Melaka Bandar Terkaya Dunia

0
4640
views

Ini catatan Portugis tentang kekayaan pedagang di Melaka oleh Diogo Lopez De Sequiera sekitar tahun 1508-1509, menyaksikan bagaimana pada ketika itu seperti ditulis pada (13) Melaka dilihat sebagai bandar paling kaya di dunia.

Satu bahara emas bersamaan dengan empat “quintaes”, unit kiraan emas Portugis.

Quintaes atau dalam istilah ‘singular’ di eja sebagai “quintal”.

Satu quintal pula bersamaan 100kg emas. Ini bermakna, satu bahara ialah bersamaan dengan 400kg emas.

Waqaf Saham

Apabila ada pedagang di Melaka ketika itu yang memiliki sehingga10 dan 12 bahara emas, dalam kiraan metriknya mereka memiliki sehingga 4000-4800kg emas sebagai nilai kekayaan mereka.

Nilai emas yang sebahagian dari mereka ini miliki jika ditukar dalam nilaian moden hari ini jika dikira kasar berjumlah sehingga hampir RM800 juta.

Pastinya jumlah ini sangat besar nilainya sekitar tahun 1500 di Melaka.

Ini pastinya tidak termasuk bilangan atau nilai kapal, kekayaan di dalam gudang-gudang, aset-aset perniagaan dan peribadi masing-masing.

Maka terliurlah Raja Portugis mendengar laporan sebegini, dan misi ‘Gold, Gospel and Glory’ diteruskan kemudiannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.