https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Masyarakat Rom Menggunakan Air Kencing Untuk Mencuci Mulut

704

Kalau cerita pasal empayar Rom ni memang pelbagai kisah gah dan menarik berkenaan tamadun ini. Menguasai benua Eropah, Timur Tengah sehingga ke Afrika, mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun dan pasukan tentera yang ditakuti oleh empayar Parsi dan empayar Mesir Kuno.

Tetapi siapa sangka, bangsa Rom yang merupakan bangsa yang dipandang tinggi dengan ilmu pengetahuan rupanya pernah menggunakan air kencing sebagai pencuci mulut atau ‘mouthwash’.

Air kencing dari mana? Air kencing dari manusia dan haiwan.

Jadi, kita akan menyenaraikan apa sahaja amalan yang dilakukan menggunakan air kencing.

1. Mencuci mulut.

Selalunya, air kencing untuk penyucian mulut akan dibiarkan dahulu sehingga ammonia terbentuk dan setelah itu ia akan dicampur menggunakan susu kambing yang segar. Apabila proses ini telah selesai, maka ia akan terus digunakan. Rasanya kalau proses bahan macam ni digunakan pada sekarang, agak-agak laku tak?

2. Membersihkan pakaian.

Dengar sahaja menjijikkan tetapi ia berkesan untuk mencuci gigi kerana kandungan air kencing yang mengandungi ammonia. Di dalam ammonia mengandungi zat yang mampu bertindak sebagai ejen pembersih. Kerana keberkesanannya dalam memutihkan gigi dan mencuci mulut lalu ia menjadi salah satu budaya penting dalam masyarakat Rom. Selain digunakan untuk mencuci mulut, mereka juga menggunakan air kencing sebagai pembersih baju. Air kencing lama lebih diutamakan dalam penggunaan penyucian pakaian. Pakaian akan direndam di dalam air kencing dan para hamba akan memijak-mijak bekas rendaman pakaian tersebut dengan kaki.

Penggunaan air kencing dalam penyucian pakaian membuatkan ada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntung dengan membuka dobi atau pada waktu itu ia dikenali sebagai Fulloncia, iaitu dobi khas yang menyuci pakaian menggunakan air kencing sahaja.

Modal tauke dobi Rom hanya meninggalkan atau meletakkan balang di tepi-tepi jalan, kaki lima dan setiap penjuru laluan manusia di sekitar kota. Sesiapa yang ingin melepaskan hajat kecil, boleh mencari balang ini dan melepaskan siraman murni ke dalam balang tersebut.

Apabila balang sudah penuh terisi, maka ia akan dikutip dan digantikan dengan balang baharu. Dem, senang betul buat duit.

Jadi, tak berbau ke pakaian Rom lepas dicuci menggunakan air kencing? Tidak. Ini kerana mereka mencampurkan air kencing dengan air mutlak dan fungsi air kencing hanyalah sebagai ejen pembersih semata-mata.

3. Baja semulajadi.

Selain digunakan untuk menyuci mulut dan pakaian, ia juga digunakan untuk menyiram flora-flora di taman mereka. Ya, inilah yang dikatakan wangi seindah taman bunga.

Penulis Rom yang bernama Columella menyatakan, air kencing berkesan untuk menyuburkan tanaman khususnya pokok delima. Apabila ia disiram menggunakan air kencing, ia mampu menjadikan buahnya lebih manis dan berjus.

4. Kecantikan.

Yang paling menarik, perempuan Rom menyapu air kencing di pipi untuk kelihatan cantik bersinar gitu. Hmm.. Diharapkan para pembaca, khususnya kaum Hawa yang gilakan kulit glowing macam bulan purnama tidak melakukan amalan keji ini. Kalau muka hitam, biarkan hitam. Kalau muka hodoh, redhakanlah diri.

5. Pendapatan negara.

Maklumat tambahan, air kencing Portugis merupakan barang paling laku diimport oleh empayar Rom sehinggakan Kaisar Nero mengenakan cukai ke atas barangan ini. Pada tahun 70 M, Kaisar Vespasian pula mengenakan cukai ke atas jualan air kencing masyarakat tempatan. Cukai ini dikenali sebagai ‘Urinae Vectigal’.

6. Merawat penyakit.

Pliny the Elder merekodkan, selain ia digunakan dalam bahan pencuci, ia juga digunakan di dalam kaedah perawatan seperti merawat penyakit sakit tekak, kulit terbakar, disengat kala jengking dan jangkitan kuman di lubang punggung.

Tetapi, walaupun ia menjadi budaya, tidak semua masyarakat Rom mengamalkan amalan ini, kerana ada yang beranggapan ia adalah suatu perbuatan yang menjijikkan.

Seorang puitis Rom bernama Catullus merekodkan peristiwa ini di dalam syairnya:

“Now you’re Spanish: in the country of Spain what each man pisses, he’s used to brushing his teeth and red gums with, every morning, so the fact that your teeth are so polished just shows you’re the more full of piss”.

Pada zaman tersebut, sekiranya gigi seseorang itu putih bersih, mereka akan menghina dengan ayat ‘full of piss’. Jadi, tidak semua masyarakat Rom yang menerima budaya ini, yang menolak hanya minoriti sahaja.

Maka, berakhirlah penulisan ringkas tidak berilmiah sangat kali ini. Semoga diamalkan dan bermanfaat.

“Majulah Kencing Untuk Ilmu Pengetahuan”.

RUJUKAN:

1. Ancient Roman Urine Chemistry, Micheal Witty, Wiley Online Library.

2. Agriculture, Book V, Columella.

3. On Egnatius Of The White Teeth, C. Valerius Catullus.

4. The Romans created a tax on urine, Heritage Daily.

5. Feeling Overtaxed? The Romans Would Tax Your Urine, National

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.