Ketika Peristiwa S3rangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong, beliau merupakan antara mastermind utama di dalam melaksanakan misi tersebut.

Muhammad@Ahmad Bin Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Beliau dikatakan berasal dari susur galur keturunan Datuk Bentara Husin Lela, P4hlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Mat Indera mempunyai 8 adik beradik dan ibunya men1nggal dunia ketika melahirkan adik bongsunya. Mat Indera mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah agama sehingga tahun 1937. Beliau juga turut pernah berguru dengan Kiyai Haji Fadzil Bentan. salah seorang penasihat kepada DYMM Sultan Ibrahim. Antara rakan sepengajian Mat Indera ialah Noh Beirut  dan Tuan Guru Abu Bakar Muar.

Setelah menghabiskan alam persekolahannya, Mat Indera telah bekerja sebagai guru di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Mat Indera juga mendapat keputusan cemerlang ketika menduduki Peperiksaan Khas bagi guru-guru sehingga mendapat anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Ketika pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai penjual beras sehingga tamat p3rang. Selepas itu, beliau bekerja sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Selepas PKMM ditubuhkan, beliau telah menyertai sayap pemuda parti tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga turut terlibat di dalam parti Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan geril4 k0munis di dalam hutan dan dari situ beliau mula terpengaruh dengan ideologi k0munis. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Beliau juga turut mengetuai pergerakan k0munis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Ketika peristiwa Bukit Kepong berlaku, beliau diarahkan untuk men4ngkap beberapa orang yang dipercayai mabuk. Beliau juga turut dikatakan hadir di saat-saat akhir s3rangan berlaku dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan m4ngsa yang terselamat.

Oleh sebab keterlibatan inilah, pihak British mengeluarkan waran tangkap kepada beliau. British sememangnya memantau pergerakan beliau sejak aktif di dalam hutan. Oleh sebab itu, British telah mengumumkan hadiah sebanyak 75000 dollar bagi sesiapa yang berjaya menangkap beliau.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur denagn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Setelah pengsan, pihak British segera menangkap beliau.

Mat Indera dip3njarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Pada tanggal 30 Januari 1953, riwayat beliau berakhir di tali gantung di Penj4ra Taiping. Jena2ah beliau kemudian dikebum1kan di Kampung Jambu Air, Taiping.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.