Apa yang berlaku di Shah Alam telah mencetuskan suatu perbincangan hangat di seluruh negara. Bermula daripada sekeping mesej di Twitter terutamanya, banyak orang telah melontarkan pendapat. Salah satu daripadanya ialah ciapan Twitter yang menceritakan tentang sekawan kanak-kanak diherdik seorang pelajar. Kemudian seorang pelanggan menegur pelajar tersebut yang restoran McDonald’s bukannya perpustakaan untuk diam menyepi. Rata-ratanya penggiat media sosial berbelah bahagi dengan pendapat sedemikian.

Dan sebenarnya topik ini tidak terhad kepada pengguna-pengguna Malaysia sahaja. Adakah McDonald’s sesuai untuk belajar? Soalan ini ditanya di setiap negara yang mempunyai McDonald’s, berputik daripada pertembungan hak kebebasan:

1) Hak pengguna untuk makan dan beriadah bersama keluarga (yang mesti akan ada gelak tawa).
2) Hak anak-anak pengguna untuk main dan kecoh.
3) Hak pengguna untuk beli air dan belajar.

Teknologi belajar telah berkembang dengan pesat. Walaupun pelajar masih mengharapkan perpustakaan universiti, tidak pelik jika ramai enggan pergi atas beberapa faktor. Maka di setiap negara, akses Internet pantas telah menjadi alat penting untuk menyiapkan tugasan universiti. Maka golongan pelajar akan menumpang Internet di McDonald’s atas tujuan tersebut.

Masyarakat perlu fikir sejenak. Jika ada Internet tanpa had di tangan, takkan mereka jejaki McDonald’s punya. Kos sara hidup sudah menekan, dengan harga makanan restoran tersebut bukannya marhaen. Kadangkala tambahan data pun tidak mencukupi kerana hasil carian terlalu berlambak. Akses data pun kadangkala tidak optimum di tempat-tempat tertentu. Ini belum lagi cakap pasal orang yang lagi cenderung untuk jana ilham jika dapat bau goreng-gorengan kentang yang semerbak kasturi (Caroline, 2014).

Cabaran paling besar untuk golongan pelajar ialah had waktu di perpustakaan dan makmal komputer. Asal malam saja (waktu kemuncak siapkan tugasan), kedua-dua tempat ini tutup (Troianovski, 2013). Jadi McDonald’s bukannya tempat yang diingini; sebaliknya ia hanya diperlukan. Perpustakaan juga selalunya menghalang golongan pelajar daripada berbincang supaya boleh menyelesaikan tugasan. Makanan dan minuman pun kebanyakan perpustaan halang juga. Malah dalam kalangan guru dan pensyarah pun ramai yang menandakan kertas soalan di kedai-kedai makan juga.

Jadi memang benar situasi di McDonald’s ialah pertembungan hak. Golongan pelajar tidak boleh dinafikan hak untuk menyiapkan tugasan di sana. Walaubagaimanapun, peranan pelajar di McDonald’s hanyalah berunsurkan komensalisme seperti yang diamalkan di dalam laut.

Apa Itu Komenalisme? : Ikan remora mempunyai ciri khas yang membolehkan badan mereka lekat pada ikan besar lain (contohnya jerung) bagi tujuan pergerakan dan makanan. Gigi jerung yang besar akan menyebabkan simbahan daging halus, yang akan dimakan remora.

Begitulah peranan pelajar di McDonald’s, melekat pada badan yang memanjangkan hidup. Tujuan badan (jerung/McDonald’s) pula untuk mencari benda lain (makanan sendiri/pelanggan lain). Tetapi adanya remora (pelajar) tidak mengapa-apakan makanan (kadar jualan). Jadi jerung (McDonald’s) membiarkan saja, kerana sasaran utamanya bukanlah remora (pelajar).

Sungguhpun begitu, ada saja McDonald’s yang mengharamkan pelajar di restorannya. Berlaku di Filipina, sebuah restoran melekatkan notis bahawa perniagaan McDonald’s adalah untuk golongan yang singgah makan atau beli balik sahaja (DailyPedia, 2019).

Maka sebenarnya masalah ini hanya boleh selesai dengan sikap tolak ansur. Pelajar perlu faham yang McDonald’s akan bising. Dan pelanggan McDonald’s pun perlu faham yang pelajar terpaksa belajar. Solusi ada dalam nilai kemasyarakatan supaya sikap mutualisme boleh diamalkan secara berkesan. Kerana akhirnya golongan pelajar itu juga sedang cuba mencari sesuap nasi pada hari yang akan datang.

RUJUKAN:

Caroline. (2014, March 6). Why I’m More Productive At McDonald’s Than Starbucks. Curtis Zimmerman. Retrieved from https://curtiszimmerman.com/why-im-more-productive-at-mcdonalds-than-starbucks/

DailyPedia. (2019, September 21). Netizens argue about a McDonald’s branch forbidding students from studying inside. Retrieved from https://www.dailypedia.net/2019/09/netizens-argue-about-a-mcdonalds-branch-forbidding-students-from-studying-inside/

Troianovski, A. (2013, January 28). The Web-Deprived Study at McDonald’s. WSJ. Retrieved from https://www.wsj.com/articles/SB10001424127887324731304578189794161056954


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.