China berjaya membina reaktor nuklear berasaskan pelakuran nuklear yang berjaya menjana tenaga bersuhu sehingga 150 juta darjah celsius (10 kali ganda lebih panas daripada Matahari).

Antara cabaran terbesar untuk membina reaktor ini ialah sebenarnya untuk tampung tenaga yang dihasilkan daripada proses pelakuran nuklear yang jauh lebih kuat daripada pembelahan nuklear (bom atom misalnya). Jutaan kali lebih kuat daripada janaan tenaga konvensional.

Matlamat utama pembinaan reaktor nuklear berasaskan pelakuran ini ialah bertujuaan untuk janaan tenaga yang lebih efisyen dan bersih. Penggunaan tenaga ini tidak akan menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau.

Selain daripada kelebihannya yang bersih dan penghasilan tenaga yang kuat, pelakuran nuklear tidak menghasilkan produk radioktif yang lama jangka hayatnya, tidak seperti produk pembelahan nuklear.

Penggunaan tenaga ini dapat memberikan manfaat kepada manusia keseluruhannya. Konvesionalnya, kita banyak guna arang untuk jana tenaga. Yang hidupkan lampu, penghawa dingin, komputer dan pelbagai lagi mesin dan perkakas elektrik, sumber tenaganya banyak daripada penggunaan arang.

Penggunaan arang banyak keburukannya. Tidak bersih, mengakibatkan pencemaran, penghasilan tenaganya pun tidak sebagus nuklear. Sekitar tahun 2040, United Nations (UN) bermatlamat untuk hentikan penggunaan arang sebagai sumber tenaga di seluruh dunia.

Reaktor pelakuran nuklear ini digelar “Matahari Buatan” (Artificial Sun) kerana proses pelakuran nuklear hanya dapat berlaku pada Matahari (dan bintang-bintang lainnya) secara semulajadinya.

Jadi, tidak perlulah gelabah kata Korea Selatan dan China mahu membina Matahari Buatan kerana mahu gantung satu lagi Matahari di Bumi atau mencabar kuasa Tuhan. Menggantung satu lagi Matahari di Bumi sedikit pun tidak memberikan keuntungan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.