Mat Komando: Penjenayah Yang Kononnya Kebal

4,559

Nama Mat Komando tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia atas kelakuan j3nayahnya yang begitu kerap dilakukan sekitar tahun 2001 dan 2002 yang tertumpu di kawasan utara tanah air. Akan tetapi, siapakah sebenarnya Mat Komando ini dan mengapakah dia digelar dengan nama sedemikian serta, benarkah dia mempunyai ilmu kebal yang boleh menghilangkan diri mengikut kepada tanggapan orang ramai ketika itu?

Nama sebenarnya adalah Ahmad bin Mohd Arshad, seorang lelaki yang lahir pada bulan Disember, 1965 di Yan, Kedah. Dia dilahirkan di dalam kalangan 8 adik beradik, dan nama gelaran Mat Komando menjadi jolokan kepadanya apabila dia pernah terlibat dalam latihan dan menjadi komando dalam angkatan tentera Malaysia selama 2 tahun apabila dia berhenti tanpa ada apa-apa sebab yang munasabah.

Setelah dia berhenti menjadi komando, dia mencari kerja lain seperti menjadi pemandu bas dan teksi, dan akhirnya dia menjadi pemandu lori pada tahum 2001. Kegiatan jenayahnya mula dilakukan pada tahun 2001 di mana ketika itu, modus operandinya yang melibatkan r0mp4kan menggunakan s3njata ap1 (p1stol) mula menyasarkan kepada pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit.

Pada awalnya, dia mer0mpak hasil ladang tersebut dan wang pendapatan yang dimiliki oleh pengusaha ini, kemudiannya, dia mulai menjadi semakin berani dan mula menumpukan kegiatannya kepada bank-bank komersil yang terletak di Kedah dan Pulau Pinang. Sehingga ‘karier’nya ditamatkan pada tahun 2002, dia bersama rakannya yang dikenali sebagai kumpulan per0mpak 13 telah berjaya melakukan 52 r0mpakan dengan jumlah wang yang terkumpul sebanyak RM2.5 juta.

Hasil pemerhatian dan risikan pihak p0lis terhadap modus operandi dan rakaman kamera litar tutupnya meletakkan dia bersama ahli kumpulan per0mpak 13 yang lain, di mana salah seorangnya yang bernama Ismail Mat Piah, iaitu abang iparnya menjadi antara individu-individu yang dikehendaki oleh pihak p0lis. Juga, tindakan dia yang sering dilabel sebagai seorang yang berani dan berhati kering iaitu salah satunya adalah dengan melakukan r0mpakan tanpa memakai topeng muka memudahkan pihak p0lis mengecam identitinya.

Terdapat beberapa masa di mana dia tiba-tiba balik dan menyerahkan wang bernilai RM20,000 kepada isterinya, Faridah Mat Piah dan dia mengatakan bahawa wang tersebut adalah hasil daripada hadiah nombor ekor dan loteri. Tindakannya menimbulkan keraguan kerana isterinya sendiri tahu bahawa dia tidak pernah membeli nombor ekor dan judi bukan merupakan satu tabiatnya. Walau bagaimanapun, wang tersebut akhirnya digunakan untuk membesarkan dapur rumahnya dan membeli sebuah motosikal. Juga, keadaan anaknya yang cacat pendegaran memerlukan banyak perbelanjaan dan rawatan, yang mana mereka menggunakan wang hasil rompakan tersebut juga.

Setelah keadaan sedikit reda dan merasakan dirinya selamat, Mat Komando merancang satu percutian bersama keluarganya dan ahli kumpulan per0mpak 13 yang lain (bersama keluarga mereka di sebuah resort yang terletak di Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah. Resort tersebut menjadi pilihan mereka kerana kedudukkannya yang terpencil serta tiada ramai pengunjung sewaktu itu.

Resort di Tasik Pedu – Kini telahpun ditutup

Pada jam 10.45 malam, seorang pengawal keselamatan di resort berkenaan yang bernama Noordin Ahmad dihampiri Mat Komando beserta dengan beberapa rakannya. Dia sewaktu itu yang sedang memandu kenderaan jenis Proton Wira bertanyakan kepada Noordin mengenai adakah urusan check-in dibenarkan pada waktu itu. Setelah menjawab ya, Noordin mengarahkan rakannya untuk membawa mereka ke lobi untuk urusan pendaftaran masuk, dan dia segera melaporkan kepada pihak p0lis mengenai lokasi Mat Komando itu.

Pihak p0lis yang diketuai oleh Chief Inspektor Abdul Aziz Abdul Latiff menerima laporan dan segera melakukan siasatan. Mereka menukar pakaian seperti orang biasa dan mengambil alih tugas seperti pengawal keselamatan di sana bagi memerhatikan tindak-tanduk Mat Komando selain daripada mengesahkan identitinya.

Namun, lokasi resort tersebut yang terlalu luas dan ketika itu tiba-tiba dikunjungi ramai orang, dan kerana pihak p0lis tahu akan kelakuan Mat Komando yang tidak takut untuk men3mbak pihak p0lis menjadikan mereka berjaga-jaga dan hanya akan melakukan tangkapan setelah mereka keluar daripada resort berkenaan.

Noordin Ahmad – Bekas Pengawal Keselamatan Pedu Resort

7 hari kemudian, mereka semua mulai check-out daripada resort tersebut, dan pihak p0lis mulai mengekori mereka menggunakan kenderaan biasa daripada belakang. Tiba di satu selekoh berdekatan simpang Gunung Kerengga, Mat Komando didapati turun sebentar daripada keretanya untuk membeli barangan di sebuah kedai, dan kehadiran pihak p0lis segera dihidunya. Tanpa membuang masa, dia terus melepaskan beberapa das t3mbakan. Ismail yang berada di dalam kereta turut turun dan men3mbak ke arah pihak p0lis, di mana kejadian berbalas t3mbakan yang berlaku di Jalan Gubir ke Kuala Nerang itu menyebabkan k3m4tian Ismail di tempat kejadian.

Noordin Ahmad – Bekas Pengawal Keselamatan Pedu Resort

Mat Komando pula segera melompat ke arah tepi jalan berkenaan yang mana di situ terletaknya kawasan hutan Simpan Pedu. Di sini, kehebatannya terserlah apabila pihak p0lis dengan bantuan PGA, unit K-9 dan bantuan udara daripada PDRM gagal mengesannya. Sememangnya, satu ayat yang menjadikan anggota-anggota komando itu lain daripada lain juga dimiliki oleh Mat Komando sendiri iaitu

“Selagi ada air dan terdapat benda bergerak di dalam hutan, selagi itulah seorang komando boleh hidup.”

Yang bermaksud bekalan air yang mencukupi serta benda bergerak yang bermaksud apa-apa haiwan sekalipun boleh dijadikan bekalan makanan oleh seseorang yang menerima latihan sebagai komando untuk melangsungkan kehidupan. Kemahiran ini tidak dimiliki oleh orang yang biasa. Setelah 10 hari gagal menemui petunjuk dan jejaknya, operasi tersebut ditamatkan. Kes ini dikatakan terhenti perkembangannya sejenak.

Sewaktu ini, Mat Komando dikatakan ada mengunjungi isterinya dan pernah memberi duit untuk isterinya membelikan kain putih (kain kafan) yang akan digunakan untuknya dalam masa terdekat.

6 bulan kemudian, pihak p0lis berjaya mengesan Mat Komando di sebuah rumah bersama rakannya yang bernama Shukri Hussain (juga anggota kumpulan p3rompak 13) di sebuah rumah sewa yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan. Namun, sekali lagi penemuan tersebut menemui jalan buntu apabila mereka berdua berjaya melepaskan diri. Sewaktu ini, Mat Komando dikatakan bersifat paranoid dan mulai cuak bahawa rakan-rakannya akan membocorkan lokasinya kepada pihak p0lis.

Disebabkan dia kini berseorangan, dan pemikiran tersebut mulai menguasa dirinya, dia menjejaki rakannya, Shukri di Baling, Kedah. Tujuannya adalah untuk membvnuh Shukri supaya dia tidak dapat menceritakan apa-apa kepada pihak berkuasa. Dia memb3lasah Shukri dengan teruk, tetapi, Shukri dapat melarikan dirinya. Shukri sendiri yang takut akan dijejaki oleh Mat Komando, dan mulai percaya Mat Komando mempunyai kuasa mistik mulai mendapatkan perlindungan daripada pihak p0lis, dan dia ditangkap atas kesalahan r0mpakan bersenjata serta bersubahat dengan Mat Komando.

Penangkapan Shukri mendedahkan lokasi 5 lagi ahli kumpulan ini yang tinggal di Sungai Petani, Kedah. Mereka semua ditahan atas kesalahan lampau dan cuba melindungi Mat Komando. Setelah mereka dalam tangkapan dan soal siasat p0lis, tidak lama masa yang diperlukan untuk mengetahui lokasi sebenar Mat Komando, di mana ketika itu, dia mendiami sebuah bangsal kecil yang terletak di kampung hujung Ketun, Pendang, Kedah.

Dalam Ops Api Sawit yang diketuai oleh 10 orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang melakukan serbuan dan berbalas t3mbakan dengan Mat Komando, akhirnya, setelah genap 225 hari, dia m4ut apabila terkena 2 das t3mbakan, satu di k3pala dan satu di dadanya di tempat kejadian. K3matiannya merupakan satu kejayaan terbesar oleh pihak p0lis dan seluruh negara gempar dengan berakhirnya kes ini. Rata-rata masyarakat Malaysia memikirkan bahawa Mat komando telah melarikan diri melepasi sempadan ke negara jiran, rupanya tidak.

Apakah pendapat anda setelah membaca rentetan kes ini? Adakah dakwaan bahawa dia mempunyai ilmu selisih dan ilmu kebal itu benar pada tanggapan anda? Atau, adakah kejadian ini adalah kerana ilmu tentang meneruskan hidup dalam hutan yang dipelajarinya ketika mengikuti kursus komando yang membolehkan dia dapat melangsungkan hidup dengan lama tanpa berjaya dijejaki? Fikir-fikirkanlah.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.