May Day: Sejarah Terpenting Untuk Para Pekerja Sedunia

0
819
views

1 May, hari yang simbolik bagi kita selaku pekerja. Tidak kisah berjawatan tinggi atau rendah, kita pasti tahu apakah 1 May itu. 1 May adalah tarikh terpenting dalam sambutan Hari Pekerja dan juga hari terpenting dalam sambutan kebudayaan yang biasa diraikan oleh orang Eropah.

Untuk artikel khas ini, kita fokus kepada Hari Pekerja. Kita sering difahamkan bahawa Hari Pekerja adalah hari yang binus untuk para pekerja berehat dari dunia pekerjaan dan mengisi masa lapang untuk menikmati kehidupan. Tapi, adakah ini tujuan sebenar Hari Pekerja yang kita sambut?

Saya berani kata, tidak. Anda semua tertipu (walaupun pada asalnya adalah hari cuti)! Bagi mereka yang tidak tahu apa sebenarnya Hari Pekerja itu, Hari Pekerja adalah hari terpenting bagi memperingati pengorbanan 8 orang pekerja anarkis yang memperjuangkan tempoh bekerja selama 8 jam.

Ia bermula dari akhir abad ke-19 di mana kesatuan pekerja semakin berkembang dalam dunia pekerjaan. Maka, beberapa tarikh dipilih oleh para kesatuan pekerja untuk menyambut hari cuti mereka. Pada 1880-an, Di USA dan Kanada, 1 September menjadi tarikh pilihan bagi menyambut Hari Pekerja. Matthew Maguire, seorang pakar mesin yang berjawatan sebagai setiausaha organisasi Central Labor Union (CLU) mencadangkan tarikh tersebut dan pada 1887 negeri Oregon adalah negeri USA pertama mengisytiharkan 1 September adalah cuti umum sempena Hari Pekerja, kemudian 30 buah negeri lain mengikuti jejak Oregon. Jadi, 1 September adalah Hari Pekerja yang sah ketika itu.

Sebelum, pengisytiharan tarikh itu, pada 1 May 1886 seramai 400,000 orang pekerja berarak di Chicago setelah organisasi American Federation of Labour menetapkan bahawa selepas 1 May tempoh bekerja berubah dari 12 jam hingga 8 jam. Syarikat akhbar anarkis ketika itu mulai menyebarkan berita mengajak para pekerja turun berdemonstrasi di negeri masing-masing.

Dua hari kemudian, sebuah perjumpaan diadakan di bangunan berdekatan loji McCormick Harvester Co. dengan kehadiran seramai 6,000 orang pekerja. August Spies, seorang editor surat khabar anarkis menjadi pengerusi mesyuarat dan merancang projek mereka seterusnya. Sedang asyik bermesyuarat, mereka diserbu oleh 200 orang pegawai polis dan mencederakan lima atau enam orang ahli mesyuarat.

August Spies yang menyaksikan kejadian itu bergegas ke pejabat syarikat akhbar anarkis Arbeiter-Zeitung dan menyampaikan berita kepada para pekerja lain berkumpul di Haymarket Square pada malam berikutnya bagi menunjukkan demonstrasi aman mereka. Demonstrasi ini disaksikan oleh kehadiran Mayor Carter Harrison, datuk bandar Chicago ke demonstrasi para pekerja. Beliau berkata kepada pihak polis yang cuba bubarkan demonstrasi bahawa para pekerja itu tidak membawa sebarang bahaya.

Pada pukul 10 malam, peristiwa tidak diingini berlaku bagi kedua-dua pihak polis dan para pekerja. Ketika 180 orang pegawai polis muncul bagi mengarahkan para pekerja untuk bubar, sebuah bom dinamik meletup sehingga mencederakan 6 orang pegawai polis. Maka, pihak polis bertindak balas akan ‘serangan’ para pekerja sosialis dan anarkis. Dari situ berlaku perbalahan berdarah Haymarket, berakhir dengan kecederaan 60 orang pegawai polis dan kematian sejumlah rakyat termasuk para pekerja yang berdemostrasi. Mereka yang terselamat dari kejadian itu ditangkap oleh pihak polis untuk disoal siasat.

GAMBAR 1: Illustrasi pengeboman semasa demonstrasi aman di Haymarket, Chicago.

Setelah penyiasatan insiden Haymarket itu, 8 orang anarkis disyaki penyebab sebenar kejadian bom itu termasuk August Spies. 7 orang suspek lagi adalah:

1) Samuel ‘Sam’ Fielden. Seorang pastor gerakan Methodist dan penggerak utama demonstrasi Haymarket bersama August Spies.

2) Adolph Fischer. Penulis akhbar Arbeiter-Zeitung dan aktivis gerakan pekerja.

3) Albert Richard Parsons. Salah satu penggerak sosialis Amerika pertama dan editor surat khabar anarkis.

4) Michael Schwab. Pengurus gerakan pekerja Jerman-Amerika.

5) George Engel. Aktivis gerakan pekerja.

6) Louis Lingg. Anarkis Amerika berdarah Jerman.

7) Oscar William Neebe. Aktivit gerakan pekerja.

Sepanjang perbicaraan mahkamah, kelapan-lapan suspek mempunyai alibi sendiri tiada satupun antara mereka yang memulakan perbalahan berdarah itu. Pada akhir perbicaraan, mereka semua didapati bersalah dan mendapat hukuman gantung sampai mati kerana bersalah mengadakan demonstrasi besar-besaran selain pemikiran anarkisma mereka yang dibenci oleh masyarakat. Namun, hakikat sebenar kejadian adalah pengeboman itu adalah kerja salah satu agen pihak polis untuk mencipta sebuah konspirasi bagi memburukkan demonstrasi Haymarket itu.

Louis Lingg membunuh diri sebelum masuk waktu hukuman manakala Oscar William Neebe dihukum dengan 15 tahun penjara setelah mendapatkan pengampunan. Begitu juga Samuel Fielden dan Michael Schwab, dibebaskan setelah pengampunan. Mana 5 orang anarkis lagi telah ditamatkan riwayat pada 11 November 1887.

Pada 1889, sebuah perjumpaan diadakan di Paris oleh Kongress Pertama dari Second International, organisasi sosialis antarabangsa. Raymond Lavigne mencadangkan bahawa demonstrasi besar-besaran perlu dilakukan pada 1890 sebagai sambutan ulang tahun insiden demonstrasi Chigago. Pada 1891, May Day yang bertarikh 1 May menjadi tarikh terpenting untuk Kongress Kedua.Pada 1894. Pemberontakan May Day di Cleveland, Ohio menjadi demonstrasi pekerja besar-besaran pertama dunia.

May Day juga menjadi hari terpenting untuk para sosialis, anarkis dan komunis untuk berarak menyambut ulang tahun insiden Haymarket dan tarikh itu menjadi cuti umum bagi negara-negara komunis seperti Republik China, Korea Utara, Cuba dan negara Soviet Union.

Sejak sambutan May Day itulah negara-negara beraliran kapitalisma seluruh dunia mengiystiharkan 1 May adalah cuti umum sempena sambutan Hari Pekerja. Jika bukan usaha para anarkis berdemonstrasi, mungkin tidak wujud Hari Pekerja Sedunia dan kita mungkin bekerja 12 jam seminggu sehingga sekarang.

RUJUKAN:

  1. A short history of May Day: https://libcom.org/history/1886-haymarket-martyrs-mayday
  2. Foner, “The First May Day and the Haymarket Affair”, May Day, pp. 27–39.
  3. Huberman, Michael (Dec 2004). “Working Hours of the World Unite? New International Evidence of Worktime, 1870–1913”. The Journal of Economic History. 64 (4): 971.
  4. Henry David, The History of the Haymarket Affair (1936), introductory chapters, pages 21 to 138
  5. “United States Department of Labor: The History of Labor Day”. Archived from the original on 3 September 2011. Retrieved 2 September 2011.