Topik Krismas sentiasa menjadi perbualan dalam Dunia Kristian. Agamawan dan cerdik pandai mahu mengetahui tarikh kelahiran Nabi Isa (as) yang sebenar.

Di sisi agama Kristian, baginda (as) dianggap sebagai seorang figura ketuhanan. Pengamatan ini ditolak ajaran Judaisme (dan kemudian Islam).

Tetapi ini tidak menjadi penghalang untuk menyelidik tentang asal-usul Krismas, oleh kerana pengaruh sejarah di sebalik perayaan ini.

Agama Kristian berputik ketika Empayar Rom mencapai zaman kegemilangan. Akidah Kristian yang bertunjangkan tauhid menjadi sukar untuk diterima masyarakat. Rom ketika itu terjerumus dalam kancah penyembahan dewa-dewi.

Jemaah dewa-dewi Rom

Jadi kewujudan Kristian dilihat sebagai suatu anc-am-an yang menyukarkan hidup mereka.

Penganut-penganut Kristian awal enggan menyertai langsung dalam sambutan agama Rom. Maka golongan musyrikin Rom menganggap mereka sebagai bar-ah dalam sosiopolitik empayar.

Ramai maharaja Rom tidak mempunyai sebarang simpati pada Kristian.

Begitu teruk mereka mengerjakan penganut-penganut tauhid. Nabi Isa (as) mempunyai 12 orang sahabat (hawariyun) yang menyemai benih tauhid selepas keberangkatan baginda ke langit.

Peter dan Paul menjadi man-gsa Nero, yang menyi-ksa mereka sampai m-at-i pada tahun 66. Paul dip-an-cµng, dan Peter pula disal-ibkan.

Gambaran nasib Paul.

Andrew mengembara jauh ke Rusia, membawa kitab Injil. Kemudian beliau berhijrah sana sini untuk menyebarkan dakwah hingga disa-lib di Greece.

Thomas juga mengimarahkan kerja dakwah hingga ke India, dimana beliau dibµnµh.

Philip menjalankan sebuah kariah besar di Anatolia dimana beliau berjaya berdakwah pada isteri seorang pembesar.

Terlalu marah, pembesar ini menjatuhkan hµkµman sa-lib songsang padanya.

Lukisan yang mengabadikan kez-al-iman Rom.

Matthais pula diba-kar sampai m-at-i. Dan John ialah hawari yang hidup sampai tua, katanya diberkati Tuhan kerana badannya tidak ce-de-ra meskipun dicampakkan dalam minyak mendidih.

Dengan sejarah gelap sebegini, semua boleh faham kenapa ajaran Kristian mengambil masa lama untuk bertapak.

Tarikh sebenar kelahiran Nabi Isa (as) pula hilang daripada ingatan umum, barangkali kerana tidak dicatat.

Minat untuk mengenalpasti tarikh kelahiran baginda memuncak pada abad ketiga, seperti yang ditulis seorang agamawan bernama Clement dari kota Alexandria.

Clement dari Alexandria

Ada golongan yang mengetahui bukan setakat tarikh kelahiran baginda tetapi juga harinya; dan mereka berkata hari itu jatuh pada tanggal 28, tahun Augustus, dan pada hari ke-25 Pachon (bulan Mesir) [yakni 20 Mei sebenarnya] … ada juga berkata baginda dilahirkan sama ada 24 atau 25 Pharmuthi [20 atau 21 April]”  (McGowan, 2012).

Tetapi setelah meneliti dan berbincang, pihak agamawan memilih tarikh 25 Disember untuk menyambut kelahiran baginda.

Di sini jelas bahawa 25 Disember hanyalah sambutan.

Logik mereka terletak pada hukum alam (Melton, 2011), yakni sembilan bulan selepas 25 Mac (tarikh ekuinoks yang dikatakan hari kehamilan Ibu Maryam as).

Sambutan Krismas pertama diadakan pada 25 Disember 336 di kota Rom, ketika Maharaja Constantine masih menguasai empayar.

Perdebatan Besar Agama Kristian

Dalam zaman sebelum kebangkitan Gereja Katolik, Ortodoks, Lutheranisme dan sebagainya, pernah berlaku sebuah perbincangan sangat menggemparkan. Dua agamawan Alexandria telah bertembung antara satu sama lain.

Mereka ialah Arius dan Athanasius, dua figura mungkin tidak diketahui semua. Perdebatan mereka terlalu panas sampai pengaruh Krismas ditenggelamkan terus.

Semasa Constantine berusaha untuk menyatukan Kristian, timbul pula persengketaan besar tentang status Nabi Isa (as) di sisi agama.

Perdebatan Arius dan Athanasius

Kristian berpegang pada landasan tauhid yang Tuhan wujud dalam tiga unsur. Arius mengatakan alam ini dikuasai Tuhan yang tidak sama dengan Nabi Isa (as).

Jadi baginda Isa (as) bukanlah Tuhan, sebaliknya hanya Anak Sulung-Nya.

Athanasius pula berpendapat sebaliknya, bahawa Tuhan turun untuk menyelamatkan umat manusia dan pergi apabila kerja-Nya selesai (CHI, n.d.).

Perbincangan ini menjauhkan jurang anutan sesama Kristian, hinggalah ideologi Arius tenggelam.

Dan Krismas merupakan sebahagian daripada perseteruan antara Arius dan Anathasius. Jadi perayaan ini seolah-olah lenyap sebentar, hinggalah Charlemagne menjadi Maharaja Rom pada tahun 800.

Ketika ini agama Kristian telah berkembang jauh, begitu juga Islam sampai ada zon penampan antara Barat dan Timur.

England menerima ajaran Kristian, yang mengharamkan Krismas kerana terlalu ramai orang menyambut dengan minuman keras sampai menyusahkan keadaan (Durston, 1985).

Gerakan Oxford dan Gereja England kemudian berganding bahu untuk merawat persepsi umum tentang Krismas. Secara berperingkat, mereka bergiat dengan aktif untuk menolong orang susah.

Usaha berzaman ini dibantu penulis-penulis terkemuka seperti Charles Dickens dan Washington Irving, bahawa Krismas ialah masa untuk keluarga, disambut dengan baik hati dan pemberian hadiah.

Sebuah sambutan cara negatif dimurnikan.

Jurang berabad antara zaman hawariyun (termasuk anak murid mereka) dan kebangkitan Gereja menyebabkan Krismas disambut pada tarikh berlainan.

Penulisan Clement boleh dianggap sebagai bukti ketidaktentuan, untuk memilih tarikh sambutan. Katolik mengikuti Kalendar Gregorian yang berpendapat kelahiran Isa (as) jatuh pada 25 Disember.

Manakala Ortodoks Timur berpendapat Kalendar Julian lebih tepat, yakni 7 Januari merupakan Hari Krismas. Gereja Alexandria Qibti dan Ethiopia bersetuju dengan pendapat Ortodoks, manakala Armenia pula menetapkan dua tarikh berlainan.

Gereja Apostolik Armenia menyambut Krismas pada 6 Januari. Manakala Gereja Patriarchate Jerusalem menyambutnya pada 19 Januari, sehingga tahun 2100. Kemudian tarikh ini berubah ke 20 Januari.

RUJUKAN:

CHI. (n.d.). #108: Athanasius on Christ.

Durston, C. (1985). Lords of Misrule: The Puritan (ditapiskan)on Christmas 1642-60. History Today. 35 (12): 7-14.

McGowan, A. (2012, Disember 14). How December 25 became Christmas. Bible History Daily.

Melton, J.G. (2011). Religious celebrations: An encyclopedia of holidays, festivals, solemn observances and spiritual commemorations. ABC-CLIO. Halaman 39.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.