Selalunya bila berbicara tentang cendekiawan-cendekiawan Islam yang hebat, nama-nama seperti al-Kindi, Ibnu Sina, al-Khwarizmi, al-Battani dan Ibnu al-Haytham selalu menjadi sebutan dan menjadi punca kepada kebangkitan Eropah semasa era Renaissance.

Tetapi tidak ramai tahu semasa era Renaissance berlaku, ada juga tokoh-tokoh Uthmaniyyah yang menyumbang kepada era berkenaan. Salah seorang daripada mereka ialah Matrakci Nasuh atau Nasuh al-Matraki.

Biografi

Matrakci atau nama sebenarnya Nasûh bin Karagöz al-Bosnawi/Nasûh bin Abdullah al-Silahi al-Matraki merupakan anak jati Visoko, Bosnia-Herzegovina dan dilahirkan pada tahun 1480. Walaupun lahir dari sebuah keluarga Muslim Bosnia, beliau telah didraf ke dalam sistem devshirme, sistem yang biasanya dikhaskan kepada populasi Eropah Uthmaniyyah ketika itu. Bagaimanapun, di Bosnia, sistem ini turut dipanjangkan kepada keluarga-keluarga Muslim tempatan.

Matrakci mendapat pendidikan di sekolah istana semasa era pemerintahan Sultan Bayezid II dengan salah seorang gurunya ialah guru baginda, Sai Celebi. Bila menginjak usia dewasa, beliau menjadi sebahagian daripada unit Janissari dan dikenali sebagai seorang penembak tepat dan handal bermain pedang. Selain itu, Matrakci juga berupaya menguasai lima bahasa, satu kelebihan yang membolehkannya menyertai angkatan laut Uthmaniyyah.

Matrakci

Pada tahun 1520, Matrakci dihantar ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya dan menghadiri simulasi-simulasi p3rang Uthmaniyyah. Simulasi-simulasi ini memberi idea kepada beliau untuk menghasilkan sebuah permainan p3rang yang dipanggil matrak. Matrak ialah sejenis permainan p3rang yang menyaksikan pemain berlawan menggunakan sebatang kayu yang dipanggil labut, belantan atau pedang rapier. Permainan ini dicipta bagi melatih t3ntera Uthmaniyyah untuk menjadi lebih cekap dan pintar beradaptasi dalam situasi pep3rangan.

Dengan melihat matrakci dan garis masa kejayaan kempen Uthmaniyyah pada abad ke-16, tidak mustahil matrakci merupakan senjata rahsia kerajaan berkenaan menghadapi musuh-musuh mereka termasuk Sepanyol. Justeru, tidak hairanlah mengapa Sultan Suleiman al-Qanuni menganugerahkan gelaran Reis (Ketua) dan Ustad (Tuan) kepada Matrakci kerana memberi input besar kepada aktiviti pep3rangan Uthmaniyyah termasuk cara penggunaan lembing. Dekri anugerah ini menjadi sebahagian daripada isi kandungan kitabnya yang berjudul Umdat al-Hisab. Matrakci dibangunkan dan disemak berkali-kali oleh beliau semasa berada di Mesir yang ketika itu ditadbir Gabenor Mesir, Hayr Bey.

Selain memberi sumbangan dari segi aspek latihan ket3nteraan, Matrakci turut menunjukkan kepintaran dalam soal pembangunan s3njata dan taktik pep3rangan. Bagi meraikan hari di mana putera-putera Suleiman al-Qanuni iaitu Mustafa, Mehmed dan Selim bersunat, beliau membina dua buah kubu bergerak yang diperbuat daripada kertas. Mengikut keterangannya, kubu bergerak ini mempunyai lima buah menara dan empat buah pintu gerbang. Dinding kubu dihias indah dengan pistol dan senapang lantak dipasang pada dinding kubu serta dikawal oleh 60 orang.

Rajah 1: Kubu kertas bergerak yang dilakar dalam Tuhfat al-Ghuzat. Kredit: https://www.academia.edu/26055093/Nasuh_Al-Matrak%C3%AE_A_Noteworthy_Ottoman_Artist-Mathematician_of_the_Sixteenth_Century

Kubu-kubu ini akan bergerak ke arah satu sama lain dari bahagian arena yang berbeza. Apabila pintu gerbang pertama dinaikkan, 4skar bersenjatakan p3dang akan keluar. Ini disusuli oleh dengan pembukaan pintu gerbang lain iaitu pintu gerbang kedua (4skar bersenjatakan cokmar), pintu gerbang ketiga (4skar bertopi putih) dan pintu gerbang keempat (pem4nah). Dua kubu bergerak ini diperlihatkan kepada baginda dan orang ramai pada 21 Jun 1529. Rekaan kubu bergerak ini boleh diamati dalam kitab karangannya yang bertajuk Tuhfat al-Ghuzat (Hadiah Seorang P4hlawan).

Tuhfat al-Ghuzat pada dasarnya merupakan sebuah ensiklopedia pert4hanan dan pers3njataan yang merangkumi lima bab. Kitab ini mengandungi pelbagai bentuk ilustrasi dan penerangan tentang senjata seperti anak p4nah, busur, p3dang dan c0kmar, taktik ket3nteraan dan kehormatan. Di samping itu, Matrakci turut menyentuh isu simulasi pep3rangan, pendidikan ket3nteraan, latihan dan kemahiran berkuda dengan memberi rujukan khusus kepada pasukan berkuda.

Peta miniatur

Selain dikenali sebagai pandai p3rang, ketajaman minda Matrakci turut terserlah dalam bidang kesenian. Memandangkan tugasnya sebagai ahli pep3rangan dan p4hlawan memerlukan beliau mengembara ke serata tempat, bukanlah satu kejutan masa lapangnya diisi dengan melukis peta miniatur sesebuah lokasi di mana beliau dan pasukan t3ntera Uthmaniyyah berkhemah atau berlabuh.

Contohnya dalam kitab yang berjudul Bayân-i Manâzil-i Safar-i Iraqayn-i Sultan Süleyman Khan, Matrakci melukis tempat-tempat mereka berkhemah semasa kempen pertama Suleiman al-Qanuni terhadap kerajaan Safavid yang berlangsung antara 1533 hingga 1536.

Menerusi Bayân-i Manâzil-i Safar-i Iraqayn-i Sultan Süleyman Khan, beliau bukan saja melukis tetapi menerangkan ciri fizikal sesebuah bandar yang disinggahi termasuk laluan yang digunakan pihak Uthmaniyyah. Dari segi jarak pula, Matrakci memilih menggunakan batu sebagai unit berbanding bilangan jam diperlukan untuk mengembara.

Antara bandar yang disinggahi ekspedisi pertama Suleiman al-Qanuni ini ialah Tabriz, Baghdad, Diyarbakir dan Aleppo. Matrakci juga turut bertanggungjawab mencipta skrip kaligrafi baru ta’lik yang dikenali sebagai kalem-i divani. Sebelum itu, pihak Uthmaniyyah menggunakan skrip kaligrafi ta’lik Parsi dalam skrip tulisan mereka.

Rajah 2: Peta miniatur Baghdad.

Pada tahun yang sama Matrakci dihantar bertugas ke Mesir, tahun itu turut menyaksikan beliau mengorak langkah sebagai sejarawan. Jika tidak sibuk membangunkan simulasi pep3rangan matrakcinya itu, beliau menterjemah catatan sejarah Imam at-Tabari yang bertajuk Târikh al-Rasûl wa al-Mulûk dari Bahasa Arab ke Bahasa Turki.

Kitab Tarikh al-Rasul wa al-Muluk terdiri daripada tiga jilid yang kemudian digabungkan satu jilid tambahan yang dikarang olehnya sebelum diberi tajuk baru iaitu Madjima al-Tawarikh. Jilid tambahan yang dimasukkan dalam Kitab Tarikh al-Rasul wa al-Muluk ini merujuk kepada sejarah pembentukan kerajaan Uthmaniyyah hingga pertengahan abad ke-16.

Selain menterjemah Kitab Tarikh al-Rasul wa al-Muluk, Matrakci turut meriwayatkan sejarah para pemerintah Uthmaniyyah. Misalnya, kitab Ta’rikh-i Sultan Bâyezid wa-Sultan Selim berkisar tentang riwayat Bayezid II dan Selim I, Ta’rikh-i Sultan Selim (Selim I), Ta’rikh Sultan Bayezid (Bayezid II), dua koleksi Süleyman-nâme yang berkisar tempoh 1520-1537 dan 1543-1551 serta Ta’rikh-i Feth-i Shiklos wa Estergon wa Istolnibelgrad (rujukan ekspedisi ket3nteraan yang berlaku pada 1542 dan 1543).

Pada tahun 1550, Perdana Menteri Uthmaniyyah ketika itu iaitu Rustem Pasha menggalakkan Matrakci membuat semakan semula kepada Madjima al-Tawarikh dan menambah maklumat baru pada kitab berkenaan. Ini membawa kepada penghasilan versi kedua kitab al-Tabari itu yang bertajuk Jami’ al-Tawarikh. Penambahan yang dibuat beliau ialah menambah sejarah pemerintahan Suleiman al-Qanuni hingga tahun 1561. Salah satu daripada judul Jami’ al-Tawarikh didedikasikan khusus kepada Rustem Pasha.

Matrakci juga turut memberi input signifikan dalam bidang geografi setanding rakan kontemporarinya, Piri Reis. Buku pertama yang menyentuh disiplin ilmu ini ialah Bayân-i Manâzil-i Safar Iraqayn. Kitab ini mengandungi pelbagai model miniatur yang menyambungkan Istanbul ke Tabriz dan Baghdad seperti peta.

Contohnya, lukisan ibu kota Istanbul termasuk lakaran miniatur infrastruktur yang wujud ketika itu seperti Istana Topkapi, Haghia Sophia (ketika itu berperanan sebagai masjid), At Meydani (arena Hippodrome) dan kompleks Mehmed II.

Ilustrasi miniatur yang dihasilkan Matrakci menjadi contoh lukisan topografi yang menjadi ikutan ramai seniman dan ahli geografi untuk abad-abad berikutnya. Ini sekaligus menjadikan peta darat yang dihasilkannya bertaraf tinggi setaraf dengan peta maritim Piri Reis yang wujud dalam Kitab-i Bahriye. Dua lagi karyanya turut memberi impak signifikan iaitu Ta’rikh-i Feth-i Shiklos wa Estergonwa Istolnibelgrad dan Ta’rikh Sultan Bayezid.

Dalam Ta’rikh-i Feth-i Shiklos wa Estergonwa Istolnibelgrad, Matrakci melukis rumah-rumah tumpangan yang wujud antara Budapest hingga Istanbul dan pelabuhan-pelabuhan Perancis seperti Nice, Toulon dan Marseille. Kesemua lukisan ini dibuat semasa beliau mengikut armada laut Uthmaniyyah yang diketuai Hayreddin Barbarossa semasa kempen pakatan Perancis-Uthmaniyyah terhadap Sepanyol.

Rajah 3: Peta miniatur Istanbul seperti dalam Ta’rikh-i Feth-i Shiklos wa Estergonwa Istolnibelgrad.
Rajah 4: Lukisan armada laut Uthmaniyyah-Perancis semasa mengepung Nice.

Matematik

Dalam bidang matematik pula, Matrakci turut mengarang dua buah buku iaitu Divan katipleri dan muhasebeciler. Dua buku ini saja digunakan untuk membantu kerani-kerani jabatan diraja tetapi turut menyumbang kepada pembangunan Bahasa Turki agar bersesuaian dengan bahasa matematik. Ini juga membantu penyelesaian matematik yang dihadapi para akauntan jabatan ketika itu.

Buku pertamanya berjudul Jamâl al-Kuttâb wa Kamâl al-Hussâb yang dikarang pada tahun 1517 dan didedikasikan kepada Selim I. Manakala Umdat al-Hisab pula dikarang pada tahun 1533 dan merupakan penambahbaikan dari versi pertama. Selain meliputi subjek sama seperti Jamal al-Kuttab wa Kamal al-Hussab, Umdat al-Hisab turut menyentuh soal pengiraan harta pusaka dan percukaian, dua perkara penting yang perlu dipelajari akauntan ketika itu.

Satu penemuan menarik dari Umdat al-Hisab ialah cara pendaraban kekisi yang digunakan secara meluas di Madrasah Enderun sebelum diperkenalkan semula di Eropah oleh ahli matematik Scotland John Napier 50 tahun kemudian.

Dua versi buku Matrakci masih wujud sehingga hari ini dengan Jamal al-Kuttab wa Kamal al-Hussab mempunyai empat salinan sementara Umdat al-Hisab pula mempunyai 15 salinan. Dengan bilangan salinan Umdat al-Hisab lebih banyak daripada Jamal al-Kuttab wa Kamal al-Hussab, ini jelas menunjukkan bahawa versi kedua yang dihasilkan Matrakci itu menjadi sumber rujukan utama mereka.

Matrakci merupakan antara tonggak penting dalam kerajaan Uthmaniyyah. Justeru, apabila berita kembalinya beliau ke hadrat Ilahi pada tahun 1564 tersebar, pemergiannya ditangisi ramai. Ini kerana kebijaksanaannya dalam banyak perkara memberi impak positif kepada perkembangan kerajaan Uthmaniyyah sebagai sebuah empayar yang digeruni. Malah, tidak salah jika ada yang menyamakan statusnya sama seperti polymath Renaissance yang paling terkenal, Leonardo da Vinci.

RUJUKAN:

Ayduz, Salim. Nasuh Al-Matrakî, A Noteworthy Ottoman Artist-Mathematician of the Sixteenth Century. https://www.academia.edu/26055093/Nasuh_Al-Matrak%C3%AE_A_Noteworthy_Ottoman_Artist-Mathematician_of_the_Sixteenth_Century


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.