Pada tahun 1289, Sultan Seljuk, Sultan Kayqubad III menghadiahkan set instrumen muzik jenis dram bass dan plume (aksesori kepala dengan hiasan bulu burung yang biasa dipakai Janissari) kepada pemimpin Uthmaniyyah, Osman Gazi I sebagai ucapan tahniah atas kejayaan membentuk negeri baharu melalui Beylik.

Untuk topik utama iaitu pancaragam tenter4, semasa era Uthmaniyyah, pancaragam tenter4 dikenali sebagai “Mehter”, ia merupakan salah satu bentuk indikasi pemerintahan. Bahkan adakalanya mereka boleh terlibat secara langsung sebagai kumpulan propaganda semasa per4ng.

Kumpulan Mehter berperanan membina motivasi rakyat supaya cintakan negara ketika tempoh aman damai dan meningkatkan moral semangat tenter4 untuk berdepan dengan musuh di medan per4ng atau memainkan irama lagu yang menjatuhkan moral pihak musuh.

Mahmud Al-Kashgari

Berdasarkan catatan sejarah tokoh topografi dan linguistik Turkic, Mahmud al-Kashgari, pernah disebut tentang satu entiti ‘mızıka’, yang merupakan sebuah kumpulan ‘brass band’ yang kebiasaannya menggunakan instrumen gendang, dram bass, zurna (serunai) dan symbal.

Pada zaman Empayar Uthmaniyyah, pancaragam tenter4 atau ‘Mehter’ telah wujud semasa pengasasan empayar. Peranannya tidak semestinya diperlukan ketika sedang berper4ng sahaja, ia sentiasa membuat persembahan untuk majlis rasmi di istana. Manakala ketika berper4ng, mereka akan bermula dengan memainkan lagu-lagu yang menaikkan semangat di hadapan kem Sultan di medan per4ng.

Pemerintah ketika awal kemunculan Uthmaniyyah akan berdiri ketika Mehter memainkan lagu bagi menunjukkan penghormatan kepada bekas-bekas Sultan Seljuk. Tradisi penghormatan atau salutasi itu telah dihentikan oleh Sultan Mehmed II al-Fateh kerana menurut kenyataan baginda, ‘tidak ada keperluan lagi berdiri untuk seorang raja yang telah men!nggal dvnia dua ratus tahun lalu.’

Ciri-Ciri Asas Kumpulan Mehter

Kumpulan Mehter Uthmaniyyah juga mempunyai berek khas nya sendiri. ‘Mehterhane’ merupakan panggilan untuk tempat kediaman kumpulan Mehter di Istana Uthmaniyyah. Ia terletak bersebelahan dengan ‘Meşkhane’, iaitu sekolah muzik Uthmaniyyah. Kumpulan ini terdiri daripada 150-200 ahli dalam satu-satu masa.

Memandangkan terdapat fakta mengatakan bahawa tidak ramai dari kalangan pasukan Janissari yang berminat dengan muzik, maka kebanyakan anggota Mahter ini adalah orang-orang Kristian yang direkrut dan dibesarkan oleh Janissari atau orang Armenia dan Greek yang memeluk Islam.

Kumpulan Mehter peribadi untuk Sultan Uthmaniyyah selalunya membuat persembahan di hadapan ‘Bâbüsselâm,’ iaitu pintu tengah istana. Berdasarkan Hukum Fateh (kod undang-undang yang ditinggalkan Sultan Mehmet II), kumpulan itu harus bermain tiga kali setiap malam sebagai peringatan waktu solat kecuali malam Jumaat, kemudian pada waktu subuh untuk mengejutkan penghuni istana menunaikan solat Subuh sebelum azan.

Khidmat Mahter juga digunakan semasa perayaan keagamaan, majlis perkahwinan dan perarakan jemaah solat Jumaat, selebihnya adalah meraikan kemenangan dalam sebarang pertandingan dan upacara rasmi lain.

Ciri-ciri tipikal sebuah kumpulan Mehter kebiasaannya merangkumi daripada lima jenis instrumen yang berbeza:

  • Davul (dram bass)

  • Zurna (serunai)

  • Zil (symbal)
  • Bugle (sejenis trumpet)

  • Nakare (gendang kecil)

Kumpulan Mehter peribadi untuk pemerintah Uthmaniyyah sendiri meliputi 90 orang pemuzik dengan 12 jenis instrumen untuk setiap komponen yang disenaraikan di atas. Semasa Pertempvran Chaldirran menentang Empayar Parsi Safavid, Sultan Selim I menambah instrumen ‘kös’ atau timpani gergasi (macam gendang yang dimainkan orang Cina) untuk menakut-nakutkan musuh, diiringi dengan jeritan kuat “Allah itu Maha Esa!” oleh pasukan Janissari. Setiap instrumen mewakili seksyen yang berbeza sewaktu per4ng.

Kepentingan Kumpulan Mehter

Semasa persembahan, kumpulan Mehter biasanya akan berbaris dalam formasi bentuk bulan sabit. Perkataan ‘mehter’ juga berasal dari bentuk formasi itu; dalam bahasa Turk Uthmaniyyah, ‘mehter’ bermaksud bulan sabit. ‘Mehteran’ pula adalah sejenis kata bentuk jamak.

Kumpulan Mehter akan berdiri, sementara pemain nakare duduk bersilang. Pada zaman dahulu, Mehter tidak memainkan lagu-lagu perbarisan atau lagu patriotik moden seperti Ceddin Deden, tetapi lebih sinonim memainkan muzik Turki klasik seperti Yurük Semai, Peşrev dan Nakış. Mereka juga berperanan sebagai pembaca doa, syair dan zikir bersama-sama golongan pengikut Sufi.

Anggota kumpulan Mehter mempunyai gaya berjalan yang khusus. Mereka berjalan dengan perlahan sambil melaungkan, ‘Allah itu Maha Pemurah, Allah itu Maha Mengasihani’. Pada setiap tiga langkah mereka akan berhenti dan berpaling ke kiri dan ke kanan kemudian terus berjalan. Gaya berjalan mereka melambangkan nilai harga diri, keberanian dan kesiapsiagaan pahlawan Uthmaniyyah.

Kumpulan Mehter juga dianggap penting kerana identiti mereka sentiasa mewakili kepatuhan disiplin terhadap peraturan dan protokol. Pada zaman pemerintahan Sultan Murad IV, terdapat perselisihan protokol antara ketua arkitek dan pemimpin Mehter dalam satu upacara ketenter4an.

Sultan memutuskan untuk memihak kepada pemimpin Mehter berbanding ketua arkitek berkenaan dengan protokol. Malah pernah terdapat dua orang Perdana Menteri (Grand Vizier) yang merupakan bekas ketua Mehter, iaitu Zurnazen Mustafa Pasha dan Daltaban Mustafa Pasha.

Sultan Murad IV

Sebagai maklumat tambahan, Sultan Murad IV juga bukan sekadar seorang Sultan yang berjiwa kepahlawanan pada zamannya, bahkan baginda juga telah menggubah dan mencipta sendiri beberapa lagu Mehter untuk angkatan tenter4 Uthmaniyyah pada waktu itu.

Menjelang akhir abad ke-17, ketua Mehter dibayar sebanyak 140 dan pemain instrumen muzik menerima 0.15 kurush (1 kurush bersamaan dengan 40 para). Tak tahu lah berapa nilainya jika ditukar dengan nilai matawang moden hari inim

Identiti Mehter

Pakaian seragam Mehter mempunyai keunikan yang berbeza. Pemain utama setiap instrumen memakai jubah berwarna merah dan ‘çakşır’ (sejenis shalwar), kasut kulit morocco kuning dan aksesori kepala warna merah. Pemain lain memakai kain lebar biru gelap, çakşır merah, aksesori kepala warna hijau dan kasut merah. Ciri-ciri mereka agak mirip dengan pasukan Janissari.

Komposer Eropah seperti Mozart, Haydn, Gluck dan Beethoven, sangat sinonim dengan muzik-muzik Mehter. Dipengaruhi oleh muzik klasik Uthmaniyyah, mereka menggubah lagu perbarisan Turki yang terkenal seperti ‘Alla Turca’ oleh Mozart.

Ketika zaman awal Republik Turki, kumpulan Mehter membuat persembahan dalam pelbagai konsert di seluruh dunia dan menarik minat penonton asing. Beberapa akhbar mengulas mengenai kejayaan mereka dengan tajuk ‘Uthmaniyyah berjaya menaklvki Eropah.’

Mengimbas kembali saat pasukan elit Janissari dibubarkan pada tahun 1826, kumpulan Mehter juga turut berpecah belah. Bagi menggantikannya, pancaragam tenter4 gaya Eropah yang lebih moden, ‘Mızıka-i Hümayun’ telah ditubuhkan.

Berikutan pengasasan Republik Turki, Menteri Pertahanan Zekai Bey menamatkan khidmat kumpulan Mehter kerana hubungannya dan kaitannya dengan Empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1952, Presiden Turki, Celal Bayar terkesima dengan persembahan pancaragam tenter4 Scotland yang bersejarah di majlis pengebumian diraja di London. Celal mengarahkan bekas Ketua Kakitangan Awam Turki, Nuri Yamut untuk menubuhkan kumpulan yang sama.

Hari ini, kumpulan Mehter kembali meniup semangat patriotik Turki di bawah seliaan Angkatan Tenter4 Turki dan berkhidmat di Muzium Tenter4 di Istanbul. Ketika Mehter baru hendak dihidupkan kembali, beberapa skor dan nota muzik Uthmaniyyah yang digubah sebelum tahun 1826 tidak lagi ditemui. Oleh itu, lirik dan melodi baru ditambah berdasarkan rakaman lagu-lagu lama yang masih ada.

Kumpulan Mehter Uthmaniyyah masih bermain untuk upacara khusus dengan anggotanya lengkap berpakaian kostum bersejarah Janissari Uthmaniyyah. Hari ini Mehter Uthmaniyyah dianggap sebagai kumpulan pancaragam tenter4 yang tertua di dunia.

Berikut disenaraikan beberapa pautan Youtube lagu-lagu Mehter moden kegemaran penulis :


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.