tentang hak memilih pasangan – bagi mengelakkan liberalisasi perkahwinan jantina yang sama (kerana LGBT juga boleh disifat sebagai diskriminasi).

e. Artikel 5(d)(v) tentang hak memiliki hartanah (sebagaimana dibuat oleh Tonga yang mahu mempertahan pemilikan tanah oleh orang asal Tonga) – bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu, dan syarat-syarat kuota bumiputera bagi pemilikan hartanah.

f. Artikel 5(d)(vi) tentang pewarisan harta – bagi mempertahankan sistem faraid Islam yang berjalan seiring dengan pewarisan bukan Islam.

g. Artikel 5(d)(vii) tentang kebebasan berfikir, kesedaran dan agama – bagi membanteras pemikiran-pemikiran sesat seperti Syi’ah, Qadyani dsb.

h. Artikel 8 tentang rujukan kepada Jawatankuasa.

i. Artikel 22 tentng rujukan kepada ICJ.

j. Pengecualian tentang pengiktirafan negara haram Israel (sebagaimana dibuat oleh beberapa Negara Islam).

Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebatantarabangsa.

Jadinya,

Mengapa kita nak BUKA RUANG untuk di KRITIK dan di TEKAN oleh masyarakat antarabangsa?

Rujukan:
Yusfarizal Yussoff, PEGUAM
‘Mahu hapus diskriminasi tak semestinya guna acuan ICERD’
https://goo.gl/jiZ7ct

SALAH FAHAM 9:
“KITA BOLEH RATIFIKASI ICERD DAN BUAT-BUAT BODOH SAJA?”

RESPON:
TIDAK BOLEH BUAT BODOH.Negara yang telah meratifikasi, mestilah mematuhi semua kewajiban yang ditetapkan dalam perjanjian hak asasi manusia, dan secara umum tidak boleh mengelakkannya tanpa alasan yang kuat dan sah.

Perkara 26 Konvensyen Vienna mengenai Undang-Undang Perjanjian 1969 menyatakan,

Setiap perjanjian yang berkuatkuasa mengikat pihak (negeri) kepadanya dan harus dilakukan oleh mereka dengan suci hati (good faith). Memasuki suatu perjanjian, tanpa hasrat yang serius untuk melaksanakan obligasi yang dilampirkan adalah
tidak patut dan tidak jujur.

Memasuki ke dalam sebuah perjanjian dengan hasrat melakukan ‘reservasi’ yang bercanggah dengan objektif dan tujuan perjanjian itu adalah sesuatu yang menjijikkan.

“The reality about international human rights law is that there is no central police or compulsory judicial authority that can control all the sovereign states in the world. Given the lack of effective international enforcement mechanisms in the human rights world, the pacta sunt servanda obligation in substantive reality is vital..”

Rujukan:
Assoc. Prof. Dr. Shahrul Mizan bin Ismail
Associate Professor of Law at the Faculty of Law,
National University of Malaysia (UKM)
ICERD, human rights and why Malaysia must practise good faith
https://goo.gl/B6siJL