Satu kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One beberapa hari lepas mendedahkan manusia pra-sejarah di Timur Tengah telah mencipta mata kail memancing menarik untuk menangkap haiwan akuatik. Mata kail ini dihasilkan seawal 10,000 SM dan digunakan untuk menangkap haiwan marin seperti ikan kap raksasa. Ini menunjukkan manusia pada ketika itu sudah menemui cara lain untuk menangkap ikan selain menggunakan tangan.

Dengan beberapa pengecualian artifak, agak sukar untuk menemui mana-mana artifak yang menunjukkan manusia sudah memancing seperti rod kayu dan umpan organik. Ini kerana kebanyakan artifak ini sudah pasti hilang ditelan zaman. Tetapi kajian PLOS One ini berdasarkan penemuan koleksi mata kail memancing yang dijumpai baru-baru ini berhampiran Sungai Jordan di Lembah Hula, utara Israel.

Rajah 1: Contoh mata kail yang dijumpai di tapak arkeologi Lembah Hula. Sumber: Profesor Gonen Sharon/Kolej Tel-Hai/PLOS One.

Selain 19 mata kail yang diperbuat daripada tu.la.ng, pasukan arkeologi dari Institut Penyelidikan Arkeologi Römisch-Germanisches Zentralmuseum diketuai Antonella Pedergnana turut menemui tujuh buah batu berukir. Batu-batu ini berkemungkinan digunakan sebagai pemberat semasa mereka memancing. Koleksi yang ditemui Pedergnana merupakan koleksi artifak memancing terbesar dari era pra-sejarah dengan anggaran ia berusia lebih 12,000 tahun.

Rajah 2: Kawasan tapak arkeologi Lembah Hula yang berhampiran dengan Sungai Jordan. Sumber: Profesor Gonen Sharon/Kolej Tel-Hai/PLOS One.

Mungkin ada menyangka mata kail yang dijumpai ini mempunyai saiz yang sama. Hakikatnya, menurut Profesor Gonen Sharon dari Kolej Tel-Hai, Israel, setiap mata kail yang ditemui berbeza antara satu sama lain termasuk dari segi saiz. Beliau percaya ini merupakan bukti orang pra-sejarah mempunyai pengetahuan mendalam tentang tingkah laku ikan yang diburu mereka.

Tambah Profesor Sharon lagi, mata kail ini kelihatan hampir sama dengan mata kail moden. Pemerhatian ini bukan sekadar merujuk cara ia dihasilkan atau saiz tetapi cara ia dibentuk dengan tajam dan sedikit lengkungan. Ciri ini memastikan setiap kali ikan berjaya ditangkap, ia tidak akan terkeluar daripada mulut ikan. Di Lembah Hula, mereka turut menemui banyak tu.la.ng ikan termasuk ikan gap raksasa yang berukuran dua meter panjang.

Tidak seperti mata kail moden yang mempunyai gelung besi sebagai tempat pengikat tali, orang pra-sejarah mempunyai cara tersendiri melekatkan tali pada mata kail mereka. Berdasarkan kajian mereka, mereka mengikat mata kail dengan ikatan beralur dan bonjol yang rumit bagi memastikan ia kekal pada tali. Pasukan pengkaji percaya sesetengah orang pra-sejarah turut menggunakan gam bagi mengukuhkan ikatan yang dibuat.

Rajah 3: Contoh mata kail dan umpan tiruan yang digunakan oleh nelayan pra-sejarah Lembah Hula. Sumber: Profesor Gonen Sharon/Kolej Tel-Hai/PLOS One.

Profesor Sharon percaya teknologi memancing ini muncul pada permulaan era Neolitik. Pada ketika itu, kumpulan-kumpulan pemburu berbeza mula menetap di stesen-stesen memburu tradisional yang memerlukan bekalan makanan yang berterusan. Dengan situasi tanaman tidak menjadi semakin kerap berlaku ketika itu, memancing merupakan kemahiran kemandirian hidup yang penting apabila mereka beralih daripada memburu kepada bertani.

Menerusi penemuan sama, Profesor Sharon percaya ia berpotensi sebagai asal-usul kaedah pancing layang. Ini kerana para nelayan pra-sejarah ini pasti tahu sesetengah ikan memburu serangga yang terbang berhampiran dengan permukaan air. Justeru, para nelayan ini sudah pasti menggunakan umpan tiruan untuk meniru pergerakan serangga sekaligus membolehkan mereka dapat mengailnya.

Kaedah pancing layang yang digunakan oleh nelayan pra-sejarah Timur Tengah pada 11,000 SM menunjukkan mereka sudah mempunyai pengetahuan mendalam tentang tingkah laku ikan di Lembah Hula. Siapa sangka, teknik yang digunakan oleh para pemancing moden hari ini sentiasa relevan walau apa jenis ikan yang ditangkap sama ada di laut, tasik atau sungai.

RUJUKAN

Cowie, Ashley. (2021, 8 Oktober). Fishing Tackle Used to Catch Monster Carp 12,000 Years Ago, Says Study. Ancient-Origins.

Sumber gambar: Emanuela Cristiani/PLOS One.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.