Kesempatan menghadiri kenduri akikah cucu kepada PW1 Ielias Ibrahim telah menemukan saya dengan bekas OC beliau semasa di dalam perkhidmatan dulu. Duduk semeja, tak sangka orang yang di depan saya adalah Mejar (B) Mohd Khariri Abu Hassan yang pernah berada bersama dengan Cik Ielias semasa dalam perkhidmatan.

Semasa Cik Ielias melalui pengalaman bertempur dalam satu insiden semasa mengawal projek LRTB, yang membolehkan beliau dianugerahkan pingat PGB ( satu-satunya penerima dari unit Wataniah setakat ini), Tn. Khariri menjalani latihan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) pada tahun 1977. Beliau dimasukkan ke PPT Lebuhraya pada tahun 1978 dan menjadi ketua platun ketika itu. Semasa itu, PPT merupakan pasukan tumpangan yang ditugaskan mengawal posisi tertentu terutama di kawasan projek dijalankan sementara pasukan regular seperti 15 RAMD yg menjadi unit induk mereka, menjaga dan mengawal kawasan yang lebih jauh ke dalam hutan termasuk di sempadan. Hanya pada tahun 1979, pasukan mereka diserapkan ke dalam pasukan Rejimen Askar Wataniah siri 300 yang memberikan mereka status batalion infantri sepenuhnya, memberikan mereka kawasan tanggungjawab (KTJ) tetap. Tn. Khairi dan Cik Ielias diletakkan di dalam Batalion 304. Beliau masih ingat CO beliau yg pertama iaitu Lt. Kol. Ng Boon Hua, diikuti Lt. Kol. Bunyamin selepas itu.

Tugas Rejimen 304 pd ketika itu meliputi pengawalan jentera dan pekerja yg sedang menjalankan projek LBTB, melalui pendirian pos-pos kawalan di sepanjang jangkauan projek tersebut, meliputi kawasan Besiar hingga ke sempadan Kelantan-Perak. Disebabkan ancaman komunis yg menggugat projek tersebut, pos-pos kawalan didirikan setiap 3 hingga 5 km, memberikan indikasi omnipresence yg menyebabkan pengganas ragu-ragu untuk meneruskan serangan. Pada ketika itu, sekitar tahun 1979, sebahagian projek lebuhraya yg telah siap telah dibuka kepada umum sehingga jam 1800 (6.00 petang) setiap hari. Adakalanya anggota bertugas terpaksa membantu orang awam yg menggunakan laluan tersebut, yg mengalami pelbagai masalah. Kereta rosak, tayar pecah, malah menguruskan ibu bersalin antara yg terpaksa dilalui mereka. Tugas rondaan melihat mereka menjalankan tugas sehingga 1000m persegi bg memastikan keselamatan jentera, pekerja dan orang awam yg berada di sepanjang projek tersebut.

Banyak juga peristiwa yg berlaku semasa itu. Kes orang asli lemas di Tasik Banding, dan kes bot tentera terbalik dengan satu mayat tidak ditemui sehingga sekarang antara insiden yg mewarnai penugasan Rejimen 304 ketika itu. Antara yg paling diingati beliau adalah insiden pesawat terhempas di Banding. Ketika itu beliau tiada di sana, tapi beliau yang bertanggungjawab menyampaikan berita tersebut kepada keluarga mangsa.

Mengikut catatan, terdapat 2 kejadian pesawat terhempas di kawasan tersebut iaitu :

– 10 Jun 1991 – S61A Nuri terhempas membunuh semua 6 anaksawat dan penumpang iaitu Kapt Tan Eng Huat, co-pilot Lt Saiful Bahri Baharum TLDM, AQM Flt Sjn G. Balasubramaniam serta Kapt Sarwant Singh, LKpl Mokhtar Mohd Zain and Pbt Johar bin Mohd Zain dari Bn 304 .

– 11 Julai 1991 – S61A terhempas membunuh 7 anaksawat dan penumpang.

Beliau menamatkan perkhidmatan pd tahun 1996. Kebanyakan masa beliau dihabiskan di luar Batalion kerana kepakaran beliau yg tersendiri, iaitu tembakan tepat. Beliau merupakan seorang jaguh acara menembak kebanggaan Tentera Darat. Bak cerita Cik Ielias, rusa mampu ditembak beliau dari bot yang sedang bergerak di tengah tasik. Kecintaan beliau terhadap hobi tersebut telah berjaya membuatkan beliau mampu mengasuh anak buahnya sehingga Batalion 304 berjaya mendaki kedudukan daripada tercorot ke juara acara selama berapa tahun berturut-turut…

Kini beliau menjalankan perusahan chalet beliau di Kampar, Perak =WRA=


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply