Mungkin ada antara kita mengenali siapakah isteri Putera Harry dari kerabat diraja British bernama Meghan Markle, mungkin juga kita tidak mengenali siapakah wanita ini. Mari kita mengenali serba sedikit tentang beliau.

Meghan Markle dilahirkan di Los Angeles, California, AS pada 4 Ogos 1981. Semasa Meghan menjadi mahasiswa Universiti Northwestern, beliau menceburi bidang lakonan. Antara drama yang pernah Meghan berlakon adalah drama bersiri ‘Suits’ sebanyak 7 musim. Meghan ketika itu berlakon sebagai Rachel Zane.

Meghan kemudian jatuh cinta dan berkahwin dengan Putera Harry, putera bongsu dari pasangan Chales dan Diana, iaitu Putera dan Puteri Wales pada 2017. Hasil perkahwinan ini, Meghan dan Harry mempunyai seorang putera bernama Archie Mountbatten-Windsor yang lahir pada 2019. Pada tahun 2020, pasangan diraja British ini tidak lagi melibatkan diri dalam urusan diraja dan berpindah ke Kanada untuk menikmati hidup sebagai orang awam.

Inilah kisah Meghan Markle yang bermula sebagai pelakon hingga menjadi isteri putera diraja British. Namun, pada tahun 2018, hidup Meghan berubah setelah sebuah dokumentari ditayangkan tentang kisah sebenarnya. Siaran televisyen British bernama Channel 4 menayangkan dokumentari ‘Meet The Markle’, dokumentari berkenaan menjejak sejarah keluarga Markle.

Pengacara bernama Amelia Dimoldenberg pergi ke AS untuk menyiasat sejarah keluarga Markle. Kemudian bertemu dengan sepupu jauh Meghan bernama Jeff Mudgett, seorang peguam AS. Jeff mendakwa dirinya adalah cucu tiga kali kepada H.H. Holmes. Ya, pem.bu_nuh bersiri pertama terkenal dalam sejarah kriminologi AS dan mendakwa Meghan juga berketurunan Holmes. Pembaca boleh merujuk semula artikel berkenaan H.H. Holmes di pautan ini.

Benarkah dakwaan yang dibawa oleh Jeff Mudgett ini?

Jeff Mudgett.

Pada mulanya, Jeff telah sedia maklum bahawa beliau adalah keturunan H.H. Holmes setelah memahami salasilah keluarganya. Kemudian beliau menyiasat adakah Holmes dan p.em.bu_nu.h lagenda London iaitu Jack The Ri.p.p.er adalah orang yang sama. Di akhir siasatan, Jeff konklusikan bahawa Jack dan Holmes adalah orang yang sama.

Beliau mendakwa, beliau sendiri menyiasat bersama CIA dan FBI, serta bantuan dari jabatan polis bernama Scotland Yard bagi menganalisis tulisan Jack The Ri.p.p.er dan H.H. Holmes. Di akhir keputusan, tulisan kedua-dua individu ini sama dan sekaligus membuktikan bahawa Holmes sebenarnya Jack.

Jadi benarlah bahawa Holmes pernah ke London kemudian mereka cipta identiti baru bernama Jack untuk melepaskan gian me.mbu_n.uhnya. Ini yang Jeff Mudgett percaya selaku keturunan terus dari H.H. Holmes. Menurutnya lagi, Meghan Markle memang berkait dengan Jack The Ri.p.p.er atau Holmes dan Ratu (merujuk Ratu Elizabeth) tidak tahu akan salasilah Meghan ini.

Tidak ada berita menerangkan tentang reaksi Meghan akan dokumentari tersebut. Mungkin Meghan mengambil langkah untuk tidak peduli dan meneruskan hidupnya sebagai isteri kepada putera kerabat diraja British. Mungkin juga tindakan berpindah ke Kanada adalah satu langkah selamat dari Meghan sendiri untuk tidak dedahkan perkaitan Jack The Ri.p.p.er dengan dirinya.

RUJUKAN:

Vonow, B. (14 May 2018). Meghan Markle ‘is related to Jack the Rip.p.er s.eri.al k.ill.er suspect H H Holmes’ who k.il.le.d victims in Factory of Death hotel. The Sun.

Spillett, R. (14 May 2018). New Channel 4 documentary claims Meghan Markle is related to America’s first s.eri.al k.ill.er HH Holmes who mu.rder.e.d his victims at Factory of De.at.h hotel. Daily Mail.

Flint, H. (16 May 2018). Channel 4’s Meghan Markle ‘documentary’ claims she’s related to Ja.ck the Ri.pp.er


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.